Followers

Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Tuesday, 9 July 2013

Sisters jerr

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah sebelum menyambut ramadhan yang bakal kunjung tiba,beberapa hari lepas kami adik beradik (rujuk tajuk entry) telah bersepakat-lah-sangat untuk jalan-jalan tapi naik kereta ke pantai,saya secara jujurnya tidaklah begitu teruja dengan pantai,tapi setakat nak habiskan masa dan at least ke arah yang boleh mengingatkan kepada ALLAH instead of tengok tv and so on kat rumah tu,boleh la,sebab bila kita tengok pantai tu automatik dapat membuatkan kita kagum dengan kekuasaan ALLAH yang maha agung,so tu salah satu cara untuk kita ingat ALLAH.Nak ingat ALLAH tak semestinya kita solat,baca Quran je,banyak lagi cara untuk membuatkan kita ingat ALLAH dan kekuasaannya.

Jadi nak dijadikan cerita,keluarlah kami empat beradik dari rumah iaitu di Tumpat ke Bachok,tapi sebelum tu singgah sebentar ke kolej my sis kat Kota Bharu sebab hari tu dia ada kelas,tapi satu kelas je tu yang kami decide nak gi jalan-jalan tu,tambah pulak my lil sis yang dua orang tu cuti hari tu,so memang berjalan lancar lah walaupun one of them terpaksa ponteng kelas tambahan,nak gi jenjalan punya pasal,huhu.Dari Kota Bharu ke Bachok tu almost 1 hour jugak lah nak sampai ke pantai yang kitorang nak pergi tu,pantai first yang kitorang pergi adalah Pantai Kemayang,pantai tu ok la,ada orang memancing,ada bot lalu lalang ada gerai-gerai,macam pantai-pantai lain jugak tapi that's not a famous beach in Kelantan lah.

Seterusnya Pantai kedua yang kami singgah adalah Pantai Senok,Pantai ni near to pantai first yang kami pergi,dalam 10 minit camtu kot jarak perjalanannya.Part pantai kedua ni ada sedikit keterujaan disitu.memenag suka sangat lah sebab situ tengok jelah gambar yang saya akan tunjuk jap lagi,malas pulak rasanya nak taip panjang-panjang.Seterusnya kami singgah ke Pantai Irama,pantai ni famous sikit la dari pantai-pantai lain,so mungkin u'oll pernah dengar dan sampai ke pantai ni,last saya pergi Pantai Irama ni masa tahun 2010,sekarang dah 2013,memang banyak sangat lah perbezaan nak banding dengan waktu saya pergi dulu.Memandangkan perut pun dah lapar time tu,kami singgah makan cucuk-cucuk and seafood plus air kelapa muda kat sini,standard makanan pantai lah kan

Setelah beberapa jam menjelajah pantai-pantai di daerah Bachok,kami meneruskan perjalanan untuk menjelajah pula pantai-pantai yang berada dalam daerah Kota Bharu*skema..hoho.ok back to normal,tujuan utamanya nak ke Pantai Cahaya Bulan,tapi alang alang dah ada kat sana kami try jugak cari Pantai Mek Mah dengan menggunakan khidmat GPS,hoho.Pantai Mek mah ni macam perkampungan nelayan,kawasan tu jugak ada Pantai Kundur,Pulau Pisang kalau tak silap.Semua pantai dan pulau-pulau tu u'oll akan jumpa lah jalan menuju kesitu kalau nak ke Pantai Cahaya Bulan.

Pantai terakhir yang kami sempat kunjungi adalah Pantai Cahaya Bulan,ingat kan hari minggu je ramai orang,masa kami pergi tu hari ahad,pun ramai jugak,bas pelancong pun ada,tapi nasib baik lah,ada tempat parking kalau tak terpaksa balik macam tu je lah macam tahun lepas,tapi masa tu waktu cuti sekolah,memang ramai  dan crowded sangat sangat lah.Okey rasanya setakat ni je kot coretan saya buat kali ni,layan gambar.huu



pantai kemayang

my youngers sister

mata merenung alam,hati merenung tuhan

terserlah keayuan

:)

macam nak buat video klip nasyid pulak hoo

ape tuu..

kemain lg budak ponteng kelas senyum..hoho

series lawak gambar ni hoho

kami

datin M @pcb

otw balik dr pcb,smpat snap

we're siblings



Saturday, 15 June 2013

Selamat hari bapa,Abah!

