Followers

Friday, 24 May 2013

Di pagi yang hening.

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..


kemain lagi cik riang noo.
Askor celop! berkawad

tabik spring!

me and masiha,mencari ketenangan ~

nah! saje nak upload gambar ni buat mengingati detik-detik indah masa tak tidur sampai pagi waktu pergi misi gelandangan haritu,memandangkan sampai sekarang pon tak tidur lagi seolah-olah ingin mengulangi sejarah itu,maka terwujudlah entry ingatan ini,tapi awal lagi kot 2:45 am.Is it can be defined as 'awal'? erkk. -.-"

p/s: Jom tido~

Thursday, 23 May 2013

Keperluan Di Zaman Ini..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Okay memandangkan sekarang ni adalah zaman teknologi yang sangat cepat sampai tak terikut dan sememangnya aku takde lah nak ikut sangat dengan peredaran teknologi yang macam halilintar tu(boleh ke?,erm boleh lah kan).Kalau nak dikira memang tak terkira kan,gadjet-gadjet yang ada di pasaran sekarang salah satu contohnya adalah handset atau dalam erti kata yang lain telefon tangan and what so ever lah.kalau yang aku tahu sekarang ni,yang terbaru di pasaran adalah samsung S4,tu yang aku tahu lah,yang aku tak tahu tu tak tahu la kan,kot-kot ada yang baru keluar ke.Samsung S4 tu memang not bad la kan,dengan function nye yang superb! tapi aku tak de lah minat sangat sampai bermati matian nak beli handset tu,biasa sudah.



smart kan!

Ni ha,gambarnya kot-kot ada yang tak penah tengok lagi,tapi aku yakin dan percaya korang semua mesti pernah tengok kan,memandangkan publisiti dia not bad la,sampai kan kat signboard-signboard tepi jalan pon belambak,memang pernah tengok sangat la kan.

Sekarang aku nak korang ingat balik handset pertama yang korang pernah guna,mesti klasik kan?,dan sekarang ni mungkin takde orang guna dah pon telefon pertama yang pernah korang guna tu.Telefon aku dulu pon boleh tahan gak la klasiknya,tapi ada lagi la tengok sampai sekarang ada lagi orang masih guna,telefon model tu,rare kot,memang salute lah! aku pon takde lah lame mana pon start guna handset sendiri,dalam tingkatan 3 baru guna handset,dalam tahun 2007 camtu ha.Tu pon setelah berdegil dengan mak nak jugak guna handset,padahal tak perlu sangat pon waktu tu.Tapi ade faedahnya jugaklah bagi ummi aku sebab boleh call kalau time aku keluar merayau kat bandar dengan kengkawan sampai tak hengat jalan balik, huhu.

Nah,tengok ni aku nak kongsi dengan korang handset-handset yang pernah bertakhta di hati aku lah sangat.



handset pertama aku,mine is black! hitam itu menawan.aha!



Ha,ni handset pertama aku,rela beli dengan duit simpanan sendiri tau,walaupun ummi tak bagi! waktu tu aku beli handset ni dengan harga RM150.00,sekarang ni rasanya dah takde kot kat kedai kalau nak beli yang baru punya,mungkin dah dilupuskan,hehe.Tapi jangan pandang sebelah mata tau dengan handset ni,as most of u know lah,dia boleh lasak,nak baling binatang pon boleh,hoho,kalau berkecai boleh sambung-sambung balik,haha.Aku guna handset ni tak sampai setahun pun rasanya,lepas tu masa form 4 tu,pass kat kakak aku tak silap waktu tu.Maka tamatlah riwayat hidup handset ni dengan aku.



slim gittew..not bad la.


Lepas tu,ni ha,pengganti kepada handset kat atas tu,handset ni pun aku beli guna duit simpanan sendiri jugak,tapi sumbernya haruslah dari ummi abah aku kan memandangkan waktu tu tak kerja lagi,sampai lah sekarang,hehe.Macamana aku boleh terpikat dengan handset ni ye,eh boleh pulak tanya korang kan.hoho.Okay lah,aku tak nak berteka teki lagi,nak kata terpikat pon tak jugak sebenarnya,tapi sebab memang nak tukar handset baru punya pasal sebab tengok kawan guna handset canggih manggih gitu,eh boleh pulak ye,maklumlah,tak matured lagi waktu tu kan,sikit sikit nak ikut kawan,tapi sekarang ni dah matured,tak de dah budaya tak sihat ikut-ikut kawan camtu dalam diri.huhu



handset china yang sound die kuat boleh guna waktu kenduri kawen tanpa susah-susah nak sewa speaker,haha!



