Followers

Sunday, 30 September 2012

Pohon Cinta ALLAH

Assalamualaikum wbt...

Bismillahirrahmanirrahim...








Jom sahabat-sahabat,kita sama-sama pohon cinta ALLAH,cinta yang hakiki lagi abadi,daripada mengharapkan cinta manusia yang belum pasti akan kesudahannya.Perbanyakkan membaca doa diatas..jom... :)

p/s: Let's we taqarrub ilaLLAH..bercinta dengan ALLAH.. :)

Wednesday, 26 September 2012

Sanah Helwah Ummi !!


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah tsumma alhamdulillah tsumma alhamdulillah..segala puji bagi ALLAH tuhan yang mencipta segala yang ada dilangit dan dibumi ,selawat serta salam buat junjungan yang mulia nabi Muhammad saw.Tidak dilupakan juga titipan doa buat ibubapa kita yang tidak terbalas jasa dan pengorbanannya dalam mentarbiah kita supaya menjadi anak yang soleh dan berjaya bukan sahaja didunia  bahkan diakhirat kelak.

Alhamdulillah kerana,dalam sisa-sisa waktu yang berbaki ini masih lagi diberi ruang dan peluang olehNya untuk 'mengupdet' blog yang masih lagi banyak kekurangan yang perlu diperbaiki.Terasa terpanggil untuk mencoret perihal ummi tercinta memandangkan semalam 25 september 2012 merupakan ulangtahun ummi yang ke-47,boleh dikatakan agak lama jika dilihat dari angkanya,tapi masih tampak muda dari rupanya,{ bukan ayat bodek ye ummi :) } it's true right? :) ..hehe !

Ummi merupakan anugerah yang paling bermakna dalam hidup saya personally,insan yang paling berjasa,insan mulia,rela berkorban demi anak-anaknya,very2 good listener to all of us(my siblings) including abah! sangat-sangat penyayang,penyabar tahap maksimum dengan kerenah anak-anak (including me ! ) sangat mengutamakan kami ber'enam dalam apa jua situasi,a good motivator to her sons and daughters,a good chef,a good teacher,a good ustazah,a good slave to ALLAH,a good wife to abah,etc etc.So many thing to be list dan memang tak tersenarai ! hanya ALLAH yang tahu.

Hakikatnya,jasa dan pengorbanan ummi memang  tidak akan terbalas walaupun balasanya dengan segunung emas permata.Hanya ALLAH yang dapat membalasnya.Mendidik kami hingga dewasa,mentarbiah kami hingga mengerti akan hakikat kehidupan,mengajar kami erti sebuah ujian.Dan sampai sekarang masih tidak pernah jemu menasihati kami supaya memperbaiki akhlak dan pekerti,masih tidak jemu menasihati kami supaya takutkan ALLAH,masih tidak jemu menasihati kami supaya terus berjuang demi islam!.

Dalam kelembutan ada ketegasannya,itulah ayat yang sesuai untuk digambarkan betapa ummi sangat tegas dalam hal yang berkaitan dengan ISLAM,ummi sangat-sangat tegas dengan hal ini.Termasuklah dari segi solat,pemakaian,akhlak etc etc.Kami(saya,kakak dan adik perempuan) diajar supaya menutup aurat sedari kecil,ketika kami masih lagi tidak mengerti apa itu aurat.Disediakan telekung solat padahal kami masih lagi tidak tahu bacaan-bacaan dalam solat.Dihantar mengaji,dari tidak mengenal alif ba ta,tetapi berjaya khatam pada umur yang masih sangat kanak kanak.Memberitahu kami bahawa akan dihantar ke sekolah agama pabila ke peringkat menengah,padahal kami masih lagi tidak mengerti apa itu sekolah agama.Itulah yang dinamakan tarbiah.Tarbiah dari seorang yang bernama ummi ! .



ummi bermakmumkan sepupu kesayangan..damia :)


Sesungguhnya pengorbanan ummi dalam mendidik kami sehingga ke peringkat ini bukanlah semudah A B C atau 1 2 3.Terlalu besar pengorbanannya,terlalu banyak cabarannya,terlalu sarat dengan liku dan ujian yang mendatang.Dan akhirnya,inilah kami pada hari ini,semoga kami akan menjadi saksi bahawa seorang yang bernama ummi ini adalah insan yang layak menghuni syurga ALLAH.Semoga kamilah yang akan memimpin dan mengiringi ummi ke syurga kelak.


ummi with the girls..


ummi with my elder sister,only sister that i have


still look young kan :)

ummi n si comel damia..hugs and kiss for u..>.<





p/s: selamat ulangtahun ummi,semoga sentiasa dikurniakan nikmat kesihatan,we all <3 ummi !!
 moralnya sentiasalah hargai orang yang tersayang.. plus minus a month to go ..#taksabarnakbalik#






Tuesday, 25 September 2012

10 Muwasofat Tarbiah


 Assalamualaikum wbt...

Bismillahirrahmanirrahim..