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt..

Terasa terpanggil untuk berkongsi tentang seorang yang sangat hebat dalam hidup saya,dan saya percaya seluruh ahli keluarga yang lain juga.Dialah hero kami dan dia sememangnya diciptakan untuk menjadi yang hebat.Saya percaya tiap-tiap orang itu diciptakan sememangnya mempunyai kisah yang berbeza,suka dan duka yang berbeza,begitu juga saya,ya saya bersyukur,hingga saat ini,saya masih lagi punya abah,abah yang sangat hebat,abah yang sangat kuat semangatnya,untuk kami! Alhamdulillah ALLAH atas pinjaman yang sangat bernilai bahkan amat bermakna ini.

Terima kasih abah kerana hadir dalam hidup kami,engkau sememangnya telah banyak mengajar kami,mengajar kami segala-galanya.Terima kasih juga kerana telah mentarbiah kami,mengajar kami halal haram,mengambarkan kepada kami pedihnya azab neraka dengan menyuruh kami mengikut segala perintahNya,sememangnya untuk menceritakan yang benar itu bukan mudah,bahkan sangat payah! tengok sahaja realiti hari ini,seorang ayah seolah olah tiada kuasa untuk menegur anak anak mereka supaya mengikut akhlak al-quran! tapi itu bukan abah,sememangnya tidak keterlaluan untuk saya katakan abah sudah berjaya,berjaya membentuk akhlak kami,setakat ini! tinggal saja kami,adakah kami mampu untuk terus mengekalkan apa yang telah abah ingatkan itu!

Saya rasa tidak keterlaluan untuk saya katakan,abah saya bukan seperti ayah-ayah yang lain,kerana hebatnya dalam menempuh satu persatu ujian kehidupan.Masakan tidak,disaat kami enam beradik masih belum mengenal erti kesusahan,kami diuji,abah diuji dengan nikmat kesihatannya ditarik buat seketika,sememangnya ujian itu bukan mudah,ia sungguh berat,abah diuji dengan masalah jantungnya yang kesekian kalinya perlu dibedah! berat mata memandang berat lagi bahu abah dan ummi yang memikul,disaat kami semua masih sangat kanak-kanak,ALLAH telah takdirkan ujian itu supaya kami hadapi.Tetapi perjuangan abah bukan terhenti setakat itu,Alhamdulillah,ALLAH izinkan untuk kami bersama lagi setelah didatangkan kami ujian,sebelumnya.

Usrati :)


Dan kerana kesempatan dan peluang itulah saya adalah saya pada hari ini,dan kami,adalah kami pada hari ini.Sememangnya didikan acuan al-quran itu lah yang telah membawa kami lebih mengenal pencipta,abah sememangnya seorang yang biasa yang mempunyai ketegasan yang luar biasa dalam hal berkaitan dengan agama ALLAH.Dan saya sebagai puteri keduanya secara peribadi sangat kagum dengan abah,dalam keletihan mencari sesuap nasi buat kami,di pertiga malamnya masih sempat sujud mengadap ilahi,diwaktu pagi yang terkejar-kejar itu masih sempat ber'dhuha dua rakaat,dalam kesibukkannya menguruskan hal hal duniawi,kewajipan lima waktunya masih lagi sempat dikerjakan berjemaah dimasjid.Itu lah dia insan yang bertanggungjawab mentarbiah kami!

Sememangnya tugas seorang yang bernama ayah itu bukan senang,maka jalankan amanah yang diberikan itu semaksima yang mungkin,dan tanggungjawabnya juga bukan mudah,merekalah yang "menanggung" segala galanya didunia yang sementara ini,dan mereka jualah yang dipertanggungjawabkan untuk "menjawab" di akhirat kelak.Demi ALLAH saya sebagai anak tidak sanggup untuk membiarkan barang secebis dari bara-bara api neraka jahannam itu hinggap ke tubuh abah saya! demi ALLAH!.

