Followers

Showing posts with label Wishes. Show all posts
Showing posts with label Wishes. Show all posts

Thursday, 21 November 2013

Mid term test



O allah please ease me in everything that i will face and through..




musim test. just chilllll

Rinduuuu

Assalamualaikum wbt..

Just for the very short update..Rindu nak berblog!!!  ok tu je,lain kali update lagi..





Tuesday, 9 July 2013

Ramadhan Kareem.

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah,sekali lagi diberi ruang dan peluang untuk mencoret disini.Alhamdulillah juga kerana akan meraikan Ramadhan kali ini i.ALLAH di bumi serambi Makkah seperti tahun-tahun sebelumnya.Hampir dua minggu sudah selamat tiba di tanah serendah sekebun bunga bumi barakah ini,nikmat yang sememangnya patut disyukuri.I.ALLAH jika di izinkan ALLAH esok sekali lagi akan menyambut bulan yang cukup mulia Ramadhan al-mubarak.Semoga bulan yang penuh barakah ini akan terisi dengan amal-amal yang baik dan dilipatgandakan lagi daripada kebiasaan.Selamat berpuasa buat seluruh ummat islam didunia!






p/s: Terasa kaku setelah lama membiarkan blog bersawang.

Saturday, 15 June 2013

Selamat hari bapa,Abah!

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt..

Terasa terpanggil untuk berkongsi tentang seorang yang sangat hebat dalam hidup saya,dan saya percaya seluruh ahli keluarga yang lain juga.Dialah hero kami dan dia sememangnya diciptakan untuk menjadi yang hebat.Saya percaya tiap-tiap orang itu diciptakan sememangnya mempunyai kisah yang berbeza,suka dan duka yang berbeza,begitu juga saya,ya saya bersyukur,hingga saat ini,saya masih lagi punya abah,abah yang sangat hebat,abah yang sangat kuat semangatnya,untuk kami! Alhamdulillah ALLAH atas pinjaman yang sangat bernilai bahkan amat bermakna ini.

Terima kasih abah kerana hadir dalam hidup kami,engkau sememangnya telah banyak mengajar kami,mengajar kami segala-galanya.Terima kasih juga kerana telah mentarbiah kami,mengajar kami halal haram,mengambarkan kepada kami pedihnya azab neraka dengan menyuruh kami mengikut segala perintahNya,sememangnya untuk menceritakan yang benar itu bukan mudah,bahkan sangat payah! tengok sahaja realiti hari ini,seorang ayah seolah olah tiada kuasa untuk menegur anak anak mereka supaya mengikut akhlak al-quran! tapi itu bukan abah,sememangnya tidak keterlaluan untuk saya katakan abah sudah berjaya,berjaya membentuk akhlak kami,setakat ini! tinggal saja kami,adakah kami mampu untuk terus mengekalkan apa yang telah abah ingatkan itu!

Saya rasa tidak keterlaluan untuk saya katakan,abah saya bukan seperti ayah-ayah yang lain,kerana hebatnya dalam menempuh satu persatu ujian kehidupan.Masakan tidak,disaat kami enam beradik masih belum mengenal erti kesusahan,kami diuji,abah diuji dengan nikmat kesihatannya ditarik buat seketika,sememangnya ujian itu bukan mudah,ia sungguh berat,abah diuji dengan masalah jantungnya yang kesekian kalinya perlu dibedah! berat mata memandang berat lagi bahu abah dan ummi yang memikul,disaat kami semua masih sangat kanak-kanak,ALLAH telah takdirkan ujian itu supaya kami hadapi.Tetapi perjuangan abah bukan terhenti setakat itu,Alhamdulillah,ALLAH izinkan untuk kami bersama lagi setelah didatangkan kami ujian,sebelumnya.

