Followers

Showing posts with label dari hati sanubari. Show all posts
Showing posts with label dari hati sanubari. Show all posts

Tuesday, 11 June 2013

Maka Bertambahlah Usiamu ~ Jannah

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

      Aku sendiri pun tidak pasti,bicara yang bagaimana aku harus mulakan untuk menceritakan tentang seseorang yang istimewa ini.Kesayuan terasa,saat mula mengetuk kekunci-kekunci keyboard ini.Kepiluan mula menerjah memikirkan bait-bait yang ingin disusun.Kesedihan menerobos jiwa saat memikirkan kronologi yang sedari dulu,bertahun lamanya kami lalui bersama.Kini semuanya masih seperti dulu,aku adalah aku dan dia akan selamanya dia,aku kenal baik buruk dia dan dia juga,tahu kuat lemah aku.Saat ini,aku sudah kenal,duka deritanya,suka gembiranya.Saat ini juga aku mengerti,apa dalam hatinya,walau tidak terluah,begitu juga dia.

          Sungguh lapan tahun bukan satu tempoh yang sekejap,tidak juga lama.Tapi yang pasti,lapan tahun itu telah mengajar aku segalanya,telah merubahku tentang banyak perkara.Dan lapan tahun yang kami lalui itu,sungguh bukan kegembiraan dan keseronokan semata hari hari yang telah kami lalui.Kerana lapan tahun itu juga,tidak gampang untuk  kamu menilai kami,itu dan ini.Lapan tahun itu juga lah yang telah melengkapkan kami,sungguh sangat banyak perbezaan antara kami,tapi perbezaan itulah yang membuatkan kami serasi bersama.Sungguh saya bukanlah yang sempurna buatnya,terlalu banyak kekurangan dan kelemahan diri,kerana dia juga punya kelemahan,kami sama-sama punya kelemahan,membuatkan ikatan ini makin kuat,makin utuh seiring waktu yang kian kedepan dari hari ke hari.



Bersahabat hingga ke JANNAH insyALLAH :)

     
      Segalanya kami telah lalui bersama,dan kami sangat sedar bahawa bukan semua orang menyenangi kami,tidak semua orang menyenangi persahabatan kami.Tapi,kami mahu mereka tahu bahawa gelak tawa kami itu bukan setiap masa,suka kami itu bukan sentiasa,ada waktunya kami bersedih,ada masanya kami berduka,kerana masalah saya adalah masaalah dia,dan masalah dia adalah masalah saya.Kami pernah merasa segala,dicemuh saat kami bergelak tawa,dibenci saat kami bersuka.Ada masa kami bahagia,ada masa juga kami berduka.

        Di kesempatan ini,aku sebagai sahabatmu ingin mengucapakan selamat hari ulangtahun kelahiran yang ke 21,semoga segala apa yang diimpikan akan menjadi milikmu,semoga ALLAH redha dengan apa yang telah kamu lakukan,dan semoga ALLAH sentiasa meredhai kita.Ingatlah bahawa ALLAH tidak akan menguji hambanya dengan ujian yang tidak mampu mereka tanggung dan redha lah dengan segala apa yang telah DIA takdirkan samada,kesenangan mahupun kesusahan.Serta yakinlah setiap kesusahan itu pasti akan disusuli dengan kesenangan,seperti yang telah tercatit indah dalam kalamNya.Anggaplah segala ujian dan kesusahan itu sebagai ukuran kepada kesetiaanmu kepadaNya,dan ianya untuk lebih mematangkan dirimu sebagai seorang muslimah solehah.






        Anggaplah segala masalah itu sebagai wasilah untuk kita lebih mengenal pencipta kita,supaya kita lebih kenal diri kita serta kelemahan dan keburukkan kita untuk kita sama-sama perbaiki,kerana kita sebagai manusia sememangnya tidak sempurna dan tidak akan pernah sempurna,dan ingatlah jua mereka yang tidak menyenangi kita juga tidak sempurna,tapi anggaplah seolah-olah ALLAH lebih menampakkan kelemahan kita dimata mereka supaya kita boleh perbaiki diri kita,supaya kita boleh bermuhasabah dan bertaubat atas dosa-dosa lampau kita.