 Wahai anak,usahlah kamu terlalu ghairah untuk mengejar dunia sehingga kamu lupa akan akhirat yang selama lamanya,janganlah disebabkan kamu,insan yang bernama ayah ini terpaksa menanggung siksa api neraka yang amat pedih itu.Ya untuk mengaku kamu sayang mereka amat mudah,tapi sejauh mana kamu mempraktikkan dan menzahirkan erti kasih dan sayang itu?,tidak cukup untuk kamu mengucapkan "i love u" untuk menggambarkan sayangnya kamu pada mereka,jika benar kamu sayang mereka,berusahalah sehabis baik untuk menghindarkan mereka dari api neraka,itulah yang dinamakan kasih sayang yang selamanya,dan bukan sekadar sayang dibibir mulut.

Apa ada pada sayang jika aurat masih terbuka,
Apa ada pada kasih andai akhlak tak ambil kira,
Apa ada pada cinta andai perasaan mereka tak dijaga,

21 tahun yang dipinjamkan ini sememangnya banyak mengajar saya erti realiti sebuah kehidupan,jarak yang memisahkan ini benar benar membuatkan saya lebih menghargai dan merindui,di kejauhan ini juga masih ada nilai yang saya kutip dari seorang yang bernama abah,saya akui agak jarang berbual lewat telefon bersama abah,tetapi daripada itu jugalah membuatkan saya kagum dengan abah,kalau mungkin sahabat-sahabat lain soalan yang pertama diajukan bila berbicara adalah tentang duit belanja,yang lainnya pula makan minumnya,tapi abah saya masih tidak jemu bertanya akan hal solat anaknya,saya malah bangga punya abah seperti itu,sememangnya kita digalakkan untuk ingat memperingatkan dalam soal kebaikkan. Dan abah masih tidak jemu bertanya perihal solat anak-anaknya walaupun semuanya sudah besar panjang,manakan tidak,puteri sulungnya juga sudah 23 tahun,semua sudah tahu berfikir,sudah tahu menilai,tapi kewajipan yang satu itu tetap ada yang mengingatkan,tak lupa juga ummi yang selama ini menjadi pembantu abah dalam mendidik kami.Sungguh pengorbanan kalian amatlah bermakna buat kami.

Doa saya sempena hari bapa ini khususnya buat abah,semoga syurga firdausi menjadi milikmu.Terima kasih kerana telah mendidik dan membesarkan kami."Terima Kasih Abah."

Terima Kasih Allah kerana telah menganugerahkan abah buat kami,
Terima kasih Mek n Chek* kerana telah melahirkan abah buat kami,
Terima Kasih Ummi Abah kerana telah melahirkan kami.
Terima Kasih untuk segala galanya!

___________________________________

*How Kelantanese call their grandma and grandpa  (most of them) eheh.

Tuesday, 12 March 2013

Hari Bahagia..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Akhirnya,blog yang bersawang ni dah diupdate,tapi just a very short updated,nak tempel gambar-gambar je,gambar lama dah sebenarnya and actually lama dah nak buat entri tentang my cousin wedding ni dan akhirnya,hari ni baru tercapai hajat,hajat la sangat kan,sebelum ni saya pernah cerita tentang  cousin saya yang bakal kahwin  kat sini ..

and now,layan..even tak banyak pon gambarnya,seciput je,malas nak berebut-rebut dalam kesesakan..hee




me n siblings with the bride..bukan group qasidah or marhaban yea!







me n the cousin a.k.a bride 







here u're..bride yang berseri seri..







saya yang saje nak menyibuk..



P/s: ucapan khas buat my cousin,kak ct,barakallahulakuma wabarakawajamaabainakuma filkhoir..

Saturday, 19 January 2013

ALHAMDULILLAH.

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.