Usrati :)


Dan kerana kesempatan dan peluang itulah saya adalah saya pada hari ini,dan kami,adalah kami pada hari ini.Sememangnya didikan acuan al-quran itu lah yang telah membawa kami lebih mengenal pencipta,abah sememangnya seorang yang biasa yang mempunyai ketegasan yang luar biasa dalam hal berkaitan dengan agama ALLAH.Dan saya sebagai puteri keduanya secara peribadi sangat kagum dengan abah,dalam keletihan mencari sesuap nasi buat kami,di pertiga malamnya masih sempat sujud mengadap ilahi,diwaktu pagi yang terkejar-kejar itu masih sempat ber'dhuha dua rakaat,dalam kesibukkannya menguruskan hal hal duniawi,kewajipan lima waktunya masih lagi sempat dikerjakan berjemaah dimasjid.Itu lah dia insan yang bertanggungjawab mentarbiah kami!

Sememangnya tugas seorang yang bernama ayah itu bukan senang,maka jalankan amanah yang diberikan itu semaksima yang mungkin,dan tanggungjawabnya juga bukan mudah,merekalah yang "menanggung" segala galanya didunia yang sementara ini,dan mereka jualah yang dipertanggungjawabkan untuk "menjawab" di akhirat kelak.Demi ALLAH saya sebagai anak tidak sanggup untuk membiarkan barang secebis dari bara-bara api neraka jahannam itu hinggap ke tubuh abah saya! demi ALLAH!.

 Wahai anak,usahlah kamu terlalu ghairah untuk mengejar dunia sehingga kamu lupa akan akhirat yang selama lamanya,janganlah disebabkan kamu,insan yang bernama ayah ini terpaksa menanggung siksa api neraka yang amat pedih itu.Ya untuk mengaku kamu sayang mereka amat mudah,tapi sejauh mana kamu mempraktikkan dan menzahirkan erti kasih dan sayang itu?,tidak cukup untuk kamu mengucapkan "i love u" untuk menggambarkan sayangnya kamu pada mereka,jika benar kamu sayang mereka,berusahalah sehabis baik untuk menghindarkan mereka dari api neraka,itulah yang dinamakan kasih sayang yang selamanya,dan bukan sekadar sayang dibibir mulut.

Apa ada pada sayang jika aurat masih terbuka,
Apa ada pada kasih andai akhlak tak ambil kira,
Apa ada pada cinta andai perasaan mereka tak dijaga,

21 tahun yang dipinjamkan ini sememangnya banyak mengajar saya erti realiti sebuah kehidupan,jarak yang memisahkan ini benar benar membuatkan saya lebih menghargai dan merindui,di kejauhan ini juga masih ada nilai yang saya kutip dari seorang yang bernama abah,saya akui agak jarang berbual lewat telefon bersama abah,tetapi daripada itu jugalah membuatkan saya kagum dengan abah,kalau mungkin sahabat-sahabat lain soalan yang pertama diajukan bila berbicara adalah tentang duit belanja,yang lainnya pula makan minumnya,tapi abah saya masih tidak jemu bertanya akan hal solat anaknya,saya malah bangga punya abah seperti itu,sememangnya kita digalakkan untuk ingat memperingatkan dalam soal kebaikkan. Dan abah masih tidak jemu bertanya perihal solat anak-anaknya walaupun semuanya sudah besar panjang,manakan tidak,puteri sulungnya juga sudah 23 tahun,semua sudah tahu berfikir,sudah tahu menilai,tapi kewajipan yang satu itu tetap ada yang mengingatkan,tak lupa juga ummi yang selama ini menjadi pembantu abah dalam mendidik kami.Sungguh pengorbanan kalian amatlah bermakna buat kami.

Doa saya sempena hari bapa ini khususnya buat abah,semoga syurga firdausi menjadi milikmu.Terima kasih kerana telah mendidik dan membesarkan kami."Terima Kasih Abah."

