Followers

Showing posts with label Malaysia kini. Show all posts
Showing posts with label Malaysia kini. Show all posts

Thursday, 28 March 2013

Taklimat Lahad Datu

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamuaalaikum wbt..



Antara intipatinya..



Sebagai salah seorang dari beribu-ribu mahasiswa di Universiti Sains Islam Malaysia,saya berasa terpanggil untuk merespon berkenaan isu yang kini masih hangat diperkatakan samada di alam maya seperti di laman-laman sosial seperti facebook,twitter dan sebagainya,sehinggalah di alam realiti samada di kafe-kafe fakulti sehinggalah ke dalam dewan kuliah.Hal yang ingin di paparkan disini adalah isu yang berkaitan dengan taklimat keselamatan yang dianjurkan oleh pihak universiti.Saya dikhabarkan taklimat yang pada mulanya di "highlight" sebagai taklimat berkenaan isu Lahad Datu bertukar kepada taklimat keselamatan.

Taklimat keselamatan tersebut telah dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor sendiri termasuklah pegawai-pegawai tertinggi dan juga pihak Hal Ehwal Pelajar(HEP) Universiti Sains Islam Malaysia.Antara pelajar yang terlibat adalah dari persatuan beruniform universiti iaitu PALAPES,SUKSIS dan pelajar-pelajar lain.Saya juga telah difahamkan bahawa taklimat keselamatan tersebut dibahagikan kepada dua slot iaitu slot pertama adalah slot khas untuk memburuk-burukkan pembangkang dan termasuklah tentang perhimpunan bersih yang dianjurkan satu ketika dulu dan slot kedua barulah diterangkan tentang isu Lahad Datu yang durasinya kurang lebih 15 minit,walaupun tujuan asalnya adalah untuk menerangkan isu tersebut secara total.

Persoalanya disini,adakah wajar perkara-perkara sebegini dibawa masuk sehingga ke dalam universiti,tempat kami menimba ilmu.Usah menyuntik unsur-unsur politik kotor sebegitu kedalam fikiran kami,usah mendedahkan kami dengan politik fitnah menfitnah sebegitu kerna kami mampu menilai.Ya,kami  mampu menilai,kami boleh menilai diantara baik dan buruk,usahlah diperbodohkan kami seolah-olah kami tidak punya akal untuk berfikir,tidak ada mata hati untuk menilai.Kami mahasiswa,kami punya hak untuk  membuat pilihan,untuk bersuara,untuk menyatakan pendapat.

Akhirnya,buat pihak-pihak yang tidak menyenangi akan program ini.Usahlah melabel Universiti kami dengan nama-nama yang tidak enak didengar,kami juga manusia,punya hati perasaan.Jangan disebabkan sesetangah pihak yang bersetuju dan menganjurkan,kami yang tidak terlibat ini terpaksa menanggung tempiasnya.Bagi pihak yang terlalu taksub berpolitik,berpolitiklah secara matang,nilailah secara bijak,jauhi politik fitnah menfitnah.Bagi yang membangkang,bangkanglah secara berhujah dan berhujahlah secara matang,bukan membangkang secara membuta tuli tanpa hujah yang konkrit.

#MAHASISWACAKNA#

Monday, 14 January 2013

Listen Listen Listen

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Memandangkan virus listen telah tersebar dengan meluasnya di facebook,saya sebagai salah seorang mahasiswi terasa terpanggil untuk memberi pendapat serta pandangan mengenai isu yang masih lagi hangat diperkatakan ini.Sedih,kecewa,geram,marah dan terkilan silih berganti tatkala menonton video yang berdurasi 20 minit ++  itu.Paling terkilan melihat respon dari student-student yang berada dalam dewan ketika itu.Sungguh,bertepuk tangan dan bersorak itu sememangnya bukan cara yang bijak bagi seorang yang bergelar mahasiswa tatkala seorang sahabat mereka dipermalukan sebegitu rupa.

Berdasarkan pemerhatian saya mengenai respon terhadap isu ini,saya kira lebih ramai yang melemparkan respon yang negatif berbanding positif terutamanya kepada Presiden Suara Wanita 1 Malaysia merengkap ahli panel dalam forum tersebut.Sememangnya suara mahasiswa perlu didengar,perlu dinilai terlebih dahulu.Dengan memotong dan tidak memberikan ruang dan peluang untuk Bawani meneruskan kata katanya  dengan cara yang sebegitu,jelas menunjukkan ketidakcerdikan beliau sebagai seorang yang mengaku  sebagai seorang yang berpendidikan.


We are all Bawani..