Setelah tiga hari terlantar kesakitan,hari ini pulih sudah ummiku,syukur pada ALLAH.Sesungguhnya terlalu banyak ibrah yang telah aku kutip dari apa yang terjadi ini.ALLAH adalah sebaik-baik perancang,aku yakin dan percaya di balik ini akan munculnya hikmah yang cukup besar.Harapan ynag menggunung tinggi agar esoknya ummi akan lebih sihat dari hari ini dan sebelumnya.Hanya pada ALLAH tempat untuk meminta dan memohon.Sesakit mana pun ummi,tak pernah makan minum kami dia abaikan,dalam keadaan terlantar begitu,masih mahu bertanya perihal kami,ummi yang sakit itu bertanya akan makan minum kami ber enam yang masih sihat dan mampu ini.Betapa besarnya kasih sayang mu buat kami ummi,sesungguhnya kami hargai setiap kebaikanmu buat kami.Hanya doa yang mampu dititipkan selain dari berbakti buat mereka selagi masih bernyawa dibumi ALLAH ini.





sememangnya kasih ibu  memang sentiasa kita terima,
namun kasih kita pada ibu......
nilailah sendiri,kalau hebat pun takkan sehebat
kasih ibu pada kita..............

                                                                             

                                                                                   
                                                                                   

Friday, 18 January 2013

Khabar Baru

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..



Alhamdulillah,beberapa hari yang lalu,terima satu lagi khabar baru,sepupuku bakal menamatkan zaman bujangnya,tinggal kurang lebih seminggu saja lagi.Sempat 'menemuramah' beberapa hari yang lalu,persiapan hampir siap,majlis yang sangat sederhana,simple InsyaALLAH diberkati,pilihan orang tua,sebelum ini tak pernah bersua.Agak terkejut juga,bertunang sebulan sahaja,terus kahwin,betapa ALLAH permudahkan.Katanya berdebar menanti saat itu,tak pernah couple apatah lagi ber'dating' masih malu-malu bila bersua.Lidahnya beberapa kali berzikir,masih tidak percaya,semudah itu,secepat itu,betulkah aku sudah mau kahwin?.Kupujuk hatinya,InsyaALLAH,cinta selepas kahwin sangat indah walau aku tak punya pengalaman :) ..Buat sepupuku,Tidak mengapa walau majlismu tidak se'gah' orang lain,keberkatannya sudah terserlah,manakan tidak,dalam sebulan sahaja semuanya bakal berubah,kau yang dulunya solo,kesana kemari sendirian,bakal punya teman.ALLAH sudah mudahkan segalanya.Biarlah walau maskahwinmu bukan berjuta-juta,terimalah seadanya.Mahar yang sedikit itu lebih ALLAH berkati.Barakallahulakuma wa jama3a bainakuma fil khoir,dari sepupumu ini .. :)

p/s : Doakan sepupumu jua,moga kita semua beroleh redhaNya..

Monday, 14 January 2013

Berbaktilah..

 Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..


Alhamdulillah,setelah dua hari kembali ke kampung halaman,hari ni baru sempat nak update blog,biasa lah bila dah balik kampung ni,memang tak sempat nak bersosial dengan internet sangat,maklumlah bila automatically jadi full time housewife lah sangat kan ni buzy sikit lah.hehe.Dan bila balik kampung banyak lah benda-benda yang best termasuklah makan je memanjang,sebab memang dapat tugas kat dapur,memasak  dan makan sekali ..huhu tunggu dan lihat lah nanti berapa kilo naik.Paling best setelah berbulan bulan teringin  nak makan nasi kerabu,akhirnya pagi tadi tertunai jugak hajat yang dah sekian lama diluahkan pada sahabat-sahabat kat u.. :) ..nah sekeping gambar buat tatapan anda semua :)



The most famous food in kelantan.


Segala puji hanya bagi ALLAH  kerana masih lagi dikurniakan 'afiat dan kesempatan untuk menikmati hari-hari yang indah disamping keluarga tersayang di bumi tadahan wahyu ini.Segunung harapan untuk diri sendiri supaya terus istikomah berkhidmat pada umi abah sementara masih lagi diberi  ruang dan peluang untuk berbakti pada mereka.Buat sahabat-sahabat dan yang paling penting buat diri saya sendiri selagi kita masih punya orang tua hargai dan hormatilah mereka kerana mereka sememangnya tiada galang gantinya.