     Engkau sememangnya seorang sahabat yang kuat! demi ALLAH seandainya aku berada di tempatmu belum tentu aku sekuat itu,setelah pelbagai masalah datang dan pergi tanpa ada rasa segan sedikitpun ia menyinggah padamu,tetapi maha kuasa ALLAH yang telah menyembunyikan segala kesedihanmu bila berhadapan dengan orang ramai,membuatkanmu seperti tidak ada apa yang terjadi . Tetapi ingatlah di saat kamu gundah memikirkan masalahmu,masih ramai insan yang lebih terseksa derita dengan mehnah mereka. Ya,sungguh untuk aku berkata "sabarlah wahai sahabatku" ,sangat-sangat senang,bahkan amat mudah,berbanding bahumu yang terus menerus memikul bebananya,tetapi sungguh,kalbuku berteriak,andai ada lagi kalimah yang lebih indah,yang lebih tepat untuk aku menyenangkan jiwa gundahmu itu,akanku susun bait-bait yang lebih indah untuk membuatkan jiwamu lebih tenteram.



       Akhir kata dari sahabatmu yang fakir ini,semoga ukhuwwah yang telah lama terbina ini akan selamanya subur mekar umpama kuntuman nailofar di taman syurga,maafkanlah diriku atas segala salah dan silap yang selama ini secara sengaja atau tidak,atau secara langsung atau tidak telah mengguris hati nuranimu,sungguh aku tidak sempurna,masih bergelumang dengan dosa-dosa dan maksiat.Permintaanku buat mu sempena hari lahirmu yang ke 21 ini,doakanlah semoga sahabatmu ini terus diberi kekuatan dan diampunkan segala dosa oleh ALLAH. Harapanku juga,semoga kita juga akan terus thabat di jalan ALLAH,menjadi penyambung mata rantai perjuangan sahabiah terdahulu juga dapat mengambil inspirasi daripada Nusaibah bt Kaab yang tidak terkata keberaniannya dalam mempertahankan Kekasih ALLAH Nabi Muhammad s.a.w,juga sekuat bidadari besi,Khaulah Al-Azwar di dalam perjuangannya.Dan semoga kita juga akan sanggup berkorban  seperti hebatnya pengorbanan Saidatina Khadijah sosok peribadi yang sungguh mulia yang telah mewasiatkan kepada Rasulullah supaya tulang belulangnya diinfakkan kepada perjuangan ISLAM setelah kematiannya,antara salah satu daripada pengorbanan bidadari syurga ini.

Uhibbuki fillah ;)
terimalah puisi dariku yang hentahpape

She like green,and blue I'm
She like chocolate,and I'm not
She love sweet,but I'm deadly not
So much differences between us we can't deny,but
So much interest we share it together
I love robe,and it is same goes to her
Laugh and laugh every time every where..
Tears fall around when the sad is coming
Story mory   sessions we always take a grab
Almost eight years we are together,indeed!
Sweet and sour we share it already..


Gambar Kenangan 2005-To present ~



latest


time spm09 :)


zaman sekolah




@ sekolah lama



rajin nau,kami dulu-dulu hee



<3



we are volunteers ..yeah!



orientation week@USIM



koir bak hang!



@ walimah ustazah



<3 <3 <3

:)






Happy Birthday to you



nota berkaki :

p/s: malu,coz i'm not talented as u are,in writing n whatsoever  -.-"  btw, happy birthday some more..

Friday, 5 April 2013

Mohon Dengan Sangat.

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum  wbt..

