Followers

Saturday 15 June 2013

Selamat hari bapa,Abah!

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt..

Terasa terpanggil untuk berkongsi tentang seorang yang sangat hebat dalam hidup saya,dan saya percaya seluruh ahli keluarga yang lain juga.Dialah hero kami dan dia sememangnya diciptakan untuk menjadi yang hebat.Saya percaya tiap-tiap orang itu diciptakan sememangnya mempunyai kisah yang berbeza,suka dan duka yang berbeza,begitu juga saya,ya saya bersyukur,hingga saat ini,saya masih lagi punya abah,abah yang sangat hebat,abah yang sangat kuat semangatnya,untuk kami! Alhamdulillah ALLAH atas pinjaman yang sangat bernilai bahkan amat bermakna ini.

Terima kasih abah kerana hadir dalam hidup kami,engkau sememangnya telah banyak mengajar kami,mengajar kami segala-galanya.Terima kasih juga kerana telah mentarbiah kami,mengajar kami halal haram,mengambarkan kepada kami pedihnya azab neraka dengan menyuruh kami mengikut segala perintahNya,sememangnya untuk menceritakan yang benar itu bukan mudah,bahkan sangat payah! tengok sahaja realiti hari ini,seorang ayah seolah olah tiada kuasa untuk menegur anak anak mereka supaya mengikut akhlak al-quran! tapi itu bukan abah,sememangnya tidak keterlaluan untuk saya katakan abah sudah berjaya,berjaya membentuk akhlak kami,setakat ini! tinggal saja kami,adakah kami mampu untuk terus mengekalkan apa yang telah abah ingatkan itu!

Saya rasa tidak keterlaluan untuk saya katakan,abah saya bukan seperti ayah-ayah yang lain,kerana hebatnya dalam menempuh satu persatu ujian kehidupan.Masakan tidak,disaat kami enam beradik masih belum mengenal erti kesusahan,kami diuji,abah diuji dengan nikmat kesihatannya ditarik buat seketika,sememangnya ujian itu bukan mudah,ia sungguh berat,abah diuji dengan masalah jantungnya yang kesekian kalinya perlu dibedah! berat mata memandang berat lagi bahu abah dan ummi yang memikul,disaat kami semua masih sangat kanak-kanak,ALLAH telah takdirkan ujian itu supaya kami hadapi.Tetapi perjuangan abah bukan terhenti setakat itu,Alhamdulillah,ALLAH izinkan untuk kami bersama lagi setelah didatangkan kami ujian,sebelumnya.

Usrati :)


Dan kerana kesempatan dan peluang itulah saya adalah saya pada hari ini,dan kami,adalah kami pada hari ini.Sememangnya didikan acuan al-quran itu lah yang telah membawa kami lebih mengenal pencipta,abah sememangnya seorang yang biasa yang mempunyai ketegasan yang luar biasa dalam hal berkaitan dengan agama ALLAH.Dan saya sebagai puteri keduanya secara peribadi sangat kagum dengan abah,dalam keletihan mencari sesuap nasi buat kami,di pertiga malamnya masih sempat sujud mengadap ilahi,diwaktu pagi yang terkejar-kejar itu masih sempat ber'dhuha dua rakaat,dalam kesibukkannya menguruskan hal hal duniawi,kewajipan lima waktunya masih lagi sempat dikerjakan berjemaah dimasjid.Itu lah dia insan yang bertanggungjawab mentarbiah kami!

Sememangnya tugas seorang yang bernama ayah itu bukan senang,maka jalankan amanah yang diberikan itu semaksima yang mungkin,dan tanggungjawabnya juga bukan mudah,merekalah yang "menanggung" segala galanya didunia yang sementara ini,dan mereka jualah yang dipertanggungjawabkan untuk "menjawab" di akhirat kelak.Demi ALLAH saya sebagai anak tidak sanggup untuk membiarkan barang secebis dari bara-bara api neraka jahannam itu hinggap ke tubuh abah saya! demi ALLAH!.