Semalam adik yang kedua demam seperti biasa lah bila ada diantara kami yang demam,umi lah orang yang sangat memainkan peranan,suapkan makan,mandikan and so on.Alhamdulillah,pagi tadi adikku sudah sihat dan mampu ke sekolah.Petang tadi setelah pulang dari sekolah adik bongsuku pula merengek-rengek tak sedap badan.Demam juga, dan sekali lagi umi abah susah hati memikirkan anak bongsunya yang demam.Terdetik dihati,saat melihat umi abah sangat concern akan sakit demam kami.Adakah kami ber enam mampu menjaga dan menguruskan mereka dihari tua mereka nanti,andai waktu itu mereka sudah longlai,tak mampu berbuat apa-apa lagi,mampukah kami?.ALLAH.Besar sungguh jasa dan pengorbanan mereka.

Maka tidak hairanlah mengapa ALLAH tetapkan supaya tahap ketaatan kepada mereka adalah ditahap yang tertinggi setelah ALLAH dan rasulNya serta suami (Jika ada).Nasihat kepada anda serta peringatan buat diri sendiri,selagi kita masih punya orang tua,ketika masih diberi kesempatan dan ruang,sama-samalah kita hargai mereka,sayangi mereka,kasihi mereka kerana mereka sememangnya mengasihi kita tanpa syarat.Sekali lagi diulangi,sememangnya mereka mengasihi kita tanpa syarat !.

Akhir kata dari saya marilah kita sama-sama memuhasabah diri,sejauhmana kita menghargai ibubapa kita,sejauhmana pengorbanan kita terhadap mereka dibandingkan pengorbanan mereka terhadap kita.Hanya ALLAH yang mampu membalas segala perit lelah mereka dalam membesarkan,mendidik serta mentarbiah kita supaya menjadi insan yang berguna untuk agama ALLAH.Supaya kita semua berjaya bukan sahaja didunia,tetapi apa ayng lebih penting,kejayaan di akhirat yang kekal abadi.



yukk sentisa amalkan doa ni.. :)


Peace to love ALLAH love MUHAMMAD..

p/s:Teringat waktu cuti sem lepas,saya batuk teruk.tiga empat hari batuk,waktu malam pulak tu teruknya.umi juga lah terpaksa bangun tiga empat pagi semata-mata nak sapukan minyak angin.<sayangummi>



Wednesday, 8 August 2012

Islamic Parenting

Salamullahialaikum wbt..

Islamic parenting?? Wah3 tajuknya..,saya sebenarnya nak cerita pengalaman saya je pasal Islamic parenting ni..opsss bukan pengalaman saya lah,pengalaman my beloved parent dalam membesarkan kami 6 beradik.alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah kerana saya,kakak dan adik-adik dikurniakan seorang ibu dan ayah yang sukar diungkapkan dengan kata-kata betapa menitikberatkan tentang ajaran islam,betapa sayangkan Islam.Alhamdulillah wasyukurillah sekali lagi kerana kami dididik dalam bi’ah solehah dan nilai keislaman yang sangat tinggi.frankly speaking,ibu ayah yang kami panggil ummi dan abah ini bukanlah dari sekolah agama asalnya,tapi Alhamdulillah,mereka bukanlah jahil tentang agama kerana keinginan dan mujahadah mereka dalam mendekatkan diri kepada khaliq dan agama yang suci dan mulia ini.

Coretan kali ini saya ingin berkongsi tentang kejayaan ummi dan abah saya dalam bukan saja membesarkan kami,tetapi juga dalam mentarbiah kami semua sehingga kini dan Alhamdulillah boleh dikatakan kami semua telah dididik dengan sempurna berkat dari didikan yang sempurna.Kalau anda semua pernah dengar atau ingat tenteng hadis yang menyatakan untuk melahirkan anak yang soleh dan solehah,ia bermula dari  pemilihan ibunya,lebih kuranglah maksudnya.Inilah bukti betapa indahnya ajaran islam.Ianya sangatlah benar dan tepat sekali kan.jadi di sini saya ingin ceritakan tentang pertemuan atau perancangan ALLAH yang maha hebat dalam penyatuan dua hati iaitu ummi dan abah saya.