Sedikit perkongsian tentang muwasofat tarbiah,sama-sama kita renungi:-
'Wajib ke atas setiap muslim memulakan dengan memperbaiki dirinya, kesempurnaan itu dapat dilihat bila ia telah dapat memiliki beberapa perkara yang meletakkan ia di peringkat tertentu yang menjadikan ia mampu untuk memikul tanggungjawab amal Islami’ (Hassan Al-Banna)

1. Akidah yang sejahtera

2. Ibadah yang sahih

3. Akhlak yang mantap

4. Sangat menjaga masa

5. Mampu berdikari

6. Sihat tubuh badan

7. Teratur urusannya

8. Bermanfaat kepada orang lain

9. Pengetahuan yang luas

10. Mujahadah nafsu


 Nampak sangat simple,tetapi memerlukan mujahadah yang sangat tinggi untuk terus istikomah.Entri ini tercipta dengan harapan agar anda dan yang paling penting adalah saya sendiri supaya dapat memperbaiki diri daripada baik kepada yang lebih baik.Wallahualam..
 _________________________________________________________________________


semoga kasih sayang ALLAH bersama kita semua...





 p/s:jom sama sama tarbiah diri.moga bermanfaat :)

Monday, 24 September 2012

Saya Pilih Undi :)

Assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari yang dinanti-nanti bakal tiba,
Ayuh semua jangan kita lupa,
Tunaikan tanggungjawab sebagai mahasiswa,
Pilih calon yang mampu jaga kebajikan kita,
Jangan nanti akan menyesal pula,
Hari-hari esok yang bakal tiba,
Walaupun biasa tak bererti tak bermakna,
Sangat bermakna untuk kita semua,
khususnya buat bakal pemimpin malaysia tercinta,
Juga buat bakal pemancu dunia,
Ayuh semua kita bersama,
Ayuh pilih calon anda,
Tunaikan hak dan tanggungjawab kita.



p/s:Khas buat sahabat-sahabat di Usim..jangan lupa keluar mengundi,pilihlah calon yang benar-benar mampu tanggung akan amanah didunia dan jawab di akhirat kelak.Saya pilih untuk undi :)
hakikatnya saya tak tahu pon kat atas tu ape,sajak ke syair ke..sangat serabot saya kira :p

Sunday, 23 September 2012

Hadiah Sebuah Doa..





~addua' silahul mu'min~




Assalamualaikum wbt...

Bismillahirrahmanirrahim...

Usai solat subuh berjemaah,dan mengaminkan doa yang diketuai oleh suamiku,seperti kebiasaanya si suami mengajakku memakmunkan solat sunat hajat yang akan diimamkannya,aku hanya mengangguk sambil tersenyum tanpa membantah dan ragu ragu kerana itu sudah menjadi rutin bagi ku sejak bergelar isteri,solat berjemaah dan akan diikuti oleh solat sunat di pengakhirannya.Sangat bahagia dan terasa barakahnya bergelar seorang isteri kepada si suami yang sangat soleh,yang sangat-sangat mementingkan hubungan dengan khaliq disamping makhluk iaitu sesama manusia.Setelah berakhirnya solat sunat hajat dua rakaat,aku sekali lagi menadah tangan mengaminkan doa yang juga sekali lagi diketuai oleh suami yang tercinta.Doanya berbunyi:-

"Ya ALLAH ya tuhanku,kau ampunkanlah dosa ku,dosa isteriku,dosa kedua ibubapa ku,dosa guru-guruku serta dosa seluruh saudaraku tak kira dimana sahaja mereka berada,ya RABBI,hanya padamu tempat aku meminta,hanya padamu tempat aku merayu,maka kau perkenankanlah permintaanku ini,Ya Rahman,sesungguhnya aku sangat mencintai isteriku dengan sepenuh kecintaan sebagaimana aku mencintaimu,dan kekasihmu,ya Rahim.Sempena ulangtahun kelahirannya ini 
kau berkatilah kehidupanya di dunia mahupun di akhirat sana,kau jadikanlah dia wanita solehah yang sentiasa mengingatimu,mengasihimu,sesungguhnya aku sungguh mencintainya maka kau jadikanlah dia sebagai permaisuriku di dunia dan bidadari ku di syurga kelak,kau kekalkanlah Qurratu'ain pada dirinya,supaya sentiasa menjadi isteri yang baik kepadaku,ibu yang baik kepada bakal zuriat kami dan anak yang baik kepada ibubapa kami.Robbana hablana min azwajina wazurriyyatina qurrotu 'aayun wajaalna lilmuttaqiina imama,robbana aatina fiddunya wal akhiroh..takabbalna ya kariim"

Tanpa disedari,air mataku mengalir bertali arus,mencurah-curah,sungguh,inilah hadiah ulangtahunku yang paling bermakna seumur hidupku,iaitu setelah ulangtahun yang ke 24,doa yang cukup tersurat dan tersirat makna dari seorang yang bergelar suami,tiada kata-kata yang mampu aku ucapkan betapa hati ini melonjak keriangan,diselangi doa kesejahteraan kembali buat suami tercinta.Usai berdoa dan mengaminkannya lantas ku kucup tangannya seraya meminta keampunan diatas segala kekurangan diri selama bergelar isteri kepada insan soleh itu.

Sungguh kemanisan dalam kebahagiaan sedikit demi sedikit terluah dan terasa.Hikmah diatas masjid yang dibina berlandaskan akidah dan syariat yang sebenar.Sesungguhnya janji-janji ALLAH itu sangat-sangat benar."Inna wa'daLLAHI haqq" Seandainya redha ALLAH yang kita cari,maka hikmah yang bakal kita terima juga akan sangat membuatkan kita menerimanya dengan redha.

