Followers

Sunday, 12 January 2014

Exam Fever End.Let's Enjoy Now.

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Rasa macam dah bertahun tahun tak ketuk kekunci laptop dan mencoret disini,maklumlah buzy dengan exam esaimen segala bagai tu lah konon kononye,padahal malas.Alhamdulillah semalam secara rasminya kami student Da'wah and Islamic management telah berjaya menamatkan semester pertama untuk tahun ketiga dengan jayanya *bunga api*.Nampaknya last paper untuk semester ni rata rata telah membuatkan mereka mereka tersenyum gembira,boleh jawab leteww..huhu.

So,memandangan semalam adalah paper terakhir kami,jadi esoknya (hari ni lerr) telah dirancang oleh seorang dari sahabat kami ni,konon kononye nak gi cycling kat Taman Botani,konon kononyelah..huhu.Jadi,setelah disoal selidik dan dikaji,ramai jugak lah yang berminat untuk join sekaki rombongan konon-konon cycling ni.Dalam tigablas orang jugak la yang join dan melibatkan tiga buah kereta.So,kami bertolak dari Nilai ke Putrajaya dalam lebih kurang pukul sembilan camtu lah,dengan harapan dan semangat yang membara nak gi cycling nih..hihuu..

Nak dipendekkan cerita,dalam pukul 9:45 camtu sampailah kami ke Taman Botani Putrajaya.Sampai sampai je,terus meluru ke kaunter tiket basikal,dengan harapan ada la rezeki nak naik basikal hari ni memandangkan aku dah kali ketiga gi sana dan sebelum ni,sekali pun tak sempat naik basikal kat sana.Kawan aku yang merangkap pencadang ni la yang kesian,dia yang paling beria nak naik basikal,tapi hampa,seketul pun takde basikalnya.Kalau nak ikutkan tak sampai sejam lagi kaunter tiket tu bukak,memang terrlajak laris betul lah.So bagi sapa sapa yang berniat nak cycling kat Taman Botani,pesanan ikhlas dari penaja,silalah tunggu seawal yang mungkin kalau nak naik basikal kat sana.huhu

Untuk pengetahuan korang yang tak pernah sampai lagi ke Taman Botani Putrajaya ni,(kalau ada la) untuk sewaan basikal,dia buka dari seawal 9:00 pagi sehingga 12:00 tengahari sahaja,kalau pergi selepas tu,jalan je la yang selayaknya bagi korang yea,macam kitorang tadi lah,dah macam rombongan cik kiah gayanya,dah la ramai..huhu,nasiblah nasi dah jadi bubur.Alang alang dah sampai sana ape lagi yang mampu,bergambar jela,masing masing semangat bergambar,dengan gaya yang masing masing memeningkan kepala. ceria dan exited.Maklumlah,bila dah bergabung macamtu lah jadinya,tambah tambah dah habis exam nih,lagi lah menjadi jadi ke'exited'annye..termasuklah aku,huhu.

Ok,taknak melalut panjang panjang,gambar,sebagai kenangan untuk kami semua.Zasssss..hehe





Muslimat Power!! -Laungan semangat sepanjang program..huhu









Semoga akan sentiasa dijalan yang lurus







Ajk makanan yang gigih menyediakan sarapan buat kami.hihi








Titian Kehidupan






kepenatan .







Pondok ini,kami yang punya









Diorang tu memang selalu jeles dengan kami!huhu








diatas bukit yang comel,bukit teletubbies..hihi




Flower girls. Eh? hee





senyum :)







begambo tengah panas







berjalan tanpa henti








gegirls dengan flower lagi..huhu








kami terbang jela dah xdapat basikal..hoho 



P/s: Entry sekadar menghilangkan stress lepas exam..*peace*


Thursday, 21 November 2013

Mid term test



O allah please ease me in everything that i will face and through..




musim test. just chilllll

Rinduuuu

Assalamualaikum wbt..

Just for the very short update..Rindu nak berblog!!!  ok tu je,lain kali update lagi..