To make a long story short,begini lah lebih kurang,berdasarkan cerita ummi saya,mereka telah di “matchkan” oleh tok sedara sebelah abah saya.cerita ni bermula disebabkan tok sedara abah saya ni kenal ummi saya sebab selalu mengimarahkan  surau,dalam kata lain selalu sangatlah berjemaah di surau tu.tapi surau tu tak lah dekat sangat dengan rumah atok saya.kampung  tu berjiran lah dengan kampong ummi saya dan abah saya pula bukanlah berasal dari kampong tu.kampung abah saya di daerah lain.Jadinya begitulah nak diceritakan di sini,ummi saya bertemu jodoh dengan cara yang sangat syarak,tanpa dating,tanpa kehulu kehilir bersama dan tanpa perkara-perkara yang mendekatkan diri dengan zina lah.Menurut cerita ummi saya jugak,mereka tak pernah kenal sehinggalah malam akad nikah tu,hebatkan kisahnya.

Di situlah sebenarnya bermulanya kisah Seorang lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.Okeylah,sekarang saya nak ceritakan pula tentang cara atau Islamic parenting yang telah di aplikasi kan oleh kedua ibubapa kami dalam mentarbiah kami adik beradik.Boleh dikatakan from top to bottom,kami dididik dengan nilai keislaman,dari kecil kami dikenalkan dengan nama-nama ALLAH,kalam-kalam  ALLAH yang mulia,dan zikir-zikir mengingati ALLAH,juga dihiburkan dengan lagu-lagu nasyid kanak-kanak yang penuh nilai dan norma keislaman.Alhamdulillah ummi juga telah menunaikan hak kami semua dengan jayanya iaitu fully brest feed sehingga berumur 2 tahun,memendangkan ummi saya surirumah sepenuh masa,jadi ia melancarkan dan memudahkan lagi proses membesarkan kami semua.

Seperti yang kita semua tahu,bf ni sangatlah digalakkan dalam islam kerana didalam nya terdapat 1001 kelebihan,tak kurang juga dari segi scientificnya,iainya boleh mengurangkan risiko kanser bagi anak-anak yang bf instead of susu formula yang banyak dijual di pasaraya tu kan.Waktu tidur kami juga diulit dengan zikir-zikir atau asma-asma ALLAH yang didendangkan sendiri oleh ummi.Sampai sekarang pon masih lagi terngiang ngiang di telinga saya zikir-zikir yang ummi dendangkan itu.Begitulah cara tarbiah ummi abah saya dari kakak saya yang sulung sehinggalah adik bongsu kami.

Dalam mengamalkan Islamic parenting atau keibubapaan islam ini sebenarnya perlukan mujahadah dan istikomah yang sangat tinggi.Untuk pengetahaun semua,ummi abah saya bukanlah seorang yang garang yang macam sarajan atau kapten tu,tapi ada tegasnya dalam mendidik kami,walaupun mempunyai hati yang sangat lembut dan penyayang.Contohnya dalam menonton tv,kami hanya dibenarkan tengok program-program tertentu pada waktu-waktu tertentu sahaja.Waktu maghrib adalah sangat dilarang untuk menonton tv.

Jadi impaknya sampai sekarang waktu maghrib macam waktu yang pelik untuk menonton tv,biasanya malam jumaat pon kami dilarang tengok tv,kan nak masuk sayyidul ayyam iaitu penghulu segala hari jadi kata abah,hormatlah sikit penghulu hari tu kan,perbanyakkan baca quran dan buat aktiviti-aktiviti yang berfaedah.Pada hari hari biasa pula biasanya akan didendangkan kalam-kalam ALLAH,memang seluruh rumah lah akan dengar,tak pun ummi akan pasang vcd-vcd ceramah yang memang banyak sangat kat rumah oleh ustaz-ustaz tertentu macam,ustaz Kazim,Ustaz Azhar dan banyak lagi lah.Begitulah hari-hari kami,Alhamdulillah,diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat insyaALLAH.