Keindahan itu tidak terhenti setakat itu sahaja,selepas itu suamiku mengeluarkan dua buah buku dan satu bungkusan yang dibalut dengan kemas,sebuah buku dan bungkusan berpindah ketanganku setelah dihulurkan, kurenungi tajuk buku yang baru berpindah milik itu,panduan rumahtangga untuk isteri dan ditangan suamiku pula panduan rumahtangga untuk suami entah kali keberapa aku kira,menerima hadiah buku seumpama ini dari suami tercinta,aku hanya tersenyum,kerana sungguh tidak mampu ku mengeluarkan kata-kata,sungguh terharu.Suami bukan sahaja mengkehendakkan aku menjadi isteri yang solehah,tetapi juga ingin menambahbaikkan dirinya juga sebagai suami yang soleh walaupun bagiku,dialah suami yang paling soleh yang pernah aku jumpa seumur hidupku.

Seterusnya,aku membuka bungkusan yang dibalut kemas itu pula setelah meminta izin dari suami untuk membukanya.Seperti yang aku sangka,ianya bukanlah intan berlian atau emas permata,tetapi ianya sepersalinan jubah yang cukup indah dimataku,walaupun aku kira ianya bukanlah jubah yang mencecah ribuan ringgit tetapi ianya cukup signifikan bagiku.Ianya jelas menggambarkan bahawa suami sangat senang akan pakaian seharianku,jubah,kerana selama ini,kemanapun aku pergi,jubahlah menjadi saksi bahawa auratku telah tertutup sempurna,dibalik sehelai jubah yang dipadankan dengan tudung labuh yang selalu aku gayakan kemanapun destinasiku.

Sungguh aku kira tahun  ini merupakan ulangtahun yang sangat bermakna,bermakna bukan kerana sebuah buku,bukan juga sepersalinan jubah,tetapi apa yang lebih bermakna,sebuah doa yang dititipkan oleh si suami untuk isterinya kepada penciptanya.


 Bersambung....
__________________________________________________________________________________


p/s: yang bersambung tu tipu je ye,i'm not a novelist nor a writer,jadi ..terilham disebabkan hari ni my lovely friend birthday Haifa,so I would like to wishing her happy birthday and smoga dipermudahkan segala urusan dan semoga berjaya fi ddunya wal akhirah.. <3 u forever..satu lg pesanan penaja,cerita diatas tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah mati dan xde kaitan dengan sape sape pon ye,bukan juga cerita kisah benar dari saya sebab saya xkawen lagi..(Y)




the cute one yang duduk dua dari kiri tu lah haifa..sanah helwah haifa!!!!

Monday, 17 September 2012

Husnuzhon (Bersangka Baik)

Assalamualaikum wbt...

Bismillahirrahmanirrahim..





Apa khabar iman kita? moga-moga ianya bertambah dan lebih baik dari hari-hari sebelumnya.Sementara masa masih lagi terluang,dan nikmat kesihatan yang sangat-sangat baik (segala puji bagi ALLAH) dan didatangkan pula idea,juga dari ALLAH,jadi tidak salah kiranya untuk saya kongsikan apa yang bakal terluah ini,dengan harapan dapat membuka minda kita semua agar sentiasa ber "husnuzhon" tidak kiralah,samada kepada khalik kita yang esa atau sesama makhluk.

Di pusingan pertama ini ingin saya lontarkan persoalan kepada pembaca-pembaca budiman lagi soleh-solehah.(ha,awak la,jangan tengok kiri kanan lak).Apa perasaan anda atau apakah yang akan bermain atau terlintas di minda jika anda melihat seorang (muslimin/muslimat) yang tidak menutup aurat dengan sempurna?? adakah anda akan mengumpat dalam hati,contohnya:-

"eei dia ni,ape la,tak reti hukum hakam dosa pahala ke?!!

"Ya ALLAH,tak malu ke pakai macam tu,mak ayah alim,tapi anak?!!hemm"

Dan banyak lagi lah contoh contoh monolog ataupun umpatan dalam hati kita tu kan.Tapi sebenarnya adakah kita tahu apa yang mereka ini alami,apa yang mereka rasa,mungkin senang untuk kita kutuk,maki,marah etc etc,tapi sedarlah anda-anda semua dan diri saya juga bahawa tiada manusia yang inginkan kejahatan,keburukkan,termasuklah diri kita sendiri,kan?,tujuan entri ini bukanlah semata-mata untuk mengingatkan diri anda sahaja,tapi yang lebih besar adalah untuk mengingatkan diri saya sendiri supaya lebih dekat dengan ALLAH dan supaya lebih bersyukur dengan nikmat-nikmat yang dikurniakan.

Berbalik kepada main topic of this entry,"husnuzhon",berdasarkan pengalaman saya sendiri,tambahan pula sejak akhir-akhir ini selalu meninjau blog-blog terutamanya,cukup memberikan saya pengalaman serta membuka minda dan mata hati untuk lebih berfikir,mengkaji,dan menghayati,kisah-kisah yang saya baca dari perkongsian,luahan rasa etc etc.Saya sangat sangat terkesan disaat membaca kisah-kisah sahabat kita atau lebih tepat saudara muslim kita yang bersungguh-sungguh meluahkan bahawa dia ingin berubah memandangkan cara hidup yang sedikit open,dengan pemakaian yang rugged,vogue,gojes etc etc,dan dalam masa yang sama lebih tepat untuk dikatakan tak patuh syariah .

