Followers

Wednesday 24 April 2013

Ini Langkahku

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah kerana masih lagi diberi peluang dan ruang oleh ALLAH swt,untuk mencoret disamping berkongsi disini walaupun saya tahu,siapa lah sangat yang baca blog saya ni kan.. huhu.Seperti yang kita semua tahu,sekarang ni kita sudah berada diambang pilihanraya yang akan diadakan beberapa hari saja lagi.Tentunya dalam fatrah ini pelbagai peristiwa,pengalaman dan kisah yang mungkin kita lalui samada kisah suka mahupun duka.Semoga semangat juang dan jihad kita akan sentiasa meninggi seiring dengan semakin hampirnya tarikh jihad untuk mereka yang bakal keluar mengundi.Buat 'Amilin-amilin,walau apapun yang berlaku,hadapilah segala mehnah dan tribulasi perjaungan ini dengan perasaan ikhlas dan berlapang dada kerana perjaungan Rasulullah itu lebih hebat,lebih dahsyat daripada perjuangan kita pada hari ini serta disamping kita berjihad dan membantu perjaungan islam,marialah kita sama-sama meningkatkan rohani kita dengan bermunajat kepada Allah dan sentiasa berselawat keatas nabi..sollu 'ala nabi..

Semoga kita terus kuat dan Thabat.Saya tujukan lagu ini kepada sahabat-sahabat.Bangkitlah !


Friday 5 April 2013

Mohon Dengan Sangat.

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum  wbt..

Counting minutes..tak lebih dari 30 minit akan kembali ke bumi kelahiran tanah serendah sekebun bunga atau  lebih popular dengan panggilan negeri serambi makkah.Walaupun baru sebulan lebih di bumi Nilai terasa bagai bertahun tahun tidak menjejakkan kaki di bumi penuh barakah itu.Paling tak sabar semestinya suasana pilihanraya yang kian panas bahangnya dengan perang bendera yang memenuhi segenap ruang di negeri yang dipayungi pemerintahan ulama itu.Harapan yang menggunung tinggi mewakili seluruh rakyat Kelantan sebagai  rakyat marhean berdoa dengan sepenuh permohonan agar Kelantan bakal selama lamanya dibawah pemerintahan ulama'..takabbalallahaminna waminkum ya ALLAH.



rakyat kelantan sayang tok guru

Tuesday 2 April 2013

Kami Satu Hati- Baa3 In Memory

kami satu hati :)
  Assalamualaikum..

 Alhamdulillah wa shukriLLAH atas nikmat persahabatan yang ALLAH campakkan pada kita semua.Walaupun hanya satu semester sempat bersama dan menimba ilmu dalam ruang kelas yang sama,sempat berkongsi pensyarah yang sama,dapat berstudy group bersama-sama,tapi ia bukanlah satu halangan untuk kita sama-sama bergurau senda,sakat menyakat so on and so forth walaupun dah tak sama kelas.By the way,tergelak-gelak baca komen sahabat-sahabat Baa3 dalam group,berbagai ragam dan kerenah.Dalam dua tiga hari ini ada seorang sahabat telah mencetuskan satu revolusi lah sangat (kan wani) dengan mengepos satu status yang kini kian hot sehingga kan telah membangkitkan kemarahan mimie disebabkan notification yang melambak-lambak(ok melalut). Akhirnya,hopefully,persahabatan yang terbina semenjak sem satu ini akan selama lamanya subur mekar bagaikan dalam sebuah taman yang indah.Actually malas nak menaip panjang-panjang,cukuplah setakat ini dulu buat entri kali ini.Buat sahabat sahabat Baa3 sem satu,layan..



geng petak petak


kenduri kawen sal.eh silap,kakak dia..hee






bersama miss khairunnisa

rombongan kak ikin ke rumah sal :)

melaka 2012

kemainn lagi~

melaka river cruise

lagi pantai Morib

srikandi penyambung mata rantai perjaungan sahabiah di zaman rasulullah

on river cruise




P/s:Sahabat-sahabt,jom jaulah lagi ! Cameron Highland ! Jom,mata merenung alam,hati merenung tuhan. >.<

Monday 1 April 2013

Reminder !