Kalau waktu dulu-dulu,seingat saya ummi selalu dengar radio ikim,memang selalu sangat lah,tak kira lah masa tengah melayan kerenah kami ke,atau waktu menguruskan rumah tangga,masa lipat kain ke,tak kira lah.Jadi ianya sedikit sebanyak mempengaruhi apa yang kami dengar dan tengok ataupun keadaan kami membesar tu.kepada bakal-bakal ibu,eloklah mencontohi cara ummi saya ni,sebenarnya banyak lagi method-method yang digunakan oleh ummi abah saya dalam membesarkan kami yang kalau nak disenaraikan semua memang tak habis lah.

Sekarang saya nak beralih ke topic lain pulak ye,iaitu tentang pemakaian,sesetengah ibubapa tak ambik kisah pon tentang pemakaian ni,tapi tidak pada ummi saya,ye lah kan,saya rasa tugas ini lebih kepada ibu sebab bisanya ibulah yang menyediakan pakaian untuk anak-anakanya walaupun secara zahirnya seorang ayah yang menyediakan nafkah kepada anak isterinya.Dan pengalaman saya dari kecik lagi memang terbiasa dengan baju kurung,dari umur enam tahun macam tu lah seingat saya,dari itu memang baju kurung lah pakaian saya kemana pon saya,apa pun  aktivitinya kecuali waktu hari sukan atau ada madah pendidikan jasmani di sekolah,dua waktu tersebut saja lah saya mendapat rukhsah untuk memakai seluar panjang.Dalam kata lain memang ummi tak galakkanlah anak perempuan dia pakai seluar panjang.Waktu tu pon memang tak banyak lah seluar panjang yang dibeli oleh ummi kepada saya dan kakak.

Ummi memang sedikit tegas la dalam bab pemakaian nie,yela kan pakaian kan cerminan diri.Seandainya elok pemakaian kita ,elok juga lah akhlak kita.tapi perlu jugak diingatkan bahawa orang yang berpakaian menutup aurat itu tak semestinya baik tetapi orang yang baik itu mestilah menutup aurat kan.Apa yang membuatkan saya kagum dengan ummi,walaupun bukanlah dari sekolah agama tapi mengikut cerita ummi dan dari gambar gambar waktu muda ummi yang saya tengok dia bertudung labuh sejak dari habis spm lagi,jadi sangat pelik lah kan kalau ummi yang tak sekolah agama boleh pakai tudung labuh,tapi anak-anak anaknya yang sekolah agama ni tak mengikut jejak ummi kan,dan sekarang Alhamdulillah,setakat ini,saya kakak dan adik masih mampu dan masih lagi diberi kekuatan oleh ALLAH untuk merasai nikmat ini.

Alhamdulillah,dapat menutup aurat dengan sempurna juga adalah salah satu daripada nikmat terbesar yang perlu disyukuri setiap masa dan ketika.Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.Subhanallah..maka nikmat manakah lagi yang kamu dustakan??..Inilah juga salah satu bukti kejayaan ummi abah dalam mendidik kami setengah orang mungkin menganggap apa lah sangat yang ada pada pakaian,..tak tutup aurat dengan sempurna pon tak pe,asal hati aku baik..alah,budak yang pakai tudung labuh tu pon bukannya baik sangat,aku rasa aku yang tak pakai tudung labuh ni pon lebih baik dari dia..dia ni tak padan dengan pakai tudung labuh,tapi perangai,mashaALLAH..saya sangatlah sentap setiap kali mendengar ayat-ayat di atas,tapi mendiamkan saja,kerana ada betulnya,tapi ingatlah,siapalah kita untuk menghukum orang lain,dosa orang yang tidak menutup aurat dengan sempurna amatlah besar.Apalah erti kita menzahirkan kasih sayang kepada ayah kita andai aurat pun tak terjaga,kerana  dialah yang akan menanggung dosa kita,kerana aurat tidak dijaga..