Counting minutes..tak lebih dari 30 minit akan kembali ke bumi kelahiran tanah serendah sekebun bunga atau  lebih popular dengan panggilan negeri serambi makkah.Walaupun baru sebulan lebih di bumi Nilai terasa bagai bertahun tahun tidak menjejakkan kaki di bumi penuh barakah itu.Paling tak sabar semestinya suasana pilihanraya yang kian panas bahangnya dengan perang bendera yang memenuhi segenap ruang di negeri yang dipayungi pemerintahan ulama itu.Harapan yang menggunung tinggi mewakili seluruh rakyat Kelantan sebagai  rakyat marhean berdoa dengan sepenuh permohonan agar Kelantan bakal selama lamanya dibawah pemerintahan ulama'..takabbalallahaminna waminkum ya ALLAH.



rakyat kelantan sayang tok guru

Sunday, 20 January 2013

"ITU"




Tidak bicara dan membicarakan ‘itu’,
Bukan kerana rahsia,bukan jua kerana sengketa,
Hari ini kau masih tersenyum,aku juga.
Dan harapnya esok kita masih begini.
Masih seorang teman.
Masih seorang sahabat.
Masih boleh …
kongsi rasa.
Kongsi duka.
Kongsi kecewa
Juga kongsi suka dan tawa.
Dan moga ALLAH sentiasa jaga kita.
Jaga kamu sahabatku!
Sayang kamu kerana ALLAH.
Hanya kerana DIA.
Moga didepan hari nanti
Tiada sengketa antara kita.
Kerana kita masih sahabat!
Bersahabat kerana DIA.
Moga engkau mengerti wahai sahabat.
Pergiku bukan suka-suka.
Bukan juga sia-sia.
Pergi dalam duka.
Walau tidak aku zahirkan
Sungguh pedih kepergian ku ini.
Tapi tak perlu aku zahirkan.
Kerna ini takdirNya.
 Ini takdir kita!!
Moga engkau dan aku.
Kita sama-sama.
Sama-sama redha!
Ingatlah wahai sahabatku..
Sahabat sejati itu
umpama…
Untaian tasbih,ada awal
Tiada penghujungnya.
Kuharap kita jua begitu,
Persis untaian tasbih.
Perpisahan kita
Bukanlah jauh beribu batu
Bukan juga beribu tahun lama
Hanya perpisahan dunia
Anggaplah engkau diatas
Aku dibawah
Kita selalu bersua
Juga akan selalu ketawa
Ketawa bersama!
Harapnya engkau masih sudi
Walaupun singgahsana kita sudah terpisah
Terpisah dek jarak
Tapi hati kita masih satu.
Aku harap ‘itu’ bukan pemisah antara kita
Tapi penghubung kita!
Akan lebih mendekatkan kita.
Kerana engkau sahabat ku.
Sahabat kerana ALLAH.



Tuesday, 1 January 2013

Doa.





Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt..




sentiasalah berdoa.




Esok exam.
Moga semuanya dipermudahkan.
Hanya mampu mintak pada ALLAH.
Tak lupa jugak restu ummi abah.


Usaha
Doa
Tawakkal
Redha
InsyaALLAH
ALLAH bantu.

Yakinlah pada ALLAH.
DIA sentiasa dengar rintihan kita.

Bantulah aku ya ALLAH.
Hanya padaMU tempat aku meminta.
Hanya padamu tempat aku merayu.


1:04 am
2/1/2013.

Sunday, 23 September 2012

Hadiah Sebuah Doa..





~addua' silahul mu'min~




Assalamualaikum wbt...

Bismillahirrahmanirrahim...

Usai solat subuh berjemaah,dan mengaminkan doa yang diketuai oleh suamiku,seperti kebiasaanya si suami mengajakku memakmunkan solat sunat hajat yang akan diimamkannya,aku hanya mengangguk sambil tersenyum tanpa membantah dan ragu ragu kerana itu sudah menjadi rutin bagi ku sejak bergelar isteri,solat berjemaah dan akan diikuti oleh solat sunat di pengakhirannya.Sangat bahagia dan terasa barakahnya bergelar seorang isteri kepada si suami yang sangat soleh,yang sangat-sangat mementingkan hubungan dengan khaliq disamping makhluk iaitu sesama manusia.Setelah berakhirnya solat sunat hajat dua rakaat,aku sekali lagi menadah tangan mengaminkan doa yang juga sekali lagi diketuai oleh suami yang tercinta.Doanya berbunyi:-