Tak lama lepas tu pulak aku beralih arah pada handset ni,ni pon sebab ikut kawan,kawan guna handset china,nak jugak guna handset china,haha.Aku beli handset ni masa form 4 jugak dah hujung hujung tahun dah  waktu tu.Ni pon guna duit sendiri jugak,tapi ummi aku tahu la nak beli handset baru.Tapi macam takde keja la kan,sikit-sikit tukar handset.



sob,sob :'(



Sekarang kita beralih ke handset yang seterusnya,poyo kot.huhu.Handset ni aku beli masa form 5,harga tak hengat dah tapi around RM300.00 la,ni dah masuk zaman minat giler-giler kat sony,dan terikut kawan jugak,haha.Tapi aku sedih sebenarnya bila masuk part handset ni sebab ni handset aku yang pertama dan terakhir hilang sebab jatuh kat sekolah masa gi kelas tahfiz,malam kan,tak perasan masa jatuh tu.huhu,sedih  kot bila ingat balik dah la tak sampai setahun guna,memang baru sangat lah,naseb tak menangis masa hilang tu sebab sebelum tidur tu ummi aku masuk bilik then pujuk,dye tanya berapa harga handset tu,nanti ummi ganti,lepas tu aku tidur dengan tenangnya,haha.Tapi lepas tu panjang lagi kisahnya,aku malas nak cerita lah,sakit hati pun ada dengan budak yang jumpa handset aku ni pastu taknak bagi balik!, lantaklah,yang penting dapat handset baru. >.<



oh,I'm in <3 wit sony


Ni haa,handset yang diganti oleh ummi aku setelah kehilangan handset kiut miut yang kat atas tu.Harga dia RM 400.00 waktu aku beli masa tahun 2010.Sekarang dah murah dah kot,okay jugak la handset ni,puas hati,ada 3G,boleh search internet,MMS,gambar cantik so on and so forth,aku guna handset ni sampai tahun 2012 then tukar sebab ummi aku dengan rela hati nak belanja handset baru walaupun handset ni boleh guna lagi,peluang la tu kan,haha.Lepas tu adik aku memandai jual kat kawan dia RM80.00 dengan kerelaan hati aku,haha.Okay la tu,sebab masa aku nak beli handset yang seterusnya,ingat nak trade in je terus,pastu akak tu cakap dia boleh ambik RM60.00 je,dia pon sarankan pada aku supaya simpan je handset tu,aku pon tak jadi trade in lah.


kunun samsung galaxy S3


Ni lah dia handset yang telah dibelanjakan oleh ummi aku tu,huhu.Jangan terpedaya,ummi aku pun tak do lah kayo bonar nak belanja Galaxy S3 original ni kat aku,sebenarnya ummi aku bagi duit je,pastu aku sendiri gi beli handset clone ni,opss,terpecah pulak rahsia aku..huhu,sebenarnya aku tak berniat pon nak beli handset ni,ingat nak beli sony Xperia ke,aku setia lagi tau dengan sony,hentah macamana boleh terpedaya dengan akak tu,baik punya promote sampai aku terpedaya walaupun mula mula tu aku tak berniat pon nak beli handset ni.Tapi malangnya handset ni berape jam je sempat menjadi milik aku,sebab lepas balik rumah tu,adik aku tanya berapa,then aku bagitau la RM500.00,memang mahal jugak lah dengan status clone dia tuhh! pastu adik aku cakap,nape tak simpan je duit buat beli DSLR,sebab waktu tu memang aku duk simpan duit nak beli benda 'tu' pon.Tapi sebab ummi aku bagi duit suruh beli handset,aku pun g lah cari handset,betapa lurusnya aku,haha waktu tu menyesal giler-giler sampai aku suruh adik aku call kakak aku  waktu tu jugak! masa tu dia duk kat kolej dan aku paksa dia suh dia setuju,then dia setuju untuk bayar balik kat aku dengan menyerahkan handset dia kat aku sekali,baik punya jual beli.haha.




Last sekali,ni lah handset yang ada kat tangan aku sekarang dan merangkap handset yang paling mahal yang pernah aku guna,walaupun pemberian kakak aku setelah dia bayar untuk samsung galaxy clone tuh!  sekaligus memnyerahkan handset dia sekali kat aku.haha.jahat aku kan,tapi nasib lah akak aku tu tak pernah berkira,kakak mithali la katakan.Handset ni waktu kakak aku beli dulu harga dia dalam 800 lebih jugak la,dulu aku tak heran pon masa dia beli handset ni walaupun mahal,sebab tak minat nokia! Sony tetap di hati! Hidup sony,haha.Ribet tu macam dah tak nampak nak tebus dengan brand lain selain sony!

Okaylah,panjang sangat dah kot entry kali ni,cukup la tu kan.Wallahu'alam.

p/s:Pernah tolong beli handset lbh kurang ni kat akak aku suatu ketika dulu,handset ni pon hilang dicuri! heran aku,bape sen sangat lah diorang dapat kalau jual pon..hemm -.-"


Sunday, 19 May 2013

Happy Birthday Lina

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Kehadapan sahabatku Nor Hazlina Bt Alias.Kehadiranmu dalam hidupku amat aku hargai,walaupun kita selalu gaduh (gaduh manja),U suke mengata I dan I lagi-lagi lah jugak suka mengata U jugak and so on lah,banyak sangat kan kisah kisah kita .Ok,I tak nak melalut panjang panjang,di kesempatan ini,I just want to wish u Happy Birthdah,semoga panjang umur murah rezeki dan menjadi anak yang solehah yang paling penting jangan lupakan I tau :'( sob sob.Owh I was like speechless tak tau nak cakap apa,tapi kalau jumpa,sure lah I yang paling banyak banyak cakap kan (walaupun U sebenarnya.hoho).I just want U know that I always love and miss u and i'm deadly hope that our friendship will everlasting.Here some of our school  time photo <3


cerianya orang tu.