Apa yang lebih memalukan lagi, Presiden SW1M ini seolah olah telah menonjolkan  imej yang buruk bagi  seorang yang mengaku beragama Islam.Sungguh Islam merupakan agama yang indah, mengajar kita  supaya menghormati penganut agama lain selagi mana mereka tidak memudaratkan kita,bukan memalukan dan memperlakukan dengan cara sebegitu.Saya kira tidak perlu untuk saya ulas terlalu panjang mengenai isu ini memandangkan ramai telah maklum akan perkara ini.Masing masing punya pandangan tersendiri,punya persepsi tersendiri untuk menilai dan merespon akan isu ini.


p/s: listen virus are spreading anywhere..

Friday, 12 October 2012

Intipati Bajet 2013


 Assalamualaikum wbt...

* Peruntukan RM251.6 bilion bagi melaksanakan semua langkah, program dan projek pembangunan.

* RM201.9 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi peruntukkan 
pembangunan.

* RM58.6 bilion diperuntukkan bagi Emolumen dan RM33.7 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan.

* RM30 bilion diperuntukkan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur 
perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar

* RM11.1 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.

* RM4.6 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM2 bilion bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

* Kerajaan akan terus memperhebat pelaksanaan 12 Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) negara.

* RM3 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan Projek Permulaan, termasuk RM1.5 bilion bagi projek pertanian seperti kelapa sawit, getah, herba bernilai tinggi dan padi.

* RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.

* Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.

* Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.

* SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.

* Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.

* Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.

* Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.

* Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.

* Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

Thursday, 11 October 2012

Akhlak di Zaman Millenium

Assalamualaikum wbt

Bismillahirrahmanirrahim..

Apa Khabar iman,pembaca pembaca budiman dan di kasihi ALLAH sekalian..Semoga kita sentiasa dirahmati ALLAH dalam setiap amal ibadah seharian kita yakni amal yang jauh dari murka ALLAH swt.Tak perlu kita mencari  redha manusia,semata-mata untuk mendapatkan pujian dan sanjungan sedangkan setiap detik,kita dimurkai ALLAH.Ingat lah setiap amal kita akan dihitung walaupun hanya sebesar zarah seperti yang dijelaskan dalam surah al-zalzalah (8:99).

"Dan barang siapa  mengerjakan kejahatan seberat zarrah nescaya dia akan melihat (balasan)nya"

Sangat sedih melihat akhlak-akhlak muda mudi sedasarwasa ini.Amat menyedihkan.Di mana mana sahaja dapat kita lihat betapa muda mudi di zaman millenium ini sudah ketandusan akhlak hasanah samada di alam realiti mahupun alam maya yang serba canggih dengan segalanya dihujung jari.Contoh paling terdekat,di laman sosial facebook,ketika asyik meneroka di laman sosial tersebut petang tadi,secara tidak sengaja terpandang satu gambar yang diprint skrin yang menunjukkan gambar wall seorang remaja.Apa yang difokuskan oleh orang yang berkongsi tentang gambar tersebut adalah post remaja tersebut yang menggunakan bahasa yang agak tidak bertamadun dan langsung melanggar norma-norma ketimuran yang penuh dengan adab dan kesopanan.

Apa yang memeranjatkan adalah,remaja ini adalah seorang yang beragama islam dan lebih mengejutkan lagi,remaja tersebut dengan bangganya memaki hamun kedua ibubapa yang melahirkan dan membesarkannya.Persoalannya disini,dengan cara bagaimanakah anak ini ditarbiah,sehinggakan sanggup menghina dan memaki hamun orang yang bertanggungjawab membesarkannya?.Dan adakah ibubapanya yang harus dipersalahkan?Apa yang pasti dan terang lagi nyata remaja ini bukanlah seorang yang menjaga suruhan ALLAH yang sangat-sangat penting iaitu solat,kerana seorang yang solat dan menjaga suruhan ALLAH tidak akan berkelakuan dengan kelakuan yang melanggar batas syariat bertepatan dengan penjelasan ALLAH swt didalam kitab suci al quran :

"Sesungguhnya solat itu mencegah seseorang dari membuat perkara keji dan mungkar".

Dan saya kira bukanlah satu tindakan yang bijak jika kita menyalahkan remaja itu 100%,dan juga tidak adil jika ibubapa yang mendidiknya sejak dari kecil itu di tunding jari sepenuhnya kerana apa yang dikesalkan adalah remaja ini memaki hamun ibupapa nya disebabkan terasa dikongkong.Pada pandangan saya ibubapa remaja ini jelas sekali mengawal anak mereka supaya tidak bercampur dan seterusnya terlibat dalam gejala-gejala negatif yang saban hari semakin merebak dan membarahi remaja mutakhir ini.



gejala negatif yang kian membarahi remaja




Persoalan ini saya tinggalkan supaya kita semua dapat sama-sama berfikir dan mencari jawapan kepada masalah ini.

p/s:setelah sekian lama dlm draf,akhirnya di publish jgk..