Followers

Thursday 25 October 2012

Salam Eidul Adha

 Assalamualaikum...

bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..segala puji hanya bagi ALLAH..


jom korbankan lembu comel ni sekali :)


Almost 15 hours dalam bas tiba jua akhirnya di  bumi serambi makkah.Juga satu pengorbanan yang memerlukan kesabaran.Syukur alhamdulillah selamat sampai walaupun dalam keadaan bersesak-sesak di jalanan,masing-masing punyai kosad yang sama,dari jauh,samada utara selatan mahupun barat,mahu pulang ke timur,negeri kelahiran,negeri penuh barakah tanah serendah sekebun bunga, demi menyambut aidiladha yang bakal kunjung tiba.Satu permulaan bagi sebuah pengorbanan,berkorban wang ringgit,tenaga dan masa,untuk satu pengorbanan yang lebih besar demi mengingati dan menghayati pengorbanan yang agung,yang maha hebat,kisah pengorbanan nabi Ibrahim serta anak dan isterinya nabi Ismail dan Siti Hajar.Semoga dengan kehadiran Aidiladha pada tahun ini kita semua akan  lebih menghayati akan erti pengorbanan yang hakiki




Salam Aidiladha kepada seluruh ummat islam tak kira dimana mereka berada,semoga segala amal kita akan sentiasa diredhai oleh ALLAH..



p/s: Salam Aidiladha 1433h..

Friday 12 October 2012

Intipati Bajet 2013


 Assalamualaikum wbt...

* Peruntukan RM251.6 bilion bagi melaksanakan semua langkah, program dan projek pembangunan.

* RM201.9 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi peruntukkan 
pembangunan.

* RM58.6 bilion diperuntukkan bagi Emolumen dan RM33.7 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan.

* RM30 bilion diperuntukkan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur 
perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar

* RM11.1 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.

* RM4.6 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM2 bilion bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

* Kerajaan akan terus memperhebat pelaksanaan 12 Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) negara.

* RM3 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan Projek Permulaan, termasuk RM1.5 bilion bagi projek pertanian seperti kelapa sawit, getah, herba bernilai tinggi dan padi.

* RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.

* Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.

* Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.

* SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.

* Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.

* Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.

* Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.

* Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.

* Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

Thursday 11 October 2012

Akhlak di Zaman Millenium

Assalamualaikum wbt

Bismillahirrahmanirrahim..

Apa Khabar iman,pembaca pembaca budiman dan di kasihi ALLAH sekalian..Semoga kita sentiasa dirahmati ALLAH dalam setiap amal ibadah seharian kita yakni amal yang jauh dari murka ALLAH swt.Tak perlu kita mencari  redha manusia,semata-mata untuk mendapatkan pujian dan sanjungan sedangkan setiap detik,kita dimurkai ALLAH.Ingat lah setiap amal kita akan dihitung walaupun hanya sebesar zarah seperti yang dijelaskan dalam surah al-zalzalah (8:99).

"Dan barang siapa  mengerjakan kejahatan seberat zarrah nescaya dia akan melihat (balasan)nya"

Sangat sedih melihat akhlak-akhlak muda mudi sedasarwasa ini.Amat menyedihkan.Di mana mana sahaja dapat kita lihat betapa muda mudi di zaman millenium ini sudah ketandusan akhlak hasanah samada di alam realiti mahupun alam maya yang serba canggih dengan segalanya dihujung jari.Contoh paling terdekat,di laman sosial facebook,ketika asyik meneroka di laman sosial tersebut petang tadi,secara tidak sengaja terpandang satu gambar yang diprint skrin yang menunjukkan gambar wall seorang remaja.Apa yang difokuskan oleh orang yang berkongsi tentang gambar tersebut adalah post remaja tersebut yang menggunakan bahasa yang agak tidak bertamadun dan langsung melanggar norma-norma ketimuran yang penuh dengan adab dan kesopanan.