Terima Kasih Allah kerana telah menganugerahkan abah buat kami,
Terima kasih Mek n Chek* kerana telah melahirkan abah buat kami,
Terima Kasih Ummi Abah kerana telah melahirkan kami.
Terima Kasih untuk segala galanya!

___________________________________

*How Kelantanese call their grandma and grandpa  (most of them) eheh.

Tuesday, 11 June 2013

Maka Bertambahlah Usiamu ~ Jannah

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

      Aku sendiri pun tidak pasti,bicara yang bagaimana aku harus mulakan untuk menceritakan tentang seseorang yang istimewa ini.Kesayuan terasa,saat mula mengetuk kekunci-kekunci keyboard ini.Kepiluan mula menerjah memikirkan bait-bait yang ingin disusun.Kesedihan menerobos jiwa saat memikirkan kronologi yang sedari dulu,bertahun lamanya kami lalui bersama.Kini semuanya masih seperti dulu,aku adalah aku dan dia akan selamanya dia,aku kenal baik buruk dia dan dia juga,tahu kuat lemah aku.Saat ini,aku sudah kenal,duka deritanya,suka gembiranya.Saat ini juga aku mengerti,apa dalam hatinya,walau tidak terluah,begitu juga dia.

          Sungguh lapan tahun bukan satu tempoh yang sekejap,tidak juga lama.Tapi yang pasti,lapan tahun itu telah mengajar aku segalanya,telah merubahku tentang banyak perkara.Dan lapan tahun yang kami lalui itu,sungguh bukan kegembiraan dan keseronokan semata hari hari yang telah kami lalui.Kerana lapan tahun itu juga,tidak gampang untuk  kamu menilai kami,itu dan ini.Lapan tahun itu juga lah yang telah melengkapkan kami,sungguh sangat banyak perbezaan antara kami,tapi perbezaan itulah yang membuatkan kami serasi bersama.Sungguh saya bukanlah yang sempurna buatnya,terlalu banyak kekurangan dan kelemahan diri,kerana dia juga punya kelemahan,kami sama-sama punya kelemahan,membuatkan ikatan ini makin kuat,makin utuh seiring waktu yang kian kedepan dari hari ke hari.



Bersahabat hingga ke JANNAH insyALLAH :)

     
      Segalanya kami telah lalui bersama,dan kami sangat sedar bahawa bukan semua orang menyenangi kami,tidak semua orang menyenangi persahabatan kami.Tapi,kami mahu mereka tahu bahawa gelak tawa kami itu bukan setiap masa,suka kami itu bukan sentiasa,ada waktunya kami bersedih,ada masanya kami berduka,kerana masalah saya adalah masaalah dia,dan masalah dia adalah masalah saya.Kami pernah merasa segala,dicemuh saat kami bergelak tawa,dibenci saat kami bersuka.Ada masa kami bahagia,ada masa juga kami berduka.

        Di kesempatan ini,aku sebagai sahabatmu ingin mengucapakan selamat hari ulangtahun kelahiran yang ke 21,semoga segala apa yang diimpikan akan menjadi milikmu,semoga ALLAH redha dengan apa yang telah kamu lakukan,dan semoga ALLAH sentiasa meredhai kita.Ingatlah bahawa ALLAH tidak akan menguji hambanya dengan ujian yang tidak mampu mereka tanggung dan redha lah dengan segala apa yang telah DIA takdirkan samada,kesenangan mahupun kesusahan.Serta yakinlah setiap kesusahan itu pasti akan disusuli dengan kesenangan,seperti yang telah tercatit indah dalam kalamNya.Anggaplah segala ujian dan kesusahan itu sebagai ukuran kepada kesetiaanmu kepadaNya,dan ianya untuk lebih mematangkan dirimu sebagai seorang muslimah solehah.