"Ya ALLAH ya tuhanku,kau ampunkanlah dosa ku,dosa isteriku,dosa kedua ibubapa ku,dosa guru-guruku serta dosa seluruh saudaraku tak kira dimana sahaja mereka berada,ya RABBI,hanya padamu tempat aku meminta,hanya padamu tempat aku merayu,maka kau perkenankanlah permintaanku ini,Ya Rahman,sesungguhnya aku sangat mencintai isteriku dengan sepenuh kecintaan sebagaimana aku mencintaimu,dan kekasihmu,ya Rahim.Sempena ulangtahun kelahirannya ini 
kau berkatilah kehidupanya di dunia mahupun di akhirat sana,kau jadikanlah dia wanita solehah yang sentiasa mengingatimu,mengasihimu,sesungguhnya aku sungguh mencintainya maka kau jadikanlah dia sebagai permaisuriku di dunia dan bidadari ku di syurga kelak,kau kekalkanlah Qurratu'ain pada dirinya,supaya sentiasa menjadi isteri yang baik kepadaku,ibu yang baik kepada bakal zuriat kami dan anak yang baik kepada ibubapa kami.Robbana hablana min azwajina wazurriyyatina qurrotu 'aayun wajaalna lilmuttaqiina imama,robbana aatina fiddunya wal akhiroh..takabbalna ya kariim"

Tanpa disedari,air mataku mengalir bertali arus,mencurah-curah,sungguh,inilah hadiah ulangtahunku yang paling bermakna seumur hidupku,iaitu setelah ulangtahun yang ke 24,doa yang cukup tersurat dan tersirat makna dari seorang yang bergelar suami,tiada kata-kata yang mampu aku ucapkan betapa hati ini melonjak keriangan,diselangi doa kesejahteraan kembali buat suami tercinta.Usai berdoa dan mengaminkannya lantas ku kucup tangannya seraya meminta keampunan diatas segala kekurangan diri selama bergelar isteri kepada insan soleh itu.

Sungguh kemanisan dalam kebahagiaan sedikit demi sedikit terluah dan terasa.Hikmah diatas masjid yang dibina berlandaskan akidah dan syariat yang sebenar.Sesungguhnya janji-janji ALLAH itu sangat-sangat benar."Inna wa'daLLAHI haqq" Seandainya redha ALLAH yang kita cari,maka hikmah yang bakal kita terima juga akan sangat membuatkan kita menerimanya dengan redha.

Keindahan itu tidak terhenti setakat itu sahaja,selepas itu suamiku mengeluarkan dua buah buku dan satu bungkusan yang dibalut dengan kemas,sebuah buku dan bungkusan berpindah ketanganku setelah dihulurkan, kurenungi tajuk buku yang baru berpindah milik itu,panduan rumahtangga untuk isteri dan ditangan suamiku pula panduan rumahtangga untuk suami entah kali keberapa aku kira,menerima hadiah buku seumpama ini dari suami tercinta,aku hanya tersenyum,kerana sungguh tidak mampu ku mengeluarkan kata-kata,sungguh terharu.Suami bukan sahaja mengkehendakkan aku menjadi isteri yang solehah,tetapi juga ingin menambahbaikkan dirinya juga sebagai suami yang soleh walaupun bagiku,dialah suami yang paling soleh yang pernah aku jumpa seumur hidupku.

Seterusnya,aku membuka bungkusan yang dibalut kemas itu pula setelah meminta izin dari suami untuk membukanya.Seperti yang aku sangka,ianya bukanlah intan berlian atau emas permata,tetapi ianya sepersalinan jubah yang cukup indah dimataku,walaupun aku kira ianya bukanlah jubah yang mencecah ribuan ringgit tetapi ianya cukup signifikan bagiku.Ianya jelas menggambarkan bahawa suami sangat senang akan pakaian seharianku,jubah,kerana selama ini,kemanapun aku pergi,jubahlah menjadi saksi bahawa auratku telah tertutup sempurna,dibalik sehelai jubah yang dipadankan dengan tudung labuh yang selalu aku gayakan kemanapun destinasiku.