So it's really membuatkan saya berfikir sejenak bahawa golongan sebegini juga inginkan perubahan,ingin mengubah diri supaya lebih baik,nak jadi solehah dan sebagainya.Tapi terfikirkah anda siapa yang akan menyokong mereka dari belakang kalau bukan kita yang sedikit bernasib baik kerana ditentukan ALLAH untuk berpakaian dan berakhalak dengan akhlak yang hasanah i.ALLAH.Kalau kita tidak meraikan mereka maka siapa lagi??.

Sangat menyedihkan bila terdapat diantara saudara-saudara kita yang lantang bersuara dan melontarkan hujah-hujah tentang dosa-dosa tidak menutup aurat dan sebagainya dengan bahasa yang tidak sopan dan menegur secara terbuka dan sungguh,itu bukanlah cara yang terbaik sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam agama yang kita cintai.Sebolehnya gunalah metod-metod dakwah yang lebih membuatkan mereka terkesan dan bermuhasabah kerana dengan cara yang salah mungkin akan membantutkan lagi niat mereka yang pada awalnya ingin berubah.

akhir kalam apa yang baik itu datanganya dari ALLAH dan apa yang kurang itu juga dari ALLAH dan disandarkan pada diri saya yang lemah ini..

Wassalam...

sampai tak apa yang ingin saya sampaikan sebenarnya nie..harap-harap sampai lah ye..

Sunday, 16 September 2012

Reminder before u and me go to sleep ;)

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...


Let's we make a dua's before we sleep!!



11:28pm..
Rasanya tidaklah terlalu awal untuk kita semua kembali ke katil setelah meninggalkannya buat seketika waktu,jadi sebelum kita semua,saya dan anda-anda semua kembali ke katil,suka kiranya untuk saya mengingatkan anda dan terutamanya diri saya sendiri untuk kita sama-sama membaca surah al-mulk supaya dijauhkan dari azab kubur 'Nauzubillah'.Selain itu,marilah kita sama-sama membasahkan bibir dengan memohon pada ALLAH dengan doa ini "a'uzubikamin azaabilkubri"..Ya ALLAH engkau perkenankanlah doa kami "istajibdua'ana ya ALLAH"..Sebelum melelapkan mata marilah kita sama-sama memohon pada ALLAH supaya mengurniakan kesejahteraan kepada kita,kepada kedua ibubapa kita,adik-beradik,saudara mara,sahabat-sahabat,serta tidak dilupakan saudara-saudara muslim kita yang sedang dalam kesusahan,yang disaat ini ditindas dan dihancurkan oleh syaitan-syaitan yang berupa manusia yang kerja nya  menghancurkan saudara-saudara kita di Palestin,di Syiria,Umat islam di rohingnya dan seluruh ummat Islam di dunia,seterusnya moga ALLAH menetapkan hati kita supaya sentiasa berada di jalan yang benar iaitu "sirotol mustaqiim" YA ALLAH "ssabbit kolbi 'ala diinik"..AMIN ya robb..

p/s:don't forget to forgive all the people's around us too..

Saturday, 15 September 2012

Perang Badar





Perang Badar terjadi pada 7 Ramadhan, dua tahun setelah hijrah. Ini adalah peperangan pertama yang mana kaum Muslim (Muslimin) mendapat kemenangan terhadap kaum Kafir dan merupakan peperangan yang sangat terkenal karena beberapa kejadian yang ajaib terjadi dalam peperangan tersebut. Rasulullah Shallalaahu 'alayhi wa sallam telah memberikan semangat kepada Muslimin untuk menghadang khafilah suku Quraish yang akan kembali ke Mekkah dari Syam. Muslimin keluar dengan 300 lebih tentara tidak ada niat untuk menghadapi khafilah dagang yang hanya terdiri dari 40 lelaki, tidak berniat untuk menyerang tetapi hanya untuk menunjuk kekuatan terhadap mereka. Khafilah dagang itu lolos, tetapi Abu Sufyan telahmenghantar pesan kepada kaumnya suku Quraish untuk datang dan menyelamatkannya. Kaum Quraish maju dengan pasukan besar yang terdiri dari 1000 lelaki, 600 pakaian perang, 100 ekor kuda, dan 700 ekor unta, dan persediaan makanan mewah yang cukup untuk beberapa hari.

Kafir Quraish ingin menjadikan peperangan ini sebagai kemenangan bagi mereka yang akan meletakkan rasa takut di dalam hati seluruh kaum bangsa Arab. Mereka hendak menghancurkan Muslimin dan mendapatkan keagungan dan kehebatan. Banyangkan, pasukan Muslimin dengan jumlah tentara yang kecil (termasuk 2 ekor kuda), keluar dengan niat mereka hanya untuk menghadang 40 lelaki yang tidak bersenjata akan tetapi harus menghadapi pasukan yang dipersiapkan dengan baik -3 kali- dari jumlah mereka. Rasulullah SAW dengan mudah meminta mereka Muslimin untuk perang dan mereka tidak akan menolak, akan tetapi, beliau SAW ingin menekankan kepada pengikutnya bahwa mereka harus mempertahankan keyakinan dan keimanan dan untuk menjadi pelajaran bagi kita. Beliau SAW mengumpulkan para sahabatnya untuk mengadakan musyawarah. Banyak di antara sahabat Muhajirin yang memberikan usulan, dengan menggunakan kata-kata yang baik untuk menerangkan dedikasi mereka. Tetapi ada seorang sahabat yaitu Miqdad bin Al-Aswad ra., dia berdiri dihadapan mereka yang masih merasa takut dan berkata kepada Rasulullah SAW,

"Ya Rasulullah (SAW)!, Kami tidak akan mengatakan kepadamu seperti apa yang dikatakan oleh bani Israel kepada Musa (AS), 'Pergilah kamu bersama Tuhanmu, kami duduk (menunggu) di sini'( Dalam surah Al-Maidah). Pergilah bersama dengan keberkahan Allah dan kami akan bersama dengan mu !".