        Anggaplah segala masalah itu sebagai wasilah untuk kita lebih mengenal pencipta kita,supaya kita lebih kenal diri kita serta kelemahan dan keburukkan kita untuk kita sama-sama perbaiki,kerana kita sebagai manusia sememangnya tidak sempurna dan tidak akan pernah sempurna,dan ingatlah jua mereka yang tidak menyenangi kita juga tidak sempurna,tapi anggaplah seolah-olah ALLAH lebih menampakkan kelemahan kita dimata mereka supaya kita boleh perbaiki diri kita,supaya kita boleh bermuhasabah dan bertaubat atas dosa-dosa lampau kita.

     Engkau sememangnya seorang sahabat yang kuat! demi ALLAH seandainya aku berada di tempatmu belum tentu aku sekuat itu,setelah pelbagai masalah datang dan pergi tanpa ada rasa segan sedikitpun ia menyinggah padamu,tetapi maha kuasa ALLAH yang telah menyembunyikan segala kesedihanmu bila berhadapan dengan orang ramai,membuatkanmu seperti tidak ada apa yang terjadi . Tetapi ingatlah di saat kamu gundah memikirkan masalahmu,masih ramai insan yang lebih terseksa derita dengan mehnah mereka. Ya,sungguh untuk aku berkata "sabarlah wahai sahabatku" ,sangat-sangat senang,bahkan amat mudah,berbanding bahumu yang terus menerus memikul bebananya,tetapi sungguh,kalbuku berteriak,andai ada lagi kalimah yang lebih indah,yang lebih tepat untuk aku menyenangkan jiwa gundahmu itu,akanku susun bait-bait yang lebih indah untuk membuatkan jiwamu lebih tenteram.



       Akhir kata dari sahabatmu yang fakir ini,semoga ukhuwwah yang telah lama terbina ini akan selamanya subur mekar umpama kuntuman nailofar di taman syurga,maafkanlah diriku atas segala salah dan silap yang selama ini secara sengaja atau tidak,atau secara langsung atau tidak telah mengguris hati nuranimu,sungguh aku tidak sempurna,masih bergelumang dengan dosa-dosa dan maksiat.Permintaanku buat mu sempena hari lahirmu yang ke 21 ini,doakanlah semoga sahabatmu ini terus diberi kekuatan dan diampunkan segala dosa oleh ALLAH. Harapanku juga,semoga kita juga akan terus thabat di jalan ALLAH,menjadi penyambung mata rantai perjuangan sahabiah terdahulu juga dapat mengambil inspirasi daripada Nusaibah bt Kaab yang tidak terkata keberaniannya dalam mempertahankan Kekasih ALLAH Nabi Muhammad s.a.w,juga sekuat bidadari besi,Khaulah Al-Azwar di dalam perjuangannya.Dan semoga kita juga akan sanggup berkorban  seperti hebatnya pengorbanan Saidatina Khadijah sosok peribadi yang sungguh mulia yang telah mewasiatkan kepada Rasulullah supaya tulang belulangnya diinfakkan kepada perjuangan ISLAM setelah kematiannya,antara salah satu daripada pengorbanan bidadari syurga ini.

Uhibbuki fillah ;)
terimalah puisi dariku yang hentahpape

She like green,and blue I'm
She like chocolate,and I'm not
She love sweet,but I'm deadly not
So much differences between us we can't deny,but
So much interest we share it together
I love robe,and it is same goes to her
Laugh and laugh every time every where..
Tears fall around when the sad is coming
Story mory   sessions we always take a grab
Almost eight years we are together,indeed!
Sweet and sour we share it already..


Gambar Kenangan 2005-To present ~



latest


time spm09 :)


zaman sekolah




@ sekolah lama



rajin nau,kami dulu-dulu hee



<3



we are volunteers ..yeah!



orientation week@USIM



koir bak hang!



@ walimah ustazah



<3 <3 <3

:)






Happy Birthday to you



nota berkaki :

p/s: malu,coz i'm not talented as u are,in writing n whatsoever  -.-"  btw, happy birthday some more..