Tuesday, 9 July 2013

Sisters jerr

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah sebelum menyambut ramadhan yang bakal kunjung tiba,beberapa hari lepas kami adik beradik (rujuk tajuk entry) telah bersepakat-lah-sangat untuk jalan-jalan tapi naik kereta ke pantai,saya secara jujurnya tidaklah begitu teruja dengan pantai,tapi setakat nak habiskan masa dan at least ke arah yang boleh mengingatkan kepada ALLAH instead of tengok tv and so on kat rumah tu,boleh la,sebab bila kita tengok pantai tu automatik dapat membuatkan kita kagum dengan kekuasaan ALLAH yang maha agung,so tu salah satu cara untuk kita ingat ALLAH.Nak ingat ALLAH tak semestinya kita solat,baca Quran je,banyak lagi cara untuk membuatkan kita ingat ALLAH dan kekuasaannya.

Jadi nak dijadikan cerita,keluarlah kami empat beradik dari rumah iaitu di Tumpat ke Bachok,tapi sebelum tu singgah sebentar ke kolej my sis kat Kota Bharu sebab hari tu dia ada kelas,tapi satu kelas je tu yang kami decide nak gi jalan-jalan tu,tambah pulak my lil sis yang dua orang tu cuti hari tu,so memang berjalan lancar lah walaupun one of them terpaksa ponteng kelas tambahan,nak gi jenjalan punya pasal,huhu.Dari Kota Bharu ke Bachok tu almost 1 hour jugak lah nak sampai ke pantai yang kitorang nak pergi tu,pantai first yang kitorang pergi adalah Pantai Kemayang,pantai tu ok la,ada orang memancing,ada bot lalu lalang ada gerai-gerai,macam pantai-pantai lain jugak tapi that's not a famous beach in Kelantan lah.

Seterusnya Pantai kedua yang kami singgah adalah Pantai Senok,Pantai ni near to pantai first yang kami pergi,dalam 10 minit camtu kot jarak perjalanannya.Part pantai kedua ni ada sedikit keterujaan disitu.memenag suka sangat lah sebab situ tengok jelah gambar yang saya akan tunjuk jap lagi,malas pulak rasanya nak taip panjang-panjang.Seterusnya kami singgah ke Pantai Irama,pantai ni famous sikit la dari pantai-pantai lain,so mungkin u'oll pernah dengar dan sampai ke pantai ni,last saya pergi Pantai Irama ni masa tahun 2010,sekarang dah 2013,memang banyak sangat lah perbezaan nak banding dengan waktu saya pergi dulu.Memandangkan perut pun dah lapar time tu,kami singgah makan cucuk-cucuk and seafood plus air kelapa muda kat sini,standard makanan pantai lah kan

Setelah beberapa jam menjelajah pantai-pantai di daerah Bachok,kami meneruskan perjalanan untuk menjelajah pula pantai-pantai yang berada dalam daerah Kota Bharu*skema..hoho.ok back to normal,tujuan utamanya nak ke Pantai Cahaya Bulan,tapi alang alang dah ada kat sana kami try jugak cari Pantai Mek Mah dengan menggunakan khidmat GPS,hoho.Pantai Mek mah ni macam perkampungan nelayan,kawasan tu jugak ada Pantai Kundur,Pulau Pisang kalau tak silap.Semua pantai dan pulau-pulau tu u'oll akan jumpa lah jalan menuju kesitu kalau nak ke Pantai Cahaya Bulan.

Pantai terakhir yang kami sempat kunjungi adalah Pantai Cahaya Bulan,ingat kan hari minggu je ramai orang,masa kami pergi tu hari ahad,pun ramai jugak,bas pelancong pun ada,tapi nasib baik lah,ada tempat parking kalau tak terpaksa balik macam tu je lah macam tahun lepas,tapi masa tu waktu cuti sekolah,memang ramai  dan crowded sangat sangat lah.Okey rasanya setakat ni je kot coretan saya buat kali ni,layan gambar.huu



pantai kemayang

my youngers sister

mata merenung alam,hati merenung tuhan

terserlah keayuan

:)

macam nak buat video klip nasyid pulak hoo

ape tuu..

kemain lg budak ponteng kelas senyum..hoho

series lawak gambar ni hoho

kami

datin M @pcb

otw balik dr pcb,smpat snap

we're siblings



Ramadhan Kareem.