Apa yang memeranjatkan adalah,remaja ini adalah seorang yang beragama islam dan lebih mengejutkan lagi,remaja tersebut dengan bangganya memaki hamun kedua ibubapa yang melahirkan dan membesarkannya.Persoalannya disini,dengan cara bagaimanakah anak ini ditarbiah,sehinggakan sanggup menghina dan memaki hamun orang yang bertanggungjawab membesarkannya?.Dan adakah ibubapanya yang harus dipersalahkan?Apa yang pasti dan terang lagi nyata remaja ini bukanlah seorang yang menjaga suruhan ALLAH yang sangat-sangat penting iaitu solat,kerana seorang yang solat dan menjaga suruhan ALLAH tidak akan berkelakuan dengan kelakuan yang melanggar batas syariat bertepatan dengan penjelasan ALLAH swt didalam kitab suci al quran :

"Sesungguhnya solat itu mencegah seseorang dari membuat perkara keji dan mungkar".

Dan saya kira bukanlah satu tindakan yang bijak jika kita menyalahkan remaja itu 100%,dan juga tidak adil jika ibubapa yang mendidiknya sejak dari kecil itu di tunding jari sepenuhnya kerana apa yang dikesalkan adalah remaja ini memaki hamun ibupapa nya disebabkan terasa dikongkong.Pada pandangan saya ibubapa remaja ini jelas sekali mengawal anak mereka supaya tidak bercampur dan seterusnya terlibat dalam gejala-gejala negatif yang saban hari semakin merebak dan membarahi remaja mutakhir ini.



gejala negatif yang kian membarahi remaja




Persoalan ini saya tinggalkan supaya kita semua dapat sama-sama berfikir dan mencari jawapan kepada masalah ini.

p/s:setelah sekian lama dlm draf,akhirnya di publish jgk..

Perang Khandak

 Assalamualaikum wbt...
Bismillahirrahmanirrahim...
Sedikit perkongsian tentang perang khandak.Semoga daripada perkongsian ini,kita semua dapat mengambil pengajaran dan iktibar sebagai bekalan dalam meneruskan hidup sebagai seorang khalifah di muka bumi ini..
Peperangan Khandak berlaku pada bulan Syawal tahun lima hijrah. Dinamakan Khandak disebabkan parit yang digali oleh muslimin berdasarkan kebiasaan yang dilakukan oleh orang-orang Parsi ketika menghadapi peperangan. Peperangan ini juga dinamakan peperangan Ahzab (tentera bersekutu) kerana musuh telah bersatu untuk memerangi muslimin. Peperangan ini berlaku akibat pengkhianatan kaum Yahudi dan tipu muslihat mereka. Para pemimpin bani Nadhir telah pergi berjumpa dengan pemimpin Quraisy dan kabilah Ghothofan bagi menggesa mereka memerangi Rasulullah s. a. w berikutan penghalauan mereka daripada negeri mereka sendiri. Pemimpin-pemimpin itu kemudiannya menyahut permintaan mereka itu. Quraisy dan pengikut-pengikutnya membuat persiapan. Mereka diketuai oleh Abu Sufian. Ghothofan juga membuat persiapan dan mereka diketuai oleh ‘Uyainah bin Hisn. Jumlah keseluruhan tentera musuh ialah 10 000 orang. Pemimpin utama mereka ialah Abu Sufian. Sebaik mendapat berita persiapan musuh, Rasulullah s. a. w berbincang dengan para sahabat Mengenai tindakan yang perlu diambil, Salman al-Farisi mencadangkan supaya digali parit. Strategi tersebut dilaksanakan berikutan belum pernah diketahui oleh orang-orang Arab. Peperangan ini berpunca dari pengkhianatan kaum Yahudi dan tipu muslihat mereka. Kebijaksanaan Nu’aim bin Mas’ud dalam menggunakan tipu muslihat bagi menggagalkan Musyrikin telah banyak menolong kaum muslimin. Selain itu, doa Rasulullah s. a. w. yang telah diperkenankan Allah s. w. t. telah menyelamatkan muslimin daripada kesusahan disebabkan kesatuan yang diwujudkan oleh tentera Ahzab yang terdiri daripada orang-orang Arab dan Yahudi untuk memerangi muslimin. Perkara ini dapat memberi iktibar kepada kita bahawa kita seharusnya mengatur strategi yang bijak bagi menangani sesuatu masalah. Kita juga harus memohon doa dari Allah s. w. t yang merupakan satu-satunya tempat kita meminta kerana Allah Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa. 