kenangan bersama

wah lina,sweet kan kite,beriringan seiring sejalan gitu..haha


p/s:Just a very short updated,malas nak mengarang panjang-panjang :)

Tuesday, 14 May 2013

Srikandi Mukhtar II


Gambar sepanjang program Srikandi Mukhtar :)

(entry bergambar)


video

video srikandi mukhtar terbaik :)

para peserta program

forum







choral speaking
nasyid :)

penyampaian hadiah,ustazah media.

qasidah

kak na..hehe :)

serikandi-serikandi terpilih

muslimah solehah

para peserta khusyuk mendengar forum 

mihah,iffah,lin :)

ustazah Jaziratul Shila,khusyuk menyampaikan forum

sayap kiri..

Masters of ceremony

Srikandi mukhtar yang osem :)

Sunday, 12 May 2013

Misi Gelandangan TAA3.

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Seperti post title yang tertera diatas,entry kali ni ingin saya ceritakan sedikit sebanyak perihal misi gelandangan yang telah saya sertai semalam.Sebenarnya misi ini kami semua sertai demi untuk memenuhi tuntutan subjek yang kami ambil pada semester ini iaitu semester 4.Nak dijadikan cerita,misi ini telah kami rancang beberapa minggu yang lalu,setelah pelbagai rintangan lah sangat yang kami tempuhi termasuklah terpaksa dipostpone about 2 weeks maka semalam,tertunai sudah hasrat dan hajat kami untuk turun ke lapangan.

Disebabkan most of us takde pengalaman even once,so semua memang sangat-sangat teruja dan tak dinafikan at the begining memang cuak sikit bila En Muhammad  bagi briefing dan diceritakan tentang kes-kes yang pernah berlaku sebelum ni,sebab sebelum tu ada daripada volunteers yang pernah kena kejar dengan parang,ada yang pernah kena pau dan sebagainya.En Muhammad adalah merangkap salah seorang volunteer daripada pertubuhan oranisasi Kindness,panjang ceritanya kalau nak diceritakan tentang organisasi Kindness ni,so bagi siapa-siapa yang nak tahu tentang lebih lanjut mengenai Kindness ni,bolehlah menjenguk ke fb page Kindness.my segala informasi tentang aktiviti mereka akan diupdate dari semasa ke semasa dan bagi siapa yang ingin menyumbang juga dialu-alukan.Semoga rezeki anda lebih murah dan diberkati. :)

Saya pun malas nak menaip pepanjang jadi,silalah menengok gambar-gambar yang telah saya tampal ini..hehe


dari kiri:Uncle monyet,En Amir,En Muhammad (lecturer kami)

rombongan dari UM dan USIM

makanan yang akan diagihkan

rombongan dr UM sedang menunggu rombongan kami 


Group kami :)
Lepas mission accomplished di Jalan Puduraya,around 3.00 am,sempat lagi kami singgah minum dan jadi kutu rayau kat KL,can u imagine,masing2 galak membuat gaya bajet comel depan KLCC at 4.00 am? dah la majoritinya perempuan..hoho..nantikan entry gambar bajet comel depan KLCC tu nanti.Tu pon kalu ada masa..hoho


P/s: Memandangkan masing2 dah fall in love in volunteering the homeless,rasa2nya boleh organize lagi next time..anyone? hehe.
Frust tak boleh nak copy print screen testimoni keterujaan kawan-kawan dalam ni! haha




Friday, 3 May 2013

Srikandi Mukhtar

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikumussalam wbt..

Alhamdulillah,sekali lagi diberi kesempatan untuk mencoret disini,tapi kali ni tidak berniat untuk memanjangkan entri yang tenggelam timbul ni.Sebenarnya ni pun curi-curi masa memandangkan malam ni (counting hours) nak berangkat ke Kelantan,lagi dan lagi,walaupun tak sampai sebulan baru datang ke bumi Nilai ni :).Baiklah,kembali kepada point sebenar yang nak disampaikan,walaupun sebenarnya cerita ni dah lama berlalu,tapi takpelah,coretan ini sebagai tanda kenang kenangan dan penghargaan saya buat para penganjur  program yang telah menganjurkan program yang super duper osem ni ^.^.

Nama program tersebut adalah serikandi mukhtar  sama macam nama entri ni ^.^ memandangkan program ni untuk gegirls je maka banyak lah aktiviti-aktiviti ,menarik dan sesuai untuk kita kita je :) ,antara aktivitinya adalah,forum,coral speaking,nasyid,qasidah,ustazah media hem,tu jelah antara pengisian programnya,bila dah semua perempuan ni memang best la nak buat apa pon,hehe,tapi buatape je pon..huhu ok sorry dah melalut,mentang mentang malam ni nak balik kampung ;).

ok dah magrib,tu je,nah sekeping gambar kenangan program :)



serikandi mukhtar,terbaikkk..kata mereka :)