Rasulullah SAW merasa sangat suka, akan tetapi Rasulullah hanya diam, Baginda menunggu dan beberapa orang dari sahabat dapat mengetahui keinginan Baginda SAW. Sejauh ini hanya sahabat Muhajirin yang telah menyatakan kesungguhan mereka, akan tetapi Baginda menuggu para sahabat Anshor yang sebagian besar tidak hadir dalam baiat 'Aqaabah untuk turut serta dalam berperang melawan kekuatan musuh bersama-sama Rasulullah SAW di luar kawasan mereka. Maka, pemimpin besar sahabat Anshor, Sa'ad bin Muadh angkat bicara, "Ya Rasulullah (SAW) mungkin yang engkau maksudkan adalah kami". Rasulullah SAW menyetujuinya. S'ad kemudian menyampaikan pidatonya yang sangat indah yang mana dia berkata,

"Wahai utusan Allah, kami telah mempercayai bahwa engkau berkata benar, Kami telah memberikan kepadamu kesetiaan kami untuk mendengar dan thaat kepadamu... Demi ALlah, Dia yang telah mengutusmu dengan kebenaran, jika engkau memasuki laut, kami akan ikut memasukinya bersamamu dan tidaka ada seorangpun dari kami yang akan tertinggal di belakang... Mudah-mudahan Allah akan menunjukkan kepadamu yang mana tindakan kami akan menyukakan mu. Maka Majulah bersama-sama kami, letakkan kepercayaan kami di dalam keberkahan Allah".

Rasulullah sangat menyukai apa yang disampaikan dan kemudian Baginda bersabda, "Majulah ke depan dan yakinlah yang Allah telah menjajikan kepadaku satu dari keduanya (khafilah dagang atau perang), dan demi Allah, seolah olah aku telah dapat melihat pasukan musuh terbaring kalah". Pasukan Muslimin bergerak maju dan kemudian berhenti sejenak di tempat yang berdekatan dengan Badar (tempat paling dekat ke Madinah yang berada di utara Mekkah). Seorang sahabat bernama, Al-Hubab bin Mundhir ra., bertanya kepada Rasulullah SAW, " Apakah ALlah mewahyukan kepadamu untuk memilih tempat ini atau ianya strategi perang hasil keputusan musyawarah?". Rasulullah SAW bersabda, "Ini adalah hasil strategi perang dan keputusan musyawarah". Maka Al-Hubab telah mengusulkan kembali kepada Rasulullah SAW agar pasukan Muslimin sebaiknya bermarkas lebih ke selatan tempat yang paling dekat dengan sumber air, kemudian membuat kolam persediaan air untuk mereka dan menghancurkan sumber air yang lain sehingga dapat menghalang orang kafir Quraish dari mendapatkan air. Rasulullah SAW menyetujui usulan tersebut dan melaksanakannya [*]. Kemudian Sa'ad bin Muadh mengusulkan untuk membangun benteng untuk Rasulullah SAW untuk melindungi beliau dan sebagai markas bagi pasukan Muslimin. Rasulullah SAW dan Abu Bakar ra. tinggal di dalam benteng sementara Sa'ad bin Muadh dan sekumpulan lelaki menjaganya.

Rasulullah SAW telah menghabiskan sepanjang-panjang malam dengan berdoa dan beribadah walaupun Baginda SAWmengetahui bahwa Allah ta'ala telah menjanjikannya kemenangan. Ianya melebihi cintanya dan penghambaannya dan penyerahandiri kepada Allah ta'ala dengan ibadah yang Beliau SAW kerjakan. Dan ianya telah dikatakan sebagai bentuk tertinggi dari ibadah yang dikenal sebagai 'ainul yaqiin.

 sumber :- http://azharjaafar.blogspot.com/2008/08/kisah-perang-badar.html

p/s:semoga perkongsian kali ini dapat meningkatkan lagi thakofah atau pengetahuan sirah kita :)

Monday, 10 September 2012

Kembali Berjuang..

Assalamualaikum wbt...

bissmillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah kerana masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk kembali berjuang sekali gus menjejakkan kaki ke bumi USIM..Dengan semangat baru,jiwa baru segala galanya baru.Diharapkan dengan semangat dan jiwa baru ini dapat  memberikan harapan baru buat diri ini agar selalu dan sentiasa tajdidkan niat,supaya ibadah ini akan berjalan dengan lancar dan seterusnya diamalkan segala ilmu yang diperolehi.

Alhamdulillah,hari pertama berjaya ditempuh dengan jayanya walaupun satu kuliah saja pada hari semalam,selebihnya hanya menunggu di dewan kuliah dengan pengakhirannya bersurai dengan tanda tanya dan masih lagi tertunggu-tunggu dan ternanti nanti kelibat murabbi yang bakal mencurahkan ilmunya kepada kami semua yang masih lagi bertatih di bumi yang diberi jolokkan menara gading ini.Di hari keduanya pula(hari ini) tiada kelas kerana tutorial masih belum bermula,jadi masa seboleh-bolehnya ingin diisi dengan perkara yang bermanfaat.