Sungguh aku kira tahun  ini merupakan ulangtahun yang sangat bermakna,bermakna bukan kerana sebuah buku,bukan juga sepersalinan jubah,tetapi apa yang lebih bermakna,sebuah doa yang dititipkan oleh si suami untuk isterinya kepada penciptanya.


 Bersambung....
__________________________________________________________________________________


p/s: yang bersambung tu tipu je ye,i'm not a novelist nor a writer,jadi ..terilham disebabkan hari ni my lovely friend birthday Haifa,so I would like to wishing her happy birthday and smoga dipermudahkan segala urusan dan semoga berjaya fi ddunya wal akhirah.. <3 u forever..satu lg pesanan penaja,cerita diatas tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah mati dan xde kaitan dengan sape sape pon ye,bukan juga cerita kisah benar dari saya sebab saya xkawen lagi..(Y)




the cute one yang duduk dua dari kiri tu lah haifa..sanah helwah haifa!!!!

Wednesday, 15 August 2012

Ya ALLAH...

Bismillahirrahmanirrahim..

perkenankanlah ya ALLAH
Assalamualaikum...Salam akhir ramadhan,mudah mudahan kita semua dijauhkan dari azab api neraka yang sangat pedih lagi menyiksakan,sesungguhnya janji janji ALLAH adalah benar.Marilah kita sama sama memperbanyakkan doa bersempena dengan bulan yang mulia lagi penuh barakah ini..ya ALLAH kau perkenankanlah doa kami ..Ya ALLAH dibulan yang mulia ini aku memohon padaMU,kau ampunkanlah segala dosa dosaku,dosa kedua ibubapaku,dosa guru guruku,dosa seluruh ahli keluargaku serta dosa seluruh saudara  seagamaku ku ya ALLAH..ya ALLAH,kau selamatkanlah mereka dari bala bencana yang menyusahkan serta menyeksakan mereka ya ALLAH..Sesungguhnya hanya oadamu tempat aku meminta,tempat kami merayu,ya ALLAH,aku bersyukur dengan sepenuh kesyukuran diatas segala nikmat yang engkau kurniakan ya ALLAH,terutamanya nikmat ISLAM,IMAN DAN IHSAN yang engkau kurniakan ya ALLAH..Ya ALLAH,aku bersyukur diatas taufik dan hidayah yang engkau kurniakan kepada kami,aku memohon padamu ya ALLAH,setelah engkau memberi hidayah kepada kami maka janganlah pula engkau MEMESONGKAN hati hati kami ya ALLAH..Amin ya robbal alamiin..takabbaLLALLAH..

Wednesday, 8 August 2012

welcome to my blog....

Assalamualaikum wbt...
Ramadhan kareem..buat semua pembaca,hari ni dah masuk hari yg ke 20,that's mean kita dah berada pada fasa terakhir ramadhan iaitu "itqun minannar"..smoga kita semua dijauhkan dari azab api neraka yg sangat pedih..amin ya robb..saya kira kali ini tidak ada perkongsianyang bermanfaat dari saya,tapi entry kali ini hanyalah untuk mengucapkan selamat datang kepada semua yang sudi singgah ke sini.Berjuta kemaafan dari saya kerana keserabutan blog ini yang tidak lain tidak bukan berpunca dari saya sendiri.Sangat malas nak design cantik2 ditambah pula dengan diri yang tak berapa pro dalam hal2 sebegini,jadi buat masa sekarang memang macam ni lah ghope blog nie,ntah pape je kan..tapi i.ALLAH akan diisi dengan pengisian dan perkongsian yang bermanfaat i.ALLAH,disamping untuk mengingatkan anda2 semua dan yang paling utamanya diri saya yang masih lagi fakir dari segi ilmunya.I.ALLAH dengan medium ini jugalah salah satu cara yang akan saya gunakan sebaik mungkin untuk mencapai misi saya iaitu "memburu kesempurnaan" biizniLLAH i.ALLAH.Segala perkongsian dari anda2 semua juga amatlah dialu-alukan .Sekian saja dari saya,jom sama2 kita pertingkatkan ibadah di bulan yang mulia ini dalam memburu malam al qadr..siiru 'ala barakatillah
wallahu 'alam..