Followers

Friday 12 October 2012

Intipati Bajet 2013


 Assalamualaikum wbt...

* Peruntukan RM251.6 bilion bagi melaksanakan semua langkah, program dan projek pembangunan.

* RM201.9 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi peruntukkan 
pembangunan.

* RM58.6 bilion diperuntukkan bagi Emolumen dan RM33.7 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan.

* RM30 bilion diperuntukkan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur 
perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar

* RM11.1 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.

* RM4.6 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM2 bilion bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

* Kerajaan akan terus memperhebat pelaksanaan 12 Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) negara.

* RM3 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan Projek Permulaan, termasuk RM1.5 bilion bagi projek pertanian seperti kelapa sawit, getah, herba bernilai tinggi dan padi.

* RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.

* Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.

* Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.

* SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.

* Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.

* Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.

* Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.

* Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.

* Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

 
 
Beberapa minggu yang lalu Perdana Menteri Malaysia Datuk  Seri Najib Tun Abdul Razak telah membentangkan bajet 2013.Ia sekali gus memberi jawapan kepada rakyat Malaysia yang selama ini tertanya-tanya akan kemunculan bajet 2013 dan apa yang lebih penting isi kandungan atau intipati daripada bajet 2013 yang akan dibentangkan nanti.Dan adakah bajet yang akan dibentangkan nanti akan memberi manfaat kepada rakyat jelata atau sebaliknya.Setelah dibentangkan bajet 2013 oleh Datuk seri Najib,pelbagai spekulasi dan polemik timbul disebabkan pelbagai kepincangan dan sesetengah intipati daripada bajet ini yang dianggap tidak rasional oleh pihak-pihak tertentu.

Walaubagaimanapun kita sebagai rakyat Malaysia yang bertamadun haruslah mengkaji dan menilai sendiri sejauhmana kepincangan dan ketidakrasionalan ini berlaku,kita sama sekali tidak boleh mendengar dari satu pihak sahaja,jika dikatakan tidak rasional,mengapa dan jika ya,mengapa? Jawapan itu yang harus kita cari dan kaji supaya tidak dikatakan pak turut yang mengikut apa sahaja telunjuk pihak-pihak tertentu yang ingin memperbodohkan kita.

Bagi pendapat saya secara peribadi mewakili rakyat bawahan serta mahasiswi,saya berpendapat bahawa bajet 2013 adalah semata-mata bajet pilihanraya yang ingin mengaburi mata rakyat terhadap kelemahan dan kepincangan dalam pentadbiran mereka selama 55 tahun merdeka.Tidak keterlaluan juga jika saya nyatakan disini bahawa bajet 2013 adalah semata-mata demi survival politik kotor pihak-pihak tertentu.

Jika terdahulu saya katakan ia adalah sesuatu kepincangan,maka sekarang saya nyatakan beberapa hujah bagi menguatkan tuduhan tersebut.Jika kita amati secara kasar,saya tidak menafikan bahawa berjuta-juta malahan berbilion-bilion peruntukkan yang dikhaskan untuk rakyat bawahan termasuklah pelajar-pelajar.Tetapi adakah ia akan mengalir pada saluran yang betul? Itu yang menjadi persoalannya.

Sebagai contoh BR1M,peruntukkan one-off yang diperuntukkan sebanyak RM 500 kepada golongan yang kurang berkemampuan dan sebelum ini masyarakat kampung merupakan sasaran pengagihannya.Dalam keseronokkan menerima RM 500 tersebut,sememangnya kita tidak sedar bahawa hutang kerajaan sedang semakin hari semakin meningkat hasil daripada ketidakcekapan pengurusan ekonomi oleh pihak yang bertanggungjawab.

Seterusnya,penurunan sebanyak 50% peruntukkan kepada kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) iaitu sebanyak RM 2,118,519,100 berbanding pada tahun 2012 sebanyak RM 4,581,995,99.Perkara ini telah terang lagi bersuluh menunjukkan kerajaan tidak begitu serius dalam membangunkan institusi pendidikan yang menjadi teras kepada kemajuan dan aset terpenting bagi menghasilkan golongan cerdik pandai yang pada masa akan datang bakal menjadi pemimpin dan pentadbir kepada negara Malaysia yang kita cintai.

Jika dikatakan wanita merupakan aset penting kepada sesebuah negara atau organisasi,seharusnya golongan ini dibela dengan sebaik baik pembelaan termasuklah dari segi projek pembinaan wanita khususnya,kