Followers

Showing posts with label Respon isu. Show all posts
Showing posts with label Respon isu. Show all posts

Thursday, 28 March 2013

Taklimat Lahad Datu

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamuaalaikum wbt..



Antara intipatinya..



Sebagai salah seorang dari beribu-ribu mahasiswa di Universiti Sains Islam Malaysia,saya berasa terpanggil untuk merespon berkenaan isu yang kini masih hangat diperkatakan samada di alam maya seperti di laman-laman sosial seperti facebook,twitter dan sebagainya,sehinggalah di alam realiti samada di kafe-kafe fakulti sehinggalah ke dalam dewan kuliah.Hal yang ingin di paparkan disini adalah isu yang berkaitan dengan taklimat keselamatan yang dianjurkan oleh pihak universiti.Saya dikhabarkan taklimat yang pada mulanya di "highlight" sebagai taklimat berkenaan isu Lahad Datu bertukar kepada taklimat keselamatan.

Taklimat keselamatan tersebut telah dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor sendiri termasuklah pegawai-pegawai tertinggi dan juga pihak Hal Ehwal Pelajar(HEP) Universiti Sains Islam Malaysia.Antara pelajar yang terlibat adalah dari persatuan beruniform universiti iaitu PALAPES,SUKSIS dan pelajar-pelajar lain.Saya juga telah difahamkan bahawa taklimat keselamatan tersebut dibahagikan kepada dua slot iaitu slot pertama adalah slot khas untuk memburuk-burukkan pembangkang dan termasuklah tentang perhimpunan bersih yang dianjurkan satu ketika dulu dan slot kedua barulah diterangkan tentang isu Lahad Datu yang durasinya kurang lebih 15 minit,walaupun tujuan asalnya adalah untuk menerangkan isu tersebut secara total.

Persoalanya disini,adakah wajar perkara-perkara sebegini dibawa masuk sehingga ke dalam universiti,tempat kami menimba ilmu.Usah menyuntik unsur-unsur politik kotor sebegitu kedalam fikiran kami,usah mendedahkan kami dengan politik fitnah menfitnah sebegitu kerna kami mampu menilai.Ya,kami  mampu menilai,kami boleh menilai diantara baik dan buruk,usahlah diperbodohkan kami seolah-olah kami tidak punya akal untuk berfikir,tidak ada mata hati untuk menilai.Kami mahasiswa,kami punya hak untuk  membuat pilihan,untuk bersuara,untuk menyatakan pendapat.

Akhirnya,buat pihak-pihak yang tidak menyenangi akan program ini.Usahlah melabel Universiti kami dengan nama-nama yang tidak enak didengar,kami juga manusia,punya hati perasaan.Jangan disebabkan sesetangah pihak yang bersetuju dan menganjurkan,kami yang tidak terlibat ini terpaksa menanggung tempiasnya.Bagi pihak yang terlalu taksub berpolitik,berpolitiklah secara matang,nilailah secara bijak,jauhi politik fitnah menfitnah.Bagi yang membangkang,bangkanglah secara berhujah dan berhujahlah secara matang,bukan membangkang secara membuta tuli tanpa hujah yang konkrit.

#MAHASISWACAKNA#

Saturday, 23 March 2013

Mahasiswa Cakna

Bismillahirrahmanirrahim...  

Assalamualaikum wbt..                            
                                                          
                                             

**Sedikit respon dari saya berkenaan isu terbaru mengenai kes liwat yang membabitkan Saiful Bukhari Azlan.



Beberapa minggu lalu,pada tarikh 8 Mac 2013 negara sekali lagi dihangatkan dengan berita kenyataan media yang dikeluarkan oleh bapa Saiful Bukhari Azlan iaitu Azlan Mohd Lazim mengenai kisah pertuduhan liwat Saiful keatas Dato’ Seri Anwar Ibrahim.Dalam kenyataan media tersebut Azlan telah memohon maaf kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan mendakwa bahawa anaknya telah dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab  termasuk seorang pegawai khas perdana menteri untuk memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II.