PENDAHULUAN
Peperangan Khandak berlaku pada bulan Syawal tahun lima hijrah dan dinamakan Khandak bersempena penggalian parit hasil cadangan Salman berdasarkan kebiasaan orang-orang Parsi ketika menghadapi peperangan. Peperangan ini juga dinamakan Ahzab kerana musuh telah bersatu memerangi muslimin. 

Peperangan ini berlaku ketika para pemimpin bani Nadhir masih tidak berpuas hati dengan penghalauan daripada negeri mereka yang diambil alih oleh muslimin. Mereka telah berjumpa dengan pemimpin Quraisy dan Ghothofan untuk menggesa mereka memerangi Rasulullah s. a. w. Pemimpin-pemimpin itu kemudiannya menyahut permintaan mereka itu. Yahudi bani Quraizhoh yang tinggal di Madinah membatalkan perjanjian yang dimeterikan. 

Peristiwa ini berlaku apabila Huyai bin Akhtob iaitu ketua bani Nadhir yang diusir dari Madinah telah berjumpa Ka’b bin Asad dan menghasutnya memerangi muslimin. Kebijaksanaan Nu’aim bin Mas’ud dalam menggunakan tipu muslihat bagi mengaburi kaum musyrikin telah banyak menolong kaum muslimin. Rasulullah s. a. w. turut berdoa kepada Allah s. w. t. bagi menolongnya dan Allah s. w. t telah memperkenankan doa baginda. 

Perang Khandak
Para pemimpin bani Nadhir telah pergi berjumpa dengan pemimpin Quraisy dan kabilah Ghothofan bagi menggesa mereka memerangi Rasulullah s. a. w berikutan penghalauan mereka daripada negeri mereka sendiri. Syeikh Muhammad Al-Khudhori(1996). 
Quraisy dan pengikut-pengikutnya membuat persiapan. Mereka diketuai oleh Abu Sufian. Panji-panji mereka dibawa oleh ‘Uthman bin Talhah bin Abu Talhal al-‘Abdari. Bilangan mereka ialah 4000 orang, 300 ekor kuda dan 1500 ekor unta. Syeikh Muhammad Al-Khudhori(1996). 
Ghothofan membuat persiapan dan mereka diketuai oleh ‘Uyainah bin Hisn. Dia membawa 1000 orang tentera berkuda. Bani Murrah juga membuat persiapan. Mereka diketuai oleh al-Harith bin ‘Auf al-Marri. Bilangan tentera mereka ialah 400 orang. Syeikh Muhammad Al-Khudhori(1996). 
Begitu juga dengan bani Asyja’ yang diketuai oleh Mis’ar bin Rukhailah. Bani Salim yang diketuai oleh Sufian bin Abd Syams juga membuat persiapan. Jumlah tentera mereka ialah 700 orang. Bani Asad yang diketuai oleh Thulaihah bin Khuwailid al-Asadi juga mengambil langkah yang sama. Syeikh Muhammad Al-Khudhori(1996). 
Sebaik mendapat berita persiapan musuh, Rasulullah s. a. w berbincang dengan para sahabat Jumlah keseluruhan tentera musuh ialah 10 000 orang. Pemimpin utama mereka ialah Abu Sufian. Mengenai tindakan yang perlu diambil, Salman al-Farisi mencadangkan supaya digali parit. Strategi tersebut dilaksanakan berikutan belum pernah diketahui oleh orang-orang Arab. Muhammad Sa’id Ramadan Al-Buti(1991). 
Tentera muslimin berkhemah di bahagian timur Madinah dengan membelakangi bukit Sal’ iaitu deretan bukit di sekitar Madinah. Bilangan mereka ialah 3000 orang. Panji-panji Muhajirin diserahkan kepada Zaid bin Harithah dan panji-panji Ansar diberikan kepada Sa’d bin Ubadah. Tentera Quraisy pula berkhemah di kawasan tanah rendah dan Ghothofan pula di kawasan Uhud. Muhammad Sa’id Ramadan Al-Buti(1991). 