Sunday, 9 June 2013

Fourth Final Exam

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Wahh sempat pulak update blog kan walaupun dah counting hours,no more counting days. Harapan yang menggunung tinggi supaya saya dapat menjawab dengan tenang,i.ALLAH,doa ummi dan abah sentiasa mengiringi anakndanya yang jauh dimata ini. Buat sahabat-sahabat jugak,stay strong and cool,semoga dapat menjawab exam dengan tenang. Maafkan segala salah dan silap saya sepanjang perkenalan kita. Semoga ALLAH redha dengan kita semua :)



stay strong!!!
p/s: Ilah,dah dah la study,tido jom~

Monday, 18 March 2013

Thank You Everyone.

Bismillahirrahmanirrahim..







Assalamuaalaikum wbt..


Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.I'am now 21.Yesterday is my birthday date.17 March 2013.17 March 21 years ago,I was born to this beautiful world from a very wonderful women,awesome mother,so much special wife.Thank you ummi for bringing me to this beautiful world,thank you for being a part of me.U're the one who teach me about how the life is,Thanks for everything.A very special thanks also to abah,a great father for me,the one who is guide us to the right path.A good leader to our family,a good exemplary father to others  indeed.To my siblings,my sister and the only sister,my younger brothers and my younger sisters,do pray for me,please forgive me in everything bad that I has done.A branch of thanks also to my friends,thanks for being my friend,thanks for be with me in what situation we are.Thank you to everyone who has prayed on me,for my success,for my kindness,to be a good daughter,so on and so forth,I'm so much appreciate that.Nothing I can say than thank you for everything everyone!



Tuesday, 12 March 2013

Hari Bahagia..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Akhirnya,blog yang bersawang ni dah diupdate,tapi just a very short updated,nak tempel gambar-gambar je,gambar lama dah sebenarnya and actually lama dah nak buat entri tentang my cousin wedding ni dan akhirnya,hari ni baru tercapai hajat,hajat la sangat kan,sebelum ni saya pernah cerita tentang  cousin saya yang bakal kahwin  kat sini ..

and now,layan..even tak banyak pon gambarnya,seciput je,malas nak berebut-rebut dalam kesesakan..hee




me n siblings with the bride..bukan group qasidah or marhaban yea!







me n the cousin a.k.a bride 







here u're..bride yang berseri seri..







saya yang saje nak menyibuk..



P/s: ucapan khas buat my cousin,kak ct,barakallahulakuma wabarakawajamaabainakuma filkhoir..

Friday, 18 January 2013

Khabar Baru

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..



Alhamdulillah,beberapa hari yang lalu,terima satu lagi khabar baru,sepupuku bakal menamatkan zaman bujangnya,tinggal kurang lebih seminggu saja lagi.Sempat 'menemuramah' beberapa hari yang lalu,persiapan hampir siap,majlis yang sangat sederhana,simple InsyaALLAH diberkati,pilihan orang tua,sebelum ini tak pernah bersua.Agak terkejut juga,bertunang sebulan sahaja,terus kahwin,betapa ALLAH permudahkan.Katanya berdebar menanti saat itu,tak pernah couple apatah lagi ber'dating' masih malu-malu bila bersua.Lidahnya beberapa kali berzikir,masih tidak percaya,semudah itu,secepat itu,betulkah aku sudah mau kahwin?.Kupujuk hatinya,InsyaALLAH,cinta selepas kahwin sangat indah walau aku tak punya pengalaman :) ..Buat sepupuku,Tidak mengapa walau majlismu tidak se'gah' orang lain,keberkatannya sudah terserlah,manakan tidak,dalam sebulan sahaja semuanya bakal berubah,kau yang dulunya solo,kesana kemari sendirian,bakal punya teman.ALLAH sudah mudahkan segalanya.Biarlah walau maskahwinmu bukan berjuta-juta,terimalah seadanya.Mahar yang sedikit itu lebih ALLAH berkati.Barakallahulakuma wa jama3a bainakuma fil khoir,dari sepupumu ini .. :)

p/s : Doakan sepupumu jua,moga kita semua beroleh redhaNya..