Walau  bagaimanapun ,Saiful Bukhari didalam blog peribadi miliknya melahirkan rasa sedih dan dukacita dengan berita mengenai bapanya dan telah mendakwa  bahawa bapanya telah menjadi mangsa kerakusan politik makhluk bernama Anwar bin Ibrahim.Saiful Bukhari juga  telah menegaskan bahawa dia sama sekali tidak akan berganjak dengan dakwaannya itu dan akan berpegang teguh serta istikomah terhadap dakwaan tersebut.Seperti yang telah sedia maklum,Dato’ Seri Anwar Ibrahim telahpun dibebaskan dari tuduhan kes liwat tersebut tahun lalu.

Dalam sidang akhbar tersebut bapa Saiful Bukhari,Azlan Mohd Lazim mendedahkan bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan menjadi mangsa fitnah.Beliau juga memohon maaf kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan keluarga kerana telah banyak menderita dan sengsara disebabkan fitnah yang menimpanya itu.Kenyataan yang dikeluarkan Saiful Bukhari seolah-oleh telah mengaibkan diri sendiri kerana umum telah mengetahui bahawa kes tersebut telah berlalu sekali gus telah membebaskan Dato’ Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan dan dakwaan tersebut.

Selain itu,Saiful Bukhari melalui blognya telah memberi amaran kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim supaya tidak menggunakan bapanya walaupun terdesak dan supaya tidak memutarbelitkan keadaan dalam mencapai matlamat beliau.Tindakan kurang bijak Saiful Bukhari itu seolah-olah seperti memburukkan lagi keadaan dan menjatuhkan reputasi dan maruah dirinya sendiri memandangkan rakyat Malaysia sudah bijak menilai dan kebenaran sememangnya telah terbukti.


#MAHASISWACAKNA#





Monday, 14 January 2013

Listen Listen Listen

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Memandangkan virus listen telah tersebar dengan meluasnya di facebook,saya sebagai salah seorang mahasiswi terasa terpanggil untuk memberi pendapat serta pandangan mengenai isu yang masih lagi hangat diperkatakan ini.Sedih,kecewa,geram,marah dan terkilan silih berganti tatkala menonton video yang berdurasi 20 minit ++  itu.Paling terkilan melihat respon dari student-student yang berada dalam dewan ketika itu.Sungguh,bertepuk tangan dan bersorak itu sememangnya bukan cara yang bijak bagi seorang yang bergelar mahasiswa tatkala seorang sahabat mereka dipermalukan sebegitu rupa.

Berdasarkan pemerhatian saya mengenai respon terhadap isu ini,saya kira lebih ramai yang melemparkan respon yang negatif berbanding positif terutamanya kepada Presiden Suara Wanita 1 Malaysia merengkap ahli panel dalam forum tersebut.Sememangnya suara mahasiswa perlu didengar,perlu dinilai terlebih dahulu.Dengan memotong dan tidak memberikan ruang dan peluang untuk Bawani meneruskan kata katanya  dengan cara yang sebegitu,jelas menunjukkan ketidakcerdikan beliau sebagai seorang yang mengaku  sebagai seorang yang berpendidikan.


We are all Bawani..



Apa yang lebih memalukan lagi, Presiden SW1M ini seolah olah telah menonjolkan  imej yang buruk bagi  seorang yang mengaku beragama Islam.Sungguh Islam merupakan agama yang indah, mengajar kita  supaya menghormati penganut agama lain selagi mana mereka tidak memudaratkan kita,bukan memalukan dan memperlakukan dengan cara sebegitu.Saya kira tidak perlu untuk saya ulas terlalu panjang mengenai isu ini memandangkan ramai telah maklum akan perkara ini.Masing masing punya pandangan tersendiri,punya persepsi tersendiri untuk menilai dan merespon akan isu ini.


p/s: listen virus are spreading anywhere..