Orang-orang musyrikin terkejut dengan benteng parit yang tidak pernah dikenali oleh orang-orang Arab sebelum ini. Mereka berbalas-balas panahan dengan tentera muslimin. Apabila peperangan panah berpanjangan, sekumpulan tentera berkuda musyrikin memaksa diri untuk merempuh benteng parit. Di antara mereka ialah ‘Ikrimah bin Abu Jahl, ’Amru bin Abd Wadd dan lain-lain. Muhammad Husain Haekal(1986). 
Serangan dan panahan berlarutan sehari suntuk sehingga menyebabkan muslimin tertinggal sembahyang dan mereka menqadho’nya selepas itu. Rasulullah s. a. w. melantik pasukan pengawal parit supaya musyrikin tidak merempuhnya pada waktu malam. Baginda s. a. w. memberikan berita gembira kemenangan dan menjanjikan kebaikan kepada para sahabatnya. Orang-orang munafik pula telah melahirkan apa yang mereka sembunyikan di dalam hati sehingga mereka berkata: “Allah dan rasul-Nya tidak menjanjikan kepada kita melainkan perkara yang memperdayakan sahaja. ” Kemudian mereka menarik diri dengan beralasankan: “Sesungguhnya rumah-rumah kami terbuka(tidak ada penjaga). Kami bimbang musuh akan menyerang. ”Allah menjawab alasan yang diberikan di dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan rumah itu sekali-kali tidak terbuka, mereka tidak lain hanyalah hendak lari. ” Yunus Ali Al-Muhdhor(1993). 
Suasana yang ada menjadikan muslimin berada dalam kesempitan kerana kepungan ini menjadikan kehidupan fakir miskin Madinah semakin tertekan. Keadaan semakin meruncing apabila Yahudi bani Quraizhoh yang tinggal di Madinah mengambil peluang membatalkan perjanjian yang dimeterikan. Peristiwa ini berlaku apabila Huyai bin Akhtob iaitu ketua bani Nadhir yang diusir dari Madinah telah berjumpa Ka’b bin Asad dan menghasutnya memerangi muslimin. Muslimin berada dalam keadaan kritikal ketika itu kerana musuh datang dari semua arah. Prof Dr. Hamka(1994). 

Tipu Muslihat Dalam Peperangan

Nu’aim bin Mas’ud al-Asyja’ie iaitu teman orang-orang Quraisy dan Yahudi daripada bani Ghothofan telah memeluk Islam tanpa pengetahuan kaumnya dan berhasrat ingin membantu Rasulullah s. a. w. Nu’aim beredar dan keluar untuk berjumpa bani Quraizhoh yang telah membatalkan perjanjian dengan muslimin. Nu’aim telah menggunakan tipu muslihatnya untuk menggesa bani Quraizhoh supaya tidak terlibat dalam peperangan. Beliau mengatakan bahawa Qainuqa’ dan al-Nadhir telah diusir dan harta benda serta tanah mereka telah dirampas manakala Quraisy dan Ghothofan pula akan pulang ke negeri masing-masing sekiranya tidak berpeluang mengalahkan muslimin. Nu’aim mencadangkan agar bani Quraizhoh mendapatkan 70 orang pembesar Quraisy dan Ghothofan sebagai tawanan supaya mereka tidak meninggalkan bani Quraizhoh sendirian menghadapi peperangan. Orang-orang Quraizhoh memandang baik cadangan tersebut dan bersetuju. Syeikh Muhammad Al-Khudhori(1996). 

Nu’aim kemudiannya berjumpa dengan orang-orang Quraisy dan mengadakan perjumpaan dengan pemimpin mereka. Beliau mengatakan kepada mereka bahawa bani Quraizhoh menyesal terhadap tindakan mereka membatalkan perjanjian dengan Muhammad dan ingin mendapatkan sekumpulan pemimpin Quraisy untuk diserahkan kepada Muhammad untuk memeterikan semula perjanjian yang telah dibatalkan angkara bani Nadhir. Kemudian beliau berjumpa bani Ghothofan dan menceritakan apa yang telah diceritakan kepada Quraisy. Selepas itu Abu Sufian menghantar utusannya berjumpa bani Quraizhoh mengajak mereka melancarkan serangan pada hari keesokannya. Bani Quraizhoh mengatakan bahawa mereka tidak akan berperang sehinggalah Quraisy dan Ghothofan menyerahkan orang-orang mereka sebagai tawanan. Quraisy dan Ghothofan mendapati kebenaran dalam kata-kata Nu’aim bin Mas’ud dan dengan itu kesatuan mereka berkecai dan mereka mula bimbang terhadap sesama mereka. Syeikh Muhammad Al-Khudhori(1996). 

