bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..segala puji hanya bagi ALLAH..
jom korbankan lembu comel ni sekali :) |
Almost 15 hours dalam bas tiba jua akhirnya di bumi serambi makkah.Juga satu pengorbanan yang memerlukan kesabaran.Syukur alhamdulillah selamat sampai walaupun dalam keadaan bersesak-sesak di jalanan,masing-masing punyai kosad yang sama,dari jauh,samada utara selatan mahupun barat,mahu pulang ke timur,negeri kelahiran,negeri penuh barakah tanah serendah sekebun bunga, demi menyambut aidiladha yang bakal kunjung tiba.Satu permulaan bagi sebuah pengorbanan,berkorban wang ringgit,tenaga dan masa,untuk satu pengorbanan yang lebih besar demi mengingati dan menghayati pengorbanan yang agung,yang maha hebat,kisah pengorbanan nabi Ibrahim serta anak dan isterinya nabi Ismail dan Siti Hajar.Semoga dengan kehadiran Aidiladha pada tahun ini kita semua akan lebih menghayati akan erti pengorbanan yang hakiki
Salam Aidiladha kepada seluruh ummat islam tak kira dimana mereka berada,semoga segala amal kita akan sentiasa diredhai oleh ALLAH.. |
p/s: Salam Aidiladha 1433h..
No comments:
Post a Comment