Thursday, 25 October 2012

Salam Eidul Adha

 Assalamualaikum...

bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..segala puji hanya bagi ALLAH..


jom korbankan lembu comel ni sekali :)


Almost 15 hours dalam bas tiba jua akhirnya di  bumi serambi makkah.Juga satu pengorbanan yang memerlukan kesabaran.Syukur alhamdulillah selamat sampai walaupun dalam keadaan bersesak-sesak di jalanan,masing-masing punyai kosad yang sama,dari jauh,samada utara selatan mahupun barat,mahu pulang ke timur,negeri kelahiran,negeri penuh barakah tanah serendah sekebun bunga, demi menyambut aidiladha yang bakal kunjung tiba.Satu permulaan bagi sebuah pengorbanan,berkorban wang ringgit,tenaga dan masa,untuk satu pengorbanan yang lebih besar demi mengingati dan menghayati pengorbanan yang agung,yang maha hebat,kisah pengorbanan nabi Ibrahim serta anak dan isterinya nabi Ismail dan Siti Hajar.Semoga dengan kehadiran Aidiladha pada tahun ini kita semua akan  lebih menghayati akan erti pengorbanan yang hakiki




Salam Aidiladha kepada seluruh ummat islam tak kira dimana mereka berada,semoga segala amal kita akan sentiasa diredhai oleh ALLAH..



p/s: Salam Aidiladha 1433h..

Wednesday, 26 September 2012

Sanah Helwah Ummi !!


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah tsumma alhamdulillah tsumma alhamdulillah..segala puji bagi ALLAH tuhan yang mencipta segala yang ada dilangit dan dibumi ,selawat serta salam buat junjungan yang mulia nabi Muhammad saw.Tidak dilupakan juga titipan doa buat ibubapa kita yang tidak terbalas jasa dan pengorbanannya dalam mentarbiah kita supaya menjadi anak yang soleh dan berjaya bukan sahaja didunia  bahkan diakhirat kelak.

Alhamdulillah kerana,dalam sisa-sisa waktu yang berbaki ini masih lagi diberi ruang dan peluang olehNya untuk 'mengupdet' blog yang masih lagi banyak kekurangan yang perlu diperbaiki.Terasa terpanggil untuk mencoret perihal ummi tercinta memandangkan semalam 25 september 2012 merupakan ulangtahun ummi yang ke-47,boleh dikatakan agak lama jika dilihat dari angkanya,tapi masih tampak muda dari rupanya,{ bukan ayat bodek ye ummi :) } it's true right? :) ..hehe !

Ummi merupakan anugerah yang paling bermakna dalam hidup saya personally,insan yang paling berjasa,insan mulia,rela berkorban demi anak-anaknya,very2 good listener to all of us(my siblings) including abah! sangat-sangat penyayang,penyabar tahap maksimum dengan kerenah anak-anak (including me ! ) sangat mengutamakan kami ber'enam dalam apa jua situasi,a good motivator to her sons and daughters,a good chef,a good teacher,a good ustazah,a good slave to ALLAH,a good wife to abah,etc etc.So many thing to be list dan memang tak tersenarai ! hanya ALLAH yang tahu.

Hakikatnya,jasa dan pengorbanan ummi memang  tidak akan terbalas walaupun balasanya dengan segunung emas permata.Hanya ALLAH yang dapat membalasnya.Mendidik kami hingga dewasa,mentarbiah kami hingga mengerti akan hakikat kehidupan,mengajar kami erti sebuah ujian.Dan sampai sekarang masih tidak pernah jemu menasihati kami supaya memperbaiki akhlak dan pekerti,masih tidak jemu menasihati kami supaya takutkan ALLAH,masih tidak jemu menasihati kami supaya terus berjuang demi islam!.