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..


Mohon ada rasa malu dlm diri kalian wahai bidadari2 pilihan ALLAH..I love jubah@long dress@something like that so much but I'm preferred not to buy this kind of material as my dress.. termalu sendiri bila tngok terjadi pd kaum sendiri.. I love my abah n hoping for dosaku xmngalir pd abah disebabkan kegagalan sendiri dlm mnjaga maruah diri,ckuplah dgn dosa2 lain yg bergunung tinggi..thanks ummi abah for the "tarbiah" yg membuatkan anak2mu malu untuk terjebak dlm antara dosa yg terbesar dlm ISLAM ini..Ya ALLAH kau ampunkanlah dosa dan rahmatilah kedua ibubapaku yg telah mendidik dan mentarbiahku dari kecil hingga kini..


kena selalu hati-hati even bukan kain jenis ni.kalau ketat memang ermm -.-"



p/s: I've posted it on facebook once upon a time.

Erti Hidup Pada Memberi

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.


Cadbury Zip
Apa kaitan erti hidup pada memberi dengan Cadbury Zip kat atas tu?.Saja nak buat suspen lah sangat.Nak cerita sikit tentang kebaikan memberi atau dalam erti kata lain,bersedekah @ memberi hadiah.Masa kuliah Fiqh Ibadat tadi ALLAH izin saya bagi Cadbury Zip tu pada seseorang dan siapa sangka hanya dengan pemberian sekecil ini memberi makna yang besar pada orang lain.Tak sangka pulak walaupun penerimanya bukan anak kecil,tapi mampu membuatkan si pemberi terasa dihargai melalui reaksinya yang terkinja-kinja gembira diberi biskut coklat yang diikat reben comel tu.Nak ceritanya disini,betapa memberi itu satu amalan yang terpuji sehinggakan ALLAH swt  telah beberapa kali menyebut tentang kebaikan sedekah dalam al-quran salah satu daripadanya didalam surah al-baqarah.Mafhumnya:-

Dan belanjakanlah harta bendamu di jalan ALLAH dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan,dan berbuat baiklah,kerana sesungguhnya ALLAH menyukai orang-orang yang berbuat baik.(Al -baqarah : 195).

Dan diingatkan kepada sahabat-sahabat dan paling penting buat diri sendiri,iringilah setiap pemberian itu dengan tahap keikhlasan yang maksimum kerana sesengguhnya janji ALLAH itu benar.Jika kita memberi dengan hati yang ikhlas,ALLAH tidak pernah teragak-agak untuk membalas pemberian kita tersebut dengan pemberian yang berlipat kali ganda.Saya yakin dan percaya anda juga pasti pernah mengalami keadaan tersebut.Jika sudah tertulis sesuatu itu milik kita ALLAH tidak akan mempercepatkan atau memperlewatkannya barang sesaat.Yakinlah rezeki kita sentiasa ada dan ALLAH lah yang memberi rezeki kepada kita,dan manusia tidak akan pernah mampu menyekat kekuasaan ALLAH yang maha agung itu.

Ada satu lagi cadbury seumpama itu dalam simpanan,berkira-kira untuk menghadiahkan pada si comel Damia yang sentiasa menunggu kepulangan kakak sepupunya yang baik ni -.-" .Maaflah Damia,tak sempat nak beli something yang more special than that.lagipun awak dah banyak mainan and baju and kasut and so on.Hee *Ayat selamat.

Bukan main lagi datin ni.




Damia and her favorite :)



sekeping lagi,buat pengubat rindu.


p/s: sempat pesan pada si penerima tu,kiranya hadiah kahwin le tu :D
     :counting days for hug and kiss Damia :)