 Wahai anak,usahlah kamu terlalu ghairah untuk mengejar dunia sehingga kamu lupa akan akhirat yang selama lamanya,janganlah disebabkan kamu,insan yang bernama ayah ini terpaksa menanggung siksa api neraka yang amat pedih itu.Ya untuk mengaku kamu sayang mereka amat mudah,tapi sejauh mana kamu mempraktikkan dan menzahirkan erti kasih dan sayang itu?,tidak cukup untuk kamu mengucapkan "i love u" untuk menggambarkan sayangnya kamu pada mereka,jika benar kamu sayang mereka,berusahalah sehabis baik untuk menghindarkan mereka dari api neraka,itulah yang dinamakan kasih sayang yang selamanya,dan bukan sekadar sayang dibibir mulut.

Apa ada pada sayang jika aurat masih terbuka,
Apa ada pada kasih andai akhlak tak ambil kira,
Apa ada pada cinta andai perasaan mereka tak dijaga,

21 tahun yang dipinjamkan ini sememangnya banyak mengajar saya erti realiti sebuah kehidupan,jarak yang memisahkan ini benar benar membuatkan saya lebih menghargai dan merindui,di kejauhan ini juga masih ada nilai yang saya kutip dari seorang yang bernama abah,saya akui agak jarang berbual lewat telefon bersama abah,tetapi daripada itu jugalah membuatkan saya kagum dengan abah,kalau mungkin sahabat-sahabat lain soalan yang pertama diajukan bila berbicara adalah tentang duit belanja,yang lainnya pula makan minumnya,tapi abah saya masih tidak jemu bertanya akan hal solat anaknya,saya malah bangga punya abah seperti itu,sememangnya kita digalakkan untuk ingat memperingatkan dalam soal kebaikkan. Dan abah masih tidak jemu bertanya perihal solat anak-anaknya walaupun semuanya sudah besar panjang,manakan tidak,puteri sulungnya juga sudah 23 tahun,semua sudah tahu berfikir,sudah tahu menilai,tapi kewajipan yang satu itu tetap ada yang mengingatkan,tak lupa juga ummi yang selama ini menjadi pembantu abah dalam mendidik kami.Sungguh pengorbanan kalian amatlah bermakna buat kami.

Doa saya sempena hari bapa ini khususnya buat abah,semoga syurga firdausi menjadi milikmu.Terima kasih kerana telah mendidik dan membesarkan kami."Terima Kasih Abah."

Terima Kasih Allah kerana telah menganugerahkan abah buat kami,
Terima kasih Mek n Chek* kerana telah melahirkan abah buat kami,
Terima Kasih Ummi Abah kerana telah melahirkan kami.
Terima Kasih untuk segala galanya!

___________________________________

*How Kelantanese call their grandma and grandpa  (most of them) eheh.

Tuesday 11 June 2013

Wordless Wednesday #4


Maka Bertambahlah Usiamu ~ Jannah

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

      Aku sendiri pun tidak pasti,bicara yang bagaimana aku harus mulakan untuk menceritakan tentang seseorang yang istimewa ini.Kesayuan terasa,saat mula mengetuk kekunci-kekunci keyboard ini.Kepiluan mula menerjah memikirkan bait-bait yang ingin disusun.Kesedihan menerobos jiwa saat memikirkan kronologi yang sedari dulu,bertahun lamanya kami lalui bersama.Kini semuanya masih seperti dulu,aku adalah aku dan dia akan selamanya dia,aku kenal baik buruk dia dan dia juga,tahu kuat lemah aku.Saat ini,aku sudah kenal,duka deritanya,suka gembiranya.Saat ini juga aku mengerti,apa dalam hatinya,walau tidak terluah,begitu juga dia.

          Sungguh lapan tahun bukan satu tempoh yang sekejap,tidak juga lama.Tapi yang pasti,lapan tahun itu telah mengajar aku segalanya,telah merubahku tentang banyak perkara.Dan lapan tahun yang kami lalui itu,sungguh bukan kegembiraan dan keseronokan semata hari hari yang telah kami lalui.Kerana lapan tahun itu juga,tidak gampang untuk  kamu menilai kami,itu dan ini.Lapan tahun itu juga lah yang telah melengkapkan kami,sungguh sangat banyak perbezaan antara kami,tapi perbezaan itulah yang membuatkan kami serasi bersama.Sungguh saya bukanlah yang sempurna buatnya,terlalu banyak kekurangan dan kelemahan diri,kerana dia juga punya kelemahan,kami sama-sama punya kelemahan,membuatkan ikatan ini makin kuat,makin utuh seiring waktu yang kian kedepan dari hari ke hari.