Rasanya setakat ini saja n3 kali ni,ada kerja yang menanti..wassalam..

Thursday, 6 September 2012

KK1's The Best Residential Collegue Ever..

suasana kk1



Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

Tinggal beberapa hari saja lagi,segala galanya akan ku Tinggalkan,kampung,rumah,parents,siblings,bantal,selimut,bilik,katil empukku etc etc..sedih kott..tapi akanku kuatkan hati ini untuk terus melangkah kehadapan tanpa berpaling ke belakang lagi(skema).Dengan harapan takkan ada lagi pertumpahan darah air mata macam selalu tu kantoi.Sebut je pasal nak balik usim,terus sebak!drama betul!tu pon orang lain yang tolong ingatkan,aku wat dekk je,malas nak fikir .Sedih kot walaupun dah setahun berkelana di bumi nilai,betul la kata orang dulu dulu tu "Hujan emas dinegeri orang hujan batu di negeri sendiri,lebih baik di negeri sendiri" Kelantan is the best state ever..yeah! ..Tapi entri kali nie bukan nak cerita tentang kesedihan aku ni sebenarnya.Tengok tajuk lah kan..it's actually about my previous residential collegue at USIM terbaik-lah-sangat.

Setahun bagaikan bertahun-tahun menghuni kolej kediaman 1 nie atau nama manjanya "kk1".Segala kenangan pahit manis masam sume ade telah ku tinggalkan di sini.Sedih bila terkenangkan suasananya yang tenang itu,apa apa pun,hidup perlu diteruskan,yang berlalu biarkan berlalu,setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.Sekarangni hanya mampu husnuzhon je ngan ALLAH atas segala ketentuannya.Termasuklah dengan  sedikit konflik yang berlaku tu.Sabar+redha+tabah+doa+Tawakkal=pengakhirannya pasti kemanisan,belive it!! tak perlu bersedih,tak perlu -ve dengan aturan ALLAH dan beruntunglah kita sebab ada ALLAH..kita boleh mengadu dekat DIA,boleh mintak ape saja kat DIA,dan jangan lupa untuk memanjatkan kesyukuran jugak pad DIA diatas segala kurniaan yang dianugerahkan.ALHAMDULILLAH..beruntung kan kita :).

Berbalik pada cerita pasal kk1 nie,beruntunglah bagi adik-adik junior yang ditempatkan di kk1 ni..jadi gunalah kesempatan yang ada tu untuk mensyukuri segala nikmat yang dianugerahkan sepanjang keberadaan anda di kk1.Kalau nak diceritakan satu persatu memang tak habis lah tentang kenangan di kk1 nie,termasuklah kenangan bershootingnya,belatih borianya dengan sahabat-sahabat sekelas betol tak sal? hehe.Selain tu surau kk1 adalah salah satu surau yang "hidup" diantara kk2 lain di USIM.Hampir tiap-tiap malam ada pengisiannya,dan slot yang ditunggu dan menjadi pujaan ramai adalah qasidah,pengalun-pengalunnya memang best ever lah!.Harap harapnya lepas ni budaya-budaya yang baik itu akan berkekalan selamanya dan budaya-budaya buruk yang makin ditegur makin menjadi tu harapnya tak akan berlaku lagi dan tidak diulangi oleh adik-adik junior harap-harapnya yea.Contohnya yang macam abang long selalu tegur tu lah,malas dah rasa nak ulang lagi yang macam tak pakai stokin,ikhtilat,study group etc etc.

Harapan ana selaku penghuni 2nd generation kk1 dan senior adik-adik agar bi'ah solehah akan subur mekar atau seeloknya lebih baik dari generasi-generasi yang sebelumnya dan jangan cemari ia dengan gejala-gejala yang tidak sihat,andai ada apa apa budaya yang tidak sihat harapnya ditinggalkan saja diluar,jangan sesekali membawa masuk ianya ke dalam kk1 agar kk1 akan terus menjadi the best residential collegue ever*sambil kepakkan tangan*.


meja belajar..paling besar manfaatnya pada kami bertiga..me kak nasrah and dayah

my bed..ya ALLAH rindunya katil nie..

dayah's bed..my roomate..

pastinya akan kurindui tempat ini..

kafe..tempat yang paling penting..  :)

suasana yang mendamaikan

blok A..tersimpan berjuta kenangan >.<



Di kesempatan ini saya ingin memohon kemaafan terutamanya buat my ex-best roomate ever kak Nasrah and Dayah,semoga ukhuwwah kita takkan berhenti setakat ini saja..jumpa lagi next sem maaf ye andai ada terkasar bahasa tersilap kata atau terguna benda ke ape sume,forgiveme for anything and everything,luv uolls very much..tak lupa juga buat 'aras'mate(adeke hehe) geng aras empat blok A kk1,shakila,saadah,salehah,dayah Esa,Uswah,nana,nadilah,ema,syimah,nisa,nora,kak muja,komah,siti,yati,lia,amy,along dan semua lah termasuk yang tak tersebut ..ampun maaf dipinta,memandangkan syawal pon tak habes lagi ni..semoga kita semua akan berjumpa lagi dilain waktu okey..sekian,yang baik datangnya dari ALLAH dan yang buruk juga datangnya dari ALLAH tetapi disandarkan pada saya yang lemah lagi dhaif ini..sekian Wassalam..semoga bersua lagi di next entry..

Wednesday, 5 September 2012

To The One Who's Called Muslimah..

lets we together be a good muslimah

Assalamualaikum wbt...

Bismillahirrahmanirrahimm...segala puji hanya bagi ALLAH..
Alhamdulillah masih lagi diberi ruang dan peluang untuk mencoret disini.Moga ianya menjadi salah satu sumbangan buat islam agama yang tercinta.Salah satu daripada masalah yang masih lagi membarahi para muslimat(wanita muslim) pada hari ini,gejala "free hair" gejala ini sering kita tengok tak kira lah samada di kampung mahupun dibandar,masih lagi sangat-sangat tidak memuaskan hati,it's it??sama-sama lah kita minta pada ALLAH supaya mereka-mereka ini diberi hidayah atau guidance oleh ALLAH dan diampunkan dosa-dosa mereka dan kita semua yang telah lalu.Mana tau kan kalau-kalau kita pon pernah terjebak dengan gejala ni..tapi alahmdulillah la kan,saya yakin dan percaya anda semua yang membaca blog ni tak pernah terjebak dengan gejala ni kan?.

Tapi entri kali ni saya sebenarnya bukan nak storey morey pasal gejala free hair ni je.Golongan-golongan yang bertudung litup pon tak pernah sunyi dari masalah jugak kan the truth is,kalu yang tak bertudung,masalah nya dengan yang bertudung,kalau yang bertudung labuh,masalahnya dengan yang bertudung singkat.so hari ni saya nak sentuh la sikit kan pasal nie..curious tak,dari tadi lagi pasal ni asal ni,ape nie!!ok ok bertenang dulu semuanya k..tarik nafas dalam-dalam..lebih memberi tekanan sebenarnya kan..hehe ok lah saya serious sikit kali ni..mesti anda-anda pernah dengar kan samada kawan sendiri atau sape sape je lah yang cakap:-

 "Alah,pakai tudung pon bukannya baik sangat pon,aku yang pakai tudung ni pon lagi baik,tak pernah mengumpat orang"

"Pakai tudung kalau hati busuk,jahat buat ape jugak kan!"

"Pakai tudung tapi hati busuk,mulut jahat,tak de guna!"

"Hem..pakai tudung labuh tapi mengumpat,couple,buat maksiat jugak,aku tak respect lah,baik pakai tudung singkat macam aku ni je!!"
(sangat sentap kan)

Brothers and sisters,ingatlah bahawa orang bertudung pon manusia,so sifat manusia macam mana??
macam anda-anda yang tak bertudung dan yang mendedahkan aurat jugak,ade dosa,ade yang salahnya,tapi....yang membezakan awak dengan kami-kami yang bertudung dan tutup aurat ni apa?? contohnya ada dua orang hamba ALLAH dia mengumpat,A pakai tudung,B free hair,apa bezanya,si A akan dapat satu dosa iaitu dosa mengumpat sahaja dan si B pulak akan dapat dosa mengumpat sekaligus dosa mendedahkan aurat full stop.Masih ada yang tak faham,sampai entri ini tercetus disebabkan ramai orang diluar sana yang sampai sekarang masih tak faham dan mempersoalkan serta mencetuskan soalan-soalan yang sebegitu and saya senditi pun pernah menjawab soalan yang di tanya oleh seorang sister kat fb.It is same goes to lelaki ok,kalau ade yang masih mempersoalkan antara yang tutup aurat dengan yang membuka aurat,especially yang suka pakai short pant la kan kalau lelaki.

Tapi...ada tapinya lagi la kan.yang bertudung ni pon kena lah watch your manner,jangan pulak bila ade kenyataan yang macam kat atas tu,sewenang wenangnya pulak nak mengumpat orang,nak buat maksiat,katanya kalau buat dosa dapat dosa mengumpat je kan kalu nak dibandingkan dengan pendosa yang tak menutup aurat plus mengumpat tu..and one more thing,dosa tak tutup aurat ni adalah salah satu daripada dosa besar dan akan menyebabkan kita akan dihumbankan ke dalam neraka beratus-ratus ribu tahun lamanya.So bagi yang masih teragak-agak dan hesistate untuk tutup aurat dan dressing properly,ingatlah dosa tidak menutup aurat ini sangat-sangat lah besar.

Jika anda tidak menutup aurat dengan sempurna,anda juga berpotensi untuk menarik ahli keluarga anda ke dalam neraka(esp girls)siapa tu yang bakal ditarik,mesti awak-awak pon dah tahu kan,it is u'r father,u'r husband, u'r elder bro,u'r younger bro..Ya ALLAH kesiannye kan..disebabkan kita,ada yang terpaksa menanggung akibatnya,(juga peringatan buat diri sendiri).Suka saya mengingatkan diri sendiri dan juga anda-anda tentang ini:-

 "Selangkah seorang perempuan yang tidak menutup aurat berjalan bersama suaminya,ibarat membina satu tangga mahligai/istana didalam neraka(nauzubillah)" 

Mahligai tu untuk mereka berdua,jadi jelaslah disini bahawa suami yang isterinya tidak menutup aurat akan sama terheret ke dalam neraka jahanam.Dalam al quran sendiri pun telah jelas akan suruhan menutup aurat ini,contohnya dalam surah an nur ayat 31.