Dalam kelembutan ada ketegasannya,itulah ayat yang sesuai untuk digambarkan betapa ummi sangat tegas dalam hal yang berkaitan dengan ISLAM,ummi sangat-sangat tegas dengan hal ini.Termasuklah dari segi solat,pemakaian,akhlak etc etc.Kami(saya,kakak dan adik perempuan) diajar supaya menutup aurat sedari kecil,ketika kami masih lagi tidak mengerti apa itu aurat.Disediakan telekung solat padahal kami masih lagi tidak tahu bacaan-bacaan dalam solat.Dihantar mengaji,dari tidak mengenal alif ba ta,tetapi berjaya khatam pada umur yang masih sangat kanak kanak.Memberitahu kami bahawa akan dihantar ke sekolah agama pabila ke peringkat menengah,padahal kami masih lagi tidak mengerti apa itu sekolah agama.Itulah yang dinamakan tarbiah.Tarbiah dari seorang yang bernama ummi ! .



ummi bermakmumkan sepupu kesayangan..damia :)


Sesungguhnya pengorbanan ummi dalam mendidik kami sehingga ke peringkat ini bukanlah semudah A B C atau 1 2 3.Terlalu besar pengorbanannya,terlalu banyak cabarannya,terlalu sarat dengan liku dan ujian yang mendatang.Dan akhirnya,inilah kami pada hari ini,semoga kami akan menjadi saksi bahawa seorang yang bernama ummi ini adalah insan yang layak menghuni syurga ALLAH.Semoga kamilah yang akan memimpin dan mengiringi ummi ke syurga kelak.


ummi with the girls..


ummi with my elder sister,only sister that i have


still look young kan :)

ummi n si comel damia..hugs and kiss for u..>.<





p/s: selamat ulangtahun ummi,semoga sentiasa dikurniakan nikmat kesihatan,we all <3 ummi !!
 moralnya sentiasalah hargai orang yang tersayang.. plus minus a month to go ..#taksabarnakbalik#






Saturday, 1 September 2012

Welcome The little Chaliph..

Assalamualaikum..
just 4 short updated
Congrats to my uncle n auntie for the new an apple of the eyes.. Twin plak tu..May ALLAH bless you and your family.Mohon doa kalian buat this little chaliph..


DOB: 27 AUGUST 2012 bersamaan 9 SYAWAL 1433H..

Allahumma fakkihu fiddin wa allimuhu taawiil...buat si comell :D




Eid Mubarak

Assalamualaikum wbt..


Apa khabar iman? semoga iman kita semua sentiasa dalam keadaan hebat dan mantap dan sepeninggalan ramadhan yang berakhir dengan menjelmanya syawal bukanlah pengakhiran kepada amal ibadat yang sedaya upaya kita bermujahadah ketika di bulan ramadhan yang lalu.Dan sekiranya dirasakan Ramadhan yang lalu telah berlalu,hampa,kontang,bagai tin kosong yang digoncang,marilah sama-sama kita tajdidkan niat,dan sama-sama mulakan dengan ruhul jadid iaitu semangat yang baru dan muhasabah kembali,kenapa dan mengapa ia berakhir dengan sesuatu yang amat mengecewakan kita sendiri.Rasanya dalam keadaan syawal yang masih berbaki ini masih belum terlambat untuk ana mengucapkan selamat hari raya aidilfitri minal 'aidil wal faiizin wa kullu 'amiinn waantum bilkhoir..semoga syawal kali ini memberi sinar baru dan lebih baik dari syawal-syawal sebelumnya.Mintalah ampun pada ALLAH andai ada kekhilafan kita semua dalam menyambut kemeriahan aidilfitri dalam kita sedar ataupun tidak,andai keterlaluan dalam menyambut syawal sehinggakan mengabaikan suruhan dan laranganNya.Akhir kalam,semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat dan keampunanNYa ..





takabbalallah minna waminkum dari kami sekeluarga..