Bersahabat hingga ke JANNAH insyALLAH :)

     
      Segalanya kami telah lalui bersama,dan kami sangat sedar bahawa bukan semua orang menyenangi kami,tidak semua orang menyenangi persahabatan kami.Tapi,kami mahu mereka tahu bahawa gelak tawa kami itu bukan setiap masa,suka kami itu bukan sentiasa,ada waktunya kami bersedih,ada masanya kami berduka,kerana masalah saya adalah masaalah dia,dan masalah dia adalah masalah saya.Kami pernah merasa segala,dicemuh saat kami bergelak tawa,dibenci saat kami bersuka.Ada masa kami bahagia,ada masa juga kami berduka.

        Di kesempatan ini,aku sebagai sahabatmu ingin mengucapakan selamat hari ulangtahun kelahiran yang ke 21,semoga segala apa yang diimpikan akan menjadi milikmu,semoga ALLAH redha dengan apa yang telah kamu lakukan,dan semoga ALLAH sentiasa meredhai kita.Ingatlah bahawa ALLAH tidak akan menguji hambanya dengan ujian yang tidak mampu mereka tanggung dan redha lah dengan segala apa yang telah DIA takdirkan samada,kesenangan mahupun kesusahan.Serta yakinlah setiap kesusahan itu pasti akan disusuli dengan kesenangan,seperti yang telah tercatit indah dalam kalamNya.Anggaplah segala ujian dan kesusahan itu sebagai ukuran kepada kesetiaanmu kepadaNya,dan ianya untuk lebih mematangkan dirimu sebagai seorang muslimah solehah.






        Anggaplah segala masalah itu sebagai wasilah untuk kita lebih mengenal pencipta kita,supaya kita lebih kenal diri kita serta kelemahan dan keburukkan kita untuk kita sama-sama perbaiki,kerana kita sebagai manusia sememangnya tidak sempurna dan tidak akan pernah sempurna,dan ingatlah jua mereka yang tidak menyenangi kita juga tidak sempurna,tapi anggaplah seolah-olah ALLAH lebih menampakkan kelemahan kita dimata mereka supaya kita boleh perbaiki diri kita,supaya kita boleh bermuhasabah dan bertaubat atas dosa-dosa lampau kita.

     Engkau sememangnya seorang sahabat yang kuat! demi ALLAH seandainya aku berada di tempatmu belum tentu aku sekuat itu,setelah pelbagai masalah datang dan pergi tanpa ada rasa segan sedikitpun ia menyinggah padamu,tetapi maha kuasa ALLAH yang telah menyembunyikan segala kesedihanmu bila berhadapan dengan orang ramai,membuatkanmu seperti tidak ada apa yang terjadi . Tetapi ingatlah di saat kamu gundah memikirkan masalahmu,masih ramai insan yang lebih terseksa derita dengan mehnah mereka. Ya,sungguh untuk aku berkata "sabarlah wahai sahabatku" ,sangat-sangat senang,bahkan amat mudah,berbanding bahumu yang terus menerus memikul bebananya,tetapi sungguh,kalbuku berteriak,andai ada lagi kalimah yang lebih indah,yang lebih tepat untuk aku menyenangkan jiwa gundahmu itu,akanku susun bait-bait yang lebih indah untuk membuatkan jiwamu lebih tenteram.



       Akhir kata dari sahabatmu yang fakir ini,semoga ukhuwwah yang telah lama terbina ini akan selamanya subur mekar umpama kuntuman nailofar di taman syurga,maafkanlah diriku atas segala salah dan silap yang selama ini secara sengaja atau tidak,atau secara langsung atau tidak telah mengguris hati nuranimu,sungguh aku tidak sempurna,masih bergelumang dengan dosa-dosa dan maksiat.Permintaanku buat mu sempena hari lahirmu yang ke 21 ini,doakanlah semoga sahabatmu ini terus diberi kekuatan dan diampunkan segala dosa oleh ALLAH. Harapanku juga,semoga kita juga akan terus thabat di jalan ALLAH,menjadi penyambung mata rantai perjuangan sahabiah terdahulu juga dapat mengambil inspirasi daripada Nusaibah bt Kaab yang tidak terkata keberaniannya dalam mempertahankan Kekasih ALLAH Nabi Muhammad s.a.w,juga sekuat bidadari besi,Khaulah Al-Azwar di dalam perjuangannya.Dan semoga kita juga akan sanggup berkorban  seperti hebatnya pengorbanan Saidatina Khadijah sosok peribadi yang sungguh mulia yang telah mewasiatkan kepada Rasulullah supaya tulang belulangnya diinfakkan kepada perjuangan ISLAM setelah kematiannya,antara salah satu daripada pengorbanan bidadari syurga ini.

