Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah,segala puji pujian hanya bagi ALLAH diatas segala nikmat yang dikurniakan setiap saat dan detik ini terutamanya nikmat Iman dan Islam.Alhamdulillah juga kerana dalam ruang-ruang yang ada ini masih lagi saya diberikan keizinan olehNya untuk mencoret disini.Sekarang merupakan fatrah imtihan atau dalam kata lain musim peperiksaan buat pelajar-pelajar degree IPTA termasuklah penulis (baca:saya) .Oleh sebab itu,ruang-ruang yang ada memang seharusnya digunakan sebaik mungkin untuk menelaah pelajaran-pelajaran yang lepas serta untuk menambah ilmu baru dalam dada.
Baru-baru ini dan sampai ke hari ini 6 Januari 2013 USIM atau dalam kata lain tempat yang saya tumpang berteduh untuk belajar sekarang masih lagi hangat dengan isu gambar yang di'snap' dan siap diedit lalu dimuat naik ke laman facebook oleh satu skuad iaitu skuad fu yoh (skuad amar makruf la lebih kurang).Jadi saya sebagai salah seorang pelajar dari universiti yang dikenali sebagai institusi pengajian islam ini terpanggil untuk menyuarakan pendapat saya.
Jadi nak dijadikan cerita,gambar tu telah menceritakan bahawa pelajar-pelajar itu sedang berstudy group-lah mungkin,tetapi dalam keaadaan yang boleh dikatakan mencurigakan kerana pergaulan yang agak tidak dijaga disitu (kalau betul-betul jaga takkan skuad ni terjah kot).Seperti yang kita tahu Islam ni agama yang mudah serta indah,nak study group atau ber'group' discussion bercampur,boleh,tapi ada caranya.Contohnya,cuba tengok video nie:
Dan untuk menjaga,bukan susah kalau kita betul-betul rasa kita orang islam,kita kena ikut perintah ALLAH,tatacara islam,sebab Islam is the way of life,Islam bukan semata-mata solat,puasa,zakat sahaja,tetapi ia merangkumi cara hidup keseluruhan kita,kalau kita gagal ikut panduan tu maka gagal lah kita sebagai seorang Islam.
Berbalik kepada isu hangat yang telah dihangatkan oleh skuad fu yoh tadi,dan menjadi polemik khususnya dalam kalangan pelajar USIM sendiri,sebagai pelajar Islam dan berlatarbelakang dari sekolah agama,saya kira tak wajar ada yang membantah dan telah sekali lagi menghangatkan isu ini dengan mengatakan bahawa gambar ini telah memberi aib kepada pelajar berkenaan.Saya kira isu aib ini tidak boleh dijadikan isu,ada yang mengatakan bahawa "Nak berdakwah boleh,tapi guna cara yang betul dan jangan mengaibkan orang lain bla..bla..bla".
Sekali lagi sya tegaskan disini,isu aib tidak boleh dijadikan isu disini memandangkan yang terbabit ini juga merupakan pelajar islam dan semestinya mereka tahu hukum,tapi ingatlah matlamat tidak akan dapat menghalalkan cara.Berbalik kepada ada yang mengatakan bahawa method yang digunakan oleh skuad tu tidak wajar,jadi apakah cara yang lebih wajar?.Ramai yang menghentam,mengatakan itu dan ini,tapi tiada seorang pun yang datang mencadangkan apakah jalan yang sesuai untuk menyelesaikan sekaligus untuk 'merawat' barah yang kian parah ini.
Ya betul,dakwah ada caranya,dalam kes ini adakah wajar untuk kita semata-mata pergi dalam keadaan senyum dan menyatakan serta menerangkan hukum dan dalil kepada mereka,sedangkan mereka juga dari latarbelakang yang sama dengan kita,pelajar lepasan sekolah agama yang sememangnya tahu akan hukum hakam.Disini ingin saya sentuh tentang cara atau method dakwah,untuk berdakwah ini ada step atau peringkat-peringkat yang tertentu.
Sebagai contoh,suka untuk saya gunakan contoh ini kerana pensyarah saya beberapa kali menggunakan contoh ini sebagai salah satu contoh cara untuk berdakwah.Baiklah,jika datang seorang yang bukan beragama Islam pada anda atau mungkin sahabat atau kawan-kawan anda,dalam keadaan yang tidak menutup aurat,sebagai contoh,berskirt pendek dan sudah tentulah tidak bertudung.Jadi bagaimana cara yang sesuai untuk kita gunakan untuk diaplikasikan bagi situasi sebegini ?.
Sememangnya cara yang sesuai adalah dengan menasihati secara berhikmah,menerangkan dengan sebaik-baiknya kepada mereka memandangkan mereka langsung tidak faham akan perkara sebegini.Tapi jika seorang perempuan Islam datang kepada anda dalam keadaan sebegitu,adakah wajar anda menggunakan pendekatan yang sama,ya benar dalam islam ada konsep berdakwah secara berhikmah,iaitu "al hikmah wa mau'izotul hasanah" tetapi juga ada tempatnya.Pensyarah saya menyatakan bahawa,tak salah jika kita 'menegur' perempuan Islam itu dengan cara sedikit keras,mungkin menegur dengan menengking (tetapi tidak keterlaluan) kerana dia Islam dan sememangnya tahu,tak tutup aurat adalah satu dosa.
Begitu juga dalam kes ini,saya kira itu sudah cukup berhikmah,apa yang mengaibkan ?,even tak nampak muka pun kan,lepas tu tak mention pun student fakulti mana,nama apa.Jadi yang bersalah tu pandai-pandai lah terasa kan.Mungkin dengan sekali berlaku perkara seperti ini,pelajar-pelajar tadi tak akan buat dah apa yang mereka buat tu,dan student-student lain pun mungkin tak akan ulangi lagi kesilapan yang sama,learning from the others mistake.Cuba pandang dari sudut positif.Kita mahasiswa,sepatutnya masing-masing sudah matang dalam melontarkan hujah mahupun komen.Bukan menghentam secara membuta tuli.
jom jadi soleh solehah :) |
Dalam ramai-ramai yang mengutuk dan mengecam secara kencang tu,saya kira,lebih ramai yang bersetuju dan berterima kasih kepada yang terlibat dalam menjalankan misi ini.Kalau tak setuju,sekurang kurangnya datangkan satu jalan penyelesaian yang dirasakan sesuai dan releven,jangan semata-mata kencang dalam mengkritik.Tapi kosong untuk dipraktik.
Akhir kalam dari saya,post ini semata-mata pendapat dan pandangan dari insan yang lemah lagi banyak kekurangannya.Segala salah dan silap dalam melontarkan pandangan harap diampunkan.In Shaa ALLAH sama sama berkongsi ilmu.
Peace to love ALLAH love MUHAMMAD :)
Wassalam..
No comments:
Post a Comment