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah,sekali lagi diberi ruang dan peluang untuk mencoret disini.Alhamdulillah juga kerana akan meraikan Ramadhan kali ini i.ALLAH di bumi serambi Makkah seperti tahun-tahun sebelumnya.Hampir dua minggu sudah selamat tiba di tanah serendah sekebun bunga bumi barakah ini,nikmat yang sememangnya patut disyukuri.I.ALLAH jika di izinkan ALLAH esok sekali lagi akan menyambut bulan yang cukup mulia Ramadhan al-mubarak.Semoga bulan yang penuh barakah ini akan terisi dengan amal-amal yang baik dan dilipatgandakan lagi daripada kebiasaan.Selamat berpuasa buat seluruh ummat islam didunia!






p/s: Terasa kaku setelah lama membiarkan blog bersawang.

Saturday, 15 June 2013

Selamat hari bapa,Abah!

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt..

Terasa terpanggil untuk berkongsi tentang seorang yang sangat hebat dalam hidup saya,dan saya percaya seluruh ahli keluarga yang lain juga.Dialah hero kami dan dia sememangnya diciptakan untuk menjadi yang hebat.Saya percaya tiap-tiap orang itu diciptakan sememangnya mempunyai kisah yang berbeza,suka dan duka yang berbeza,begitu juga saya,ya saya bersyukur,hingga saat ini,saya masih lagi punya abah,abah yang sangat hebat,abah yang sangat kuat semangatnya,untuk kami! Alhamdulillah ALLAH atas pinjaman yang sangat bernilai bahkan amat bermakna ini.

Terima kasih abah kerana hadir dalam hidup kami,engkau sememangnya telah banyak mengajar kami,mengajar kami segala-galanya.Terima kasih juga kerana telah mentarbiah kami,mengajar kami halal haram,mengambarkan kepada kami pedihnya azab neraka dengan menyuruh kami mengikut segala perintahNya,sememangnya untuk menceritakan yang benar itu bukan mudah,bahkan sangat payah! tengok sahaja realiti hari ini,seorang ayah seolah olah tiada kuasa untuk menegur anak anak mereka supaya mengikut akhlak al-quran! tapi itu bukan abah,sememangnya tidak keterlaluan untuk saya katakan abah sudah berjaya,berjaya membentuk akhlak kami,setakat ini! tinggal saja kami,adakah kami mampu untuk terus mengekalkan apa yang telah abah ingatkan itu!

Saya rasa tidak keterlaluan untuk saya katakan,abah saya bukan seperti ayah-ayah yang lain,kerana hebatnya dalam menempuh satu persatu ujian kehidupan.Masakan tidak,disaat kami enam beradik masih belum mengenal erti kesusahan,kami diuji,abah diuji dengan nikmat kesihatannya ditarik buat seketika,sememangnya ujian itu bukan mudah,ia sungguh berat,abah diuji dengan masalah jantungnya yang kesekian kalinya perlu dibedah! berat mata memandang berat lagi bahu abah dan ummi yang memikul,disaat kami semua masih sangat kanak-kanak,ALLAH telah takdirkan ujian itu supaya kami hadapi.Tetapi perjuangan abah bukan terhenti setakat itu,Alhamdulillah,ALLAH izinkan untuk kami bersama lagi setelah didatangkan kami ujian,sebelumnya.

