Followers

Tuesday, 7 August 2012

Erti Sebuah Kerinduan



                     





Di saat insan lain sedang bergembira bersama keluarga, 
aku terkurung menahan rasa,
ya ALLAH,hanya tuhan yang tahu akan perasaanku tika ini,saat ini dan detik ini.
ya ALLAH hanya engkau yang tahu apa yang berlegar legar difikiranku, 
apa yang kurasa dilubuk hatiku.
Tapi apakan daya hanya sabar dan redha ubat bagi segala kepiluan ini,
keresahan ini
Hanya rabbi yang maha pemurah lagi maha penyayang teman setia ku 
Betapa aku rasa dekatnya DIA dengan diri yang kerdil lagi fakir ini.
Betapa aku dapat belajar akan sebuah hakikat duniawi.
Andai berasa keseorangan,ingatlah bahawa kita sebenarnya tidak keseorangan kerana.....
DIA amatlah setia,tidak akan meninggalkan kita keseorangan kesepian kerana .....
DIA adalah khaliq yang sangat penyayang lagi mengasihani makhluknya.
Di saat ini,wajah ummi,bermain di mata,
kasih abah berlegar diminda.
Wajah-wajah kakak dan adik meruntun rasa.
Hanya air mata menjadi pengganti kepada erti sebuah kerinduaan. 
Tapi aku takkan sesekali melupakan janji janji ALLAH yang pasti,
sangat sangat pasti itu..
Sebulan kurasakan seakan setahun.
Sabarlah duhai hati,
saat itu pastinya akan kembali,
sabar itu indah walaupun ianya payah..
selama ini kusangka kuat,tetapi ianya  amatlah berat..
                                                                 

                                                          "fasobrun jamiill"






sentiasalah bermuhasabah..

No comments:

Post a Comment