English translation :)          


And tell the believing women to reduce [some] of their vision and guard their private parts and not expose their adornment except that which [necessarily] appears thereof and to wrap [a portion of] their headcovers over their chests and not expose their adornment except to their husbands, their fathers, their husbands' fathers, their sons, their husbands' sons, their brothers, their brothers' sons, their sisters' sons, their women, that which their right hands possess, or those male attendants having no physical desire, or children who are not yet aware of the private aspects of women. And let them not stamp their feet to make known what they conceal of their adornment. And turn to Allah in repentance, all of you, O believers, that you might succeed.
one more ayah in the quran..


terjemahan dalam bahasa melayu :)


Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
   



Hadis hadis sendiri pun banyak yang diriwayatkan,tentang suruhan menjaga aurat terutamanya buat kaum hawa.Contohnya hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud ini:-


 "Wahai Asma', apabila seorang wanita telah baligh, dilarang membuka bahagian badannya kecuali muka dan tangan"  (Abu Dawud)

Sekian dahulu buat entri kali ini.Jaga diri,jaga hati,hiasi peribadi.wallahu'alam ..

P/s:Tolong la muslimat,pakai stokin ok..it's also an aurah u know! #jugabuatdiri#

Monday, 3 September 2012

Ruhul Jadid

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...
Semoga kita semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dipermudahkan segala urusan,serta marilah kita sama-sama mensyukuri nikmat islam,iman dan ihsan yang dikurniakan oleh ALLAH dalam kehidupan kita sehari hari.Setahun bagaikan sebulan,sebulan bagaikan seminggu sebentar lagi tibalah masanya untuk aku meninggalkan bumi Kelantan tanah serendah sekebun bunga,bumi Nilai bakal kujejaki,USIM gedung ilmu terulung akan ku geledahi,kenangan setahun lalu masih segar diingatan,saat pertama kali kakiku melangkah kedalamnya.Setahun sudah ku sempurnakan,sebanyak mungkin ilmu telah dikutip,moga tahun tahun yang mendatang sinarnya akan lebih menyinar.Moga ilmu,keimanan dan ketaqwaan akan bertambah.Akanku pasakkan niat yang satu kosad yang jitu supaya lebih ikhlas dalam menuntut ilmu.Selamat datang pendatang baru,yang bakal meneruskan legasi keilmuan di USIM,marilah kita sama-sama bukan sahaja menuai,malah mencurah bakti dakwah digedung ini,supaya penyambung dakwah rasulullah saw sentiasa patah tumbuh hilang berganti.Kenanganku digedung ini akan kukenang selamanya,sebagai tempat yang mengajarku erti kehidupan dan kematian,ilmu dunia dan juga akhirat.Saatnya pasti kan muncul jua,saat perpisahan dan   kehilangan,kita hanya mampu sabar dan redha,serta menerima dengan berlapang dada diatas segalanya..moga semester depan akan ditempuhi dengan ruhul jadid dan niat yang ditajdid..campus life is around the corner..yang baik itu datangnya dari ALLAH yang kurang juga datangnya dari ALLAH tetapi disandarkan kepada diri ana.moga dilain waktu dapat kita bersua lagi.terimalah potret-potret sepanjang perjalanan hidupku dalam misi mencari keredhaan ALLAH di gedung ini:-



Simply inspiring!



Campus life is begin..yeah,we are on the go!!

kenangan 1st semester


taaruf week di STN

taaruf week dengan baju birunya ;D


awal-awal dulu,matrix kad masih tergantung dileher..   

Saturday, 1 September 2012

Welcome The little Chaliph..

Assalamualaikum..
just 4 short updated
Congrats to my uncle n auntie for the new an apple of the eyes.. Twin plak tu..May ALLAH bless you and your family.Mohon doa kalian buat this little chaliph..


DOB: 27 AUGUST 2012 bersamaan 9 SYAWAL 1433H..

Allahumma fakkihu fiddin wa allimuhu taawiil...buat si comell :D




Eid Mubarak

Assalamualaikum wbt..


Apa khabar iman? semoga iman kita semua sentiasa dalam keadaan hebat dan mantap dan sepeninggalan ramadhan yang berakhir dengan menjelmanya syawal bukanlah pengakhiran kepada amal ibadat yang sedaya upaya kita bermujahadah ketika di bulan ramadhan yang lalu.Dan sekiranya dirasakan Ramadhan yang lalu telah berlalu,hampa,kontang,bagai tin kosong yang digoncang,marilah sama-sama kita tajdidkan niat,dan sama-sama mulakan dengan ruhul jadid iaitu semangat yang baru dan muhasabah kembali,kenapa dan mengapa ia berakhir dengan sesuatu yang amat mengecewakan kita sendiri.Rasanya dalam keadaan syawal yang masih berbaki ini masih belum terlambat untuk ana mengucapkan selamat hari raya aidilfitri minal 'aidil wal faiizin wa kullu 'amiinn waantum bilkhoir..semoga syawal kali ini memberi sinar baru dan lebih baik dari syawal-syawal sebelumnya.Mintalah ampun pada ALLAH andai ada kekhilafan kita semua dalam menyambut kemeriahan aidilfitri dalam kita sedar ataupun tidak,andai keterlaluan dalam menyambut syawal sehinggakan mengabaikan suruhan dan laranganNya.Akhir kalam,semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat dan keampunanNYa ..





takabbalallah minna waminkum dari kami sekeluarga..