Usrati :)


Dan kerana kesempatan dan peluang itulah saya adalah saya pada hari ini,dan kami,adalah kami pada hari ini.Sememangnya didikan acuan al-quran itu lah yang telah membawa kami lebih mengenal pencipta,abah sememangnya seorang yang biasa yang mempunyai ketegasan yang luar biasa dalam hal berkaitan dengan agama ALLAH.Dan saya sebagai puteri keduanya secara peribadi sangat kagum dengan abah,dalam keletihan mencari sesuap nasi buat kami,di pertiga malamnya masih sempat sujud mengadap ilahi,diwaktu pagi yang terkejar-kejar itu masih sempat ber'dhuha dua rakaat,dalam kesibukkannya menguruskan hal hal duniawi,kewajipan lima waktunya masih lagi sempat dikerjakan berjemaah dimasjid.Itu lah dia insan yang bertanggungjawab mentarbiah kami!

Sememangnya tugas seorang yang bernama ayah itu bukan senang,maka jalankan amanah yang diberikan itu semaksima yang mungkin,dan tanggungjawabnya juga bukan mudah,merekalah yang "menanggung" segala galanya didunia yang sementara ini,dan mereka jualah yang dipertanggungjawabkan untuk "menjawab" di akhirat kelak.Demi ALLAH saya sebagai anak tidak sanggup untuk membiarkan barang secebis dari bara-bara api neraka jahannam itu hinggap ke tubuh abah saya! demi ALLAH!.

 Wahai anak,usahlah kamu terlalu ghairah untuk mengejar dunia sehingga kamu lupa akan akhirat yang selama lamanya,janganlah disebabkan kamu,insan yang bernama ayah ini terpaksa menanggung siksa api neraka yang amat pedih itu.Ya untuk mengaku kamu sayang mereka amat mudah,tapi sejauh mana kamu mempraktikkan dan menzahirkan erti kasih dan sayang itu?,tidak cukup untuk kamu mengucapkan "i love u" untuk menggambarkan sayangnya kamu pada mereka,jika benar kamu sayang mereka,berusahalah sehabis baik untuk menghindarkan mereka dari api neraka,itulah yang dinamakan kasih sayang yang selamanya,dan bukan sekadar sayang dibibir mulut.

Apa ada pada sayang jika aurat masih terbuka,
Apa ada pada kasih andai akhlak tak ambil kira,
Apa ada pada cinta andai perasaan mereka tak dijaga,

21 tahun yang dipinjamkan ini sememangnya banyak mengajar saya erti realiti sebuah kehidupan,jarak yang memisahkan ini benar benar membuatkan saya lebih menghargai dan merindui,di kejauhan ini juga masih ada nilai yang saya kutip dari seorang yang bernama abah,saya akui agak jarang berbual lewat telefon bersama abah,tetapi daripada itu jugalah membuatkan saya kagum dengan abah,kalau mungkin sahabat-sahabat lain soalan yang pertama diajukan bila berbicara adalah tentang duit belanja,yang lainnya pula makan minumnya,tapi abah saya masih tidak jemu bertanya akan hal solat anaknya,saya malah bangga punya abah seperti itu,sememangnya kita digalakkan untuk ingat memperingatkan dalam soal kebaikkan. Dan abah masih tidak jemu bertanya perihal solat anak-anaknya walaupun semuanya sudah besar panjang,manakan tidak,puteri sulungnya juga sudah 23 tahun,semua sudah tahu berfikir,sudah tahu menilai,tapi kewajipan yang satu itu tetap ada yang mengingatkan,tak lupa juga ummi yang selama ini menjadi pembantu abah dalam mendidik kami.Sungguh pengorbanan kalian amatlah bermakna buat kami.

Doa saya sempena hari bapa ini khususnya buat abah,semoga syurga firdausi menjadi milikmu.Terima kasih kerana telah mendidik dan membesarkan kami."Terima Kasih Abah."

Terima Kasih Allah kerana telah menganugerahkan abah buat kami,
Terima kasih Mek n Chek* kerana telah melahirkan abah buat kami,
Terima Kasih Ummi Abah kerana telah melahirkan kami.
Terima Kasih untuk segala galanya!

___________________________________

*How Kelantanese call their grandma and grandpa  (most of them) eheh.