Rasulullah s. a. w. pula telah mengadu kepada Allah dan berdoa: Ya Allah!Tuhan yang menurunkan al-Quran, sangat cepat perhitungannya, hancurkanlah tentera Ahzab. Ya Allah!Hancurkanlah mereka dan berilah kemenangan kepada kami. Allah memperkenankan doa Rasulullah s. a. w. lalu menghantar angin sejuk di malam yang gelap gelita. Orang-orang Arab mengambil keputusan untuk pulang ke Mekah sebelum subuh kerana bimbang orang-orang Yahudi berpakat dengan muslimin untuk menyerang mereka pada malam tersebut. Apabila Rasulullah s. a. w. mendengar bunyi bising yang datang dari arah musuh, baginda s. a. w. telah menghantar Huzaifah bin al-Yaman untuk mendapatkan maklumat. Huzaifah memberanikan diri untuk berkhidmat kepada nabi s. a. w. sehinggalah beliau berjaya mendapatkan maklumat yang diperlukan iaitu musuh berazam untuk beredar. Syeikh Muhammad Al-Khudhori(1996). 

Kekalahan Tentera Ahzab

Kebimbangan musuh sampai ke peringkat ketua mereka Abu Sufian berkata:Setiap kamu hendaklah mengenali saudaranya dan memegang tangannya supaya musuh tidak menyusup masuk. Dia telah mengungkaikan tali pengikat untanya untuk memulakan pergerakan pulang. Sofwan bin Umayyah berkata: Kamu adalah ketua tentera. Kamu jangan meninggalkan mereka dengan pergi bersendirian. Dengan itu Abu Sufian turun dari tunggangannya dan menyuruh tenteranya beredar. Dia mengarahkan Khalid bin al-Walid bersama sekumpulan tentera supaya menunggu dan berada di belakang supaya tentera yang berundur tidak diserang dari belakang. Pengunduran tentera Ahzab berlaku pada bulan Zu al-Qaedah. Syeikh Muhammad Al-Khudhori(1996). 

KESIMPULAN
Peperangan ini berpunca dari pengkhianatan kaum Yahudi dan tipu muslihat mereka. Mereka yang menyalakan api peperangan itu dan merekalah yang mengumpulkan barisan Musyrikin. 

Kerja jahat seperti ini tidak terbatas pada kaum Bani Nadhir yang telah diusir keluar dari Madinah sahaja malah kerja-kerja seperti ini turut dilakukan oleh Bani Quraizhoh sedangkan mereka ini masih terikat dengan perjanjian dan perhubungan kaum Muslimin dan tidak ada sesuatu pun kegiatan kaum Muslim yang mengancam mereka hingga mendesak mereka melanggar perjanjian dan ikatan mereka itu. 

Kebijaksanaan Nu’aim bin Mas’ud dalam menggunakan tipu muslihat bagi menggagalkan Musyrikin telah banyak menolong kaum muslimin. Selain itu, doa Rasulullah s. a. w. yang telah diperkenankan Allah s. w. t. telah menyelamatkan muslimin daripada kesusahan disebabkan kesatuan yang diwujudkan oleh tentera Ahzab yang terdiri daripada orang-orang Arab dan Yahudi untuk memerangi muslimin. Kalaulah tidak disebabkan pemeliharaan Allah terhadap agama kurniaan-Nya, nescaya keadaan akan menjadi buruk.

Monday 1 October 2012

Wala' Dan Bara' Menurut Islam



 Assalamualaikum wbt...
Bismillahirrahmanirrahim...
sedikit perkongsian tentang wala' dan bara' menurut islam..
Atas dasar beriman kepada Allah sepertimana yang terkandung dalam ucapan Tauhid La’ilaha Illa Allah lahirlah prinsip Wala’ yang menjurus kepada sikap mencintai Golongan yang Beriman serta menyokong mereka di samping prinsip Bara’ yang menjurus kepada sikap membenci Golongan Kuffar serta memusuhi mereka.
Inilah sikap Nabi Ibrahim ‘alaihis salam terhadap kaumnya yang menjadi teladan buat Umat Islam. Firman Allah:
Sesungguhnya terdapat contoh teladan yang baik bagi kamu pada Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya tatkala mereka berkata kepada kaumnya (yang kufur): Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan segala apa yang kamu sembah daripada selain Allah; kami mengingkarinya dan (dengan ini) nyatalah permusuhan dan kebencian di antara kami dan kamu selama-lamanya; sehingga kamu menyembah Allah semata-mata” (Al-Mumtahinah, 4).
Prinsip ini menjadi tunjang kepada Akidah setiap seorang Muslim sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah dalam firmanNya:
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani sebagai teman rapatmu, kerana sesetengah mereka menjadi teman rapat kepada sesetengah yang lain; dan barangsiapa di antara kamu yang menjadikan mereka sebagai teman rapatnya, maka sesungguhnya dia terdiri daripada mereka” (Al-Ma’idah, 51).
Ayat di atas menjadi larangan buat orang Islam untuk mencintai dan menolong (Wala’) golongan Ahli Kitab secara khasnya. Adapun larangan Wala’ terhadap orang kafir secara umumnya, ia terkandung dalam firman Allah:
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan kamu jadikan musuhKu dan musuhmu sebagai teman rapat kamu” (Al-Mumtahinah, 1).
Disamping cinta dan menyokong, menjadikan seseorang itu sebagai teman rapat juga termasuk dalam pengertian Wala’. Begitu juga dengan kasih, sayang, membantu, menjadikannya sebagai ketua dan rakan sekutu. Kesemua ini termasuk dalam pengertian Wala’ yang hanya boleh ditujukan buat Allah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wassalam, Agama Islam dan Orang Islam. Selain itu dilarang.
Untuk itu, orang Islam dilarang daripada mencintai dan menyokong orang kafir walaupun mereka terdiri daripada kaum keluarga sendiri sebagaimana firman Allah:
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan kamu jadikan bapa-bapa dan adik-beradik kamu sebagai teman rapat kamu jika sekiranya mereka memilih untuk kufur dan tidak mahu beriman; dan barangsiapa yang menjadikan mereka sebagai teman rapatnya, maka merekalah orang-orang yang zalim” (Al-Taubah, 23).
Oleh itu, Umat Islam dilarang daripada menyayangi orang kafir serta menyokong mereka. Sebaliknya, Umat Islam diwajibkan untuk menyayangi Orang Islam serta menyokong mereka sebagaimana dalam firman Alllah:
Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman yang mendirikan solat dan menunaikan zakat sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman itu sebagai penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada Agama) Allah itulah yang akan tetap menang” (Al-Ma’idah, 55-56).
Muhammad Rasulullah dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras terhadap orang-orang kafir dan bersikap kasih sayang sesama mereka (Umat Islam).” (Al-Fath, 29).
Bertepatan dengan firman Allah:
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat” (Al-Hujuraat, 10).
Inilah sikap orang-orang Islam sesama saudara seIslam yang lain. Walaupun tiada pertalian darah di antara mereka, berlainan tempat tinggal dan barangkali tidak pernah pun bersua, malah hidup pun mungkin pada zaman yang berlainan; mereka tetap mengasihi sesama saudara seAgama, mendoakan kebaikan serta meminta keampunan Allah buat mereka.
وَالَّذِينَ جَاؤُوا مِن بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلّاً لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ
Dan orang-orang (Islam) yang datang sesudah mereka, mereka berkata: “Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam Iman; dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman” (Al-Hasyr, 10).
ANTARA CONTOH WALA’ ORANG KAFIR YANG DILARANG SYARAK:
1. Menyerupai orang kafir dalam berpakaian, percakapan dan sumpamanya yang menjadi identiti buat mereka sama ada dalam urusan dunia mahupun ibadah.
Ini kerana perbuatan yang sedemikian akan menimbulkan kasih-sayang terhadap mereka. Untuk itu Rasulullah  bersabda:
 مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ 
Barangsiapa menyerupai sesebuah kaum, maka dia tergolong dalam kaum itu” (Hadis Hasan. Riwayat Abu Daud).
2. Tinggal di negara orang kafir dan tidak berhijrah ke Negara Islam.
Ini kerana Umat Islam diwajibkan untuk berhijrah ke Negara Islam. Adapun berbuatan sebahagian Umat Islam yang tinggal di negara kafir, itu menunjukkan bahawa mereka bersikap wala’ terhadap orang kafir sedangkan ia dilarang. Firman Allah:
Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat sedangkan mereka menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat: “Apakah yang kamu telah lakukan buat Agama kamu?” Mereka menjawab: “Kami dahulu ditindas di bumi”. Malaikat bertanya lagi: “Tidakkah bumi Allah itu luas, untuk kamu berhijrah dengan bebas padanya?” Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka adalah Neraka Jahanam, dan itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. Kecuali orang-orang yang lemah (yang uzur) daripada kaum lelaki dan perempuan serta kanak-kanak, yang tidak berupaya mencari helah (untuk melepaskan diri) dan tidak pula mempunyai jalan (untuk berhijrah)” (Al-Nisaa’, 97-98).
3. Bersiar-siar ke negara orang kafir.
Ini kerana Umat Islam ditegah daripada pergi ke negara kafir. Kecuali dalam keadaan terdesak apabila ada keperluan seperti untuk berdakwah, menjalani rawatan, berniaga atau belajar dalam jurusan yang bermanfaat yang hanya terdapat di negara orang kafir. Dalam keadaan ini ia dibolehkan tetapi untuk setakat mana yang perlu sahaja dan apabila telah selesai urusan tersebut wajib ke atas individu muslim terbabit untuk bergegas pulang ke Negara Islam.
Disamping itu, orang Islam yang mempunyai urusan yang mendesak untuk pergi ke negara kafir disyaratkan memiliki benteng ketahanan Ilmu Agama dan takwa yang mampu memeliharanya daripada terpengaruh dengan orang kafir. Barangkali tujuannya untuk berdakwah, tetapi seorang muslim itu perlu memberi keutamaan kepada maslahat Agamanya sebelum orang lain. Amat malang sekali sekiranya usaha menyampaikan Agama kepada orang lain menyebabkan Agama sendiri sampai tergadai.
4. Memuji, membantu, menyokong serta memberi perlindungan terhadap orang kafir daripada orang Islam.
Ia menjadi antara pembatal Iman seseorang yang akan menyebabkannya terkeluar daripada Islam.
5. Memberi kepercayaan kepada orang kafir, melantik mereka dalam jawatan-jawatan yang membabitkan rahsia orang Islam serta menjadikan mereka sebagai sekutu dan penasihat.
Sebagaimana disebut dalam Surah Ali Imran, ayat 118-120.
6. Menggunakan kalendar mereka khususnya yang berkaitan tentang keagamaan mereka sebagaimana tahun Masihi yang disandarkan kepada kelahiran Nabi Isa ‘alaihis salam..
7. Menyertai acara-acara keagamaan orang kafir, membantu dalam menguruskannya, meraikannya dengan mengucapkan kata-kata selamat ataupun menghadirinya.
Sebagaimana tafsiran sebahagian Ulama Tafsir buat ayat:
وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَاماً
Dan mereka (yang diredhai Allah itu adalah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat yang dilakukan perkara-perkara yang dilarang” (Al-Furqaan, 72).
8. Memuji orang kafir, menyanjung tinggi kemajuan mereka, berbangga dengan akhlak serta sikap mereka dalam bermu’amalah tanpa melihat akidah serta akhlak mereka yang rosak dan terpesong.
Dan jangan engkau tujukan pandangan kedua matamu dengan menginginkan kenikmatan yang telah Kami berikan kepada golongan yang kafir yang berupakan keindahan dunia; ini kerana Kami menguji mereka dengannya; sedangkan limpah kurnia Tuhanmu di Akhirat kelak lebih baik dan lebih kekal” (Taha, 131).
9. Menggunakan nama-nama yang khas buat orang kafir.
Ketika memberi nama kepada bayi yang baru lahir, menamakan sesebuah tempat dan seumpamanya.
10. Meminta keampunan serta mendoakan kerahmatan Allah buat mereka.
مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُواْ أَن يَسْتَغْفِرُواْ لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُواْ أُوْلِي قُرْبَى مِن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ
Tidak patut bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta keampunan untuk orang-orang musyrikin, sekalipun orang itu terdiri daripada kaum kerabat sendiri; sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrikin itu menjadi penghuni neraka.” (Al-Taubah, 113)
وَصلَّى الله عَلى نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّم
p/s: Jom sama-sama tambah thakofah,artikel ini dipetik dari sini