Assalamualaikum wbt..
Terasa terpanggil untuk berkongsi tentang seorang yang sangat hebat dalam hidup saya,dan saya percaya seluruh ahli keluarga yang lain juga.Dialah hero kami dan dia sememangnya diciptakan untuk menjadi yang hebat.Saya percaya tiap-tiap orang itu diciptakan sememangnya mempunyai kisah yang berbeza,suka dan duka yang berbeza,begitu juga saya,ya saya bersyukur,hingga saat ini,saya masih lagi punya abah,abah yang sangat hebat,abah yang sangat kuat semangatnya,untuk kami! Alhamdulillah ALLAH atas pinjaman yang sangat bernilai bahkan amat bermakna ini.
Terima kasih abah kerana hadir dalam hidup kami,engkau sememangnya telah banyak mengajar kami,mengajar kami segala-galanya.Terima kasih juga kerana telah mentarbiah kami,mengajar kami halal haram,mengambarkan kepada kami pedihnya azab neraka dengan menyuruh kami mengikut segala perintahNya,sememangnya untuk menceritakan yang benar itu bukan mudah,bahkan sangat payah! tengok sahaja realiti hari ini,seorang ayah seolah olah tiada kuasa untuk menegur anak anak mereka supaya mengikut akhlak al-quran! tapi itu bukan abah,sememangnya tidak keterlaluan untuk saya katakan abah sudah berjaya,berjaya membentuk akhlak kami,setakat ini! tinggal saja kami,adakah kami mampu untuk terus mengekalkan apa yang telah abah ingatkan itu!
Saya rasa tidak keterlaluan untuk saya katakan,abah saya bukan seperti ayah-ayah yang lain,kerana hebatnya dalam menempuh satu persatu ujian kehidupan.Masakan tidak,disaat kami enam beradik masih belum mengenal erti kesusahan,kami diuji,abah diuji dengan nikmat kesihatannya ditarik buat seketika,sememangnya ujian itu bukan mudah,ia sungguh berat,abah diuji dengan masalah jantungnya yang kesekian kalinya perlu dibedah! berat mata memandang berat lagi bahu abah dan ummi yang memikul,disaat kami semua masih sangat kanak-kanak,ALLAH telah takdirkan ujian itu supaya kami hadapi.Tetapi perjuangan abah bukan terhenti setakat itu,Alhamdulillah,ALLAH izinkan untuk kami bersama lagi setelah didatangkan kami ujian,sebelumnya.
Usrati :) |
Dan kerana kesempatan dan peluang itulah saya adalah saya pada hari ini,dan kami,adalah kami pada hari ini.Sememangnya didikan acuan al-quran itu lah yang telah membawa kami lebih mengenal pencipta,abah sememangnya seorang yang biasa yang mempunyai ketegasan yang luar biasa dalam hal berkaitan dengan agama ALLAH.Dan saya sebagai puteri keduanya secara peribadi sangat kagum dengan abah,dalam keletihan mencari sesuap nasi buat kami,di pertiga malamnya masih sempat sujud mengadap ilahi,diwaktu pagi yang terkejar-kejar itu masih sempat ber'dhuha dua rakaat,dalam kesibukkannya menguruskan hal hal duniawi,kewajipan lima waktunya masih lagi sempat dikerjakan berjemaah dimasjid.Itu lah dia insan yang bertanggungjawab mentarbiah kami!
Sememangnya tugas seorang yang bernama ayah itu bukan senang,maka jalankan amanah yang diberikan itu semaksima yang mungkin,dan tanggungjawabnya juga bukan mudah,merekalah yang "menanggung" segala galanya didunia yang sementara ini,dan mereka jualah yang dipertanggungjawabkan untuk "menjawab" di akhirat kelak.Demi ALLAH saya sebagai anak tidak sanggup untuk membiarkan barang secebis dari bara-bara api neraka jahannam itu hinggap ke tubuh abah saya! demi ALLAH!.
Wahai anak,usahlah kamu terlalu ghairah untuk mengejar dunia sehingga kamu lupa akan akhirat yang selama lamanya,janganlah disebabkan kamu,insan yang bernama ayah ini terpaksa menanggung siksa api neraka yang amat pedih itu.Ya untuk mengaku kamu sayang mereka amat mudah,tapi sejauh mana kamu mempraktikkan dan menzahirkan erti kasih dan sayang itu?,tidak cukup untuk kamu mengucapkan "i love u" untuk menggambarkan sayangnya kamu pada mereka,jika benar kamu sayang mereka,berusahalah sehabis baik untuk menghindarkan mereka dari api neraka,itulah yang dinamakan kasih sayang yang selamanya,dan bukan sekadar sayang dibibir mulut.
Apa ada pada sayang jika aurat masih terbuka,
Apa ada pada kasih andai akhlak tak ambil kira,
Apa ada pada cinta andai perasaan mereka tak dijaga,
21 tahun yang dipinjamkan ini sememangnya banyak mengajar saya erti realiti sebuah kehidupan,jarak yang memisahkan ini benar benar membuatkan saya lebih menghargai dan merindui,di kejauhan ini juga masih ada nilai yang saya kutip dari seorang yang bernama abah,saya akui agak jarang berbual lewat telefon bersama abah,tetapi daripada itu jugalah membuatkan saya kagum dengan abah,kalau mungkin sahabat-sahabat lain soalan yang pertama diajukan bila berbicara adalah tentang duit belanja,yang lainnya pula makan minumnya,tapi abah saya masih tidak jemu bertanya akan hal solat anaknya,saya malah bangga punya abah seperti itu,sememangnya kita digalakkan untuk ingat memperingatkan dalam soal kebaikkan. Dan abah masih tidak jemu bertanya perihal solat anak-anaknya walaupun semuanya sudah besar panjang,manakan tidak,puteri sulungnya juga sudah 23 tahun,semua sudah tahu berfikir,sudah tahu menilai,tapi kewajipan yang satu itu tetap ada yang mengingatkan,tak lupa juga ummi yang selama ini menjadi pembantu abah dalam mendidik kami.Sungguh pengorbanan kalian amatlah bermakna buat kami.
Doa saya sempena hari bapa ini khususnya buat abah,semoga syurga firdausi menjadi milikmu.Terima kasih kerana telah mendidik dan membesarkan kami."Terima Kasih Abah."
Terima Kasih Allah kerana telah menganugerahkan abah buat kami,
Terima kasih Mek n Chek* kerana telah melahirkan abah buat kami,
Terima Kasih Ummi Abah kerana telah melahirkan kami.
Terima Kasih untuk segala galanya!
___________________________________
*How Kelantanese call their grandma and grandpa (most of them) eheh.
best ramai ahli keluarga..:) pape pown sue dah follow ok...selmat berbloging ye... from
ReplyDeletehttp://kacangsebuncis.blogspot.com