Uhibbuki fillah ;)
terimalah puisi dariku yang hentahpape

She like green,and blue I'm
She like chocolate,and I'm not
She love sweet,but I'm deadly not
So much differences between us we can't deny,but
So much interest we share it together
I love robe,and it is same goes to her
Laugh and laugh every time every where..
Tears fall around when the sad is coming
Story mory   sessions we always take a grab
Almost eight years we are together,indeed!
Sweet and sour we share it already..


Gambar Kenangan 2005-To present ~



latest


time spm09 :)


zaman sekolah




@ sekolah lama



rajin nau,kami dulu-dulu hee



<3



we are volunteers ..yeah!



orientation week@USIM



koir bak hang!



@ walimah ustazah



<3 <3 <3

:)






Happy Birthday to you



nota berkaki :

p/s: malu,coz i'm not talented as u are,in writing n whatsoever  -.-"  btw, happy birthday some more..

Sunday 9 June 2013

Fourth Final Exam

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Wahh sempat pulak update blog kan walaupun dah counting hours,no more counting days. Harapan yang menggunung tinggi supaya saya dapat menjawab dengan tenang,i.ALLAH,doa ummi dan abah sentiasa mengiringi anakndanya yang jauh dimata ini. Buat sahabat-sahabat jugak,stay strong and cool,semoga dapat menjawab exam dengan tenang. Maafkan segala salah dan silap saya sepanjang perkenalan kita. Semoga ALLAH redha dengan kita semua :)



stay strong!!!
p/s: Ilah,dah dah la study,tido jom~

Travelog - Menghayati Alam CiptaanNya

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Oh berhabuk sudaa blog ni. By the way,masih sempat update blog walaupun didalam fatrah study week,actually dah habis dah pun,esok dah start first paper,fuhh..tapi rasa macam nak update blog jugak.Ape  aku kesah kan.huhu

Nak ceritanya walaupun time study week sempat lagi tau kami geng geng rumah sewa ni berlibur,konon kononnya nak melepaskan stress la,walaupun tak study ape pon lagi.hee.So pada pagi rabu yang lepas kami bertujuh selamat berlibur di Sungai Tekala yang terletak di Semenyih Selangor.Dekat je pon dari Nilai nih.tak sampai sejam pun.Tapi walaupun dekat,ok lah kan memandangkan it is my first time there,and also my first time jugak berendam dalam air camgitu,kalau sebelumni berendam dalam air banjir je lah,tak pun pantai,al maklum lah,kat rumah tiap-tiap tahun banjir.Tapi lama sangat dah tak berendam dalam air banjir,pantai and so on,dah besar panjang ni takkanlah nak berendam lagi kan,dapat bayangkan tak macamana kalau i berendam dalam air banjir depan rumah ? huhu,tak payah bayanglah,buat susah susah je.

Rasa macam malas pulak nak taip panjang panjang ni.Bagi sape sape yang tak pernah sampai lagi ke Sungai Tekala ni bolehlah singgah dan merasai sendiri kesejukkan airnya dan sambil sambil tu,merenungi dan menghayati keindahan ciptaan tuhan yang maha hebat ini.

Gambar-gambar Keindahan kami Alam :-

Indah kan,say ALLAHuakbar..tq ALLAH :)

port kami dari jauh

mata merenung alam,hati merenung tuhan

ketiabaan vip

menyiapkan juadah berbuka

usaha-usaha menyalakan api giat diajalankan


budak baju merah kesejukkan..hee

bahan bakar

makan-makan dalam air

puteri sedang bersiram

bestnye berendam!

kemain lagi depa

buli ke hape ni?

besttt*kata jannah

keindahan alam..lagi

ada orang nak curi makanan saya  >.<

p/s: takde gambar menarik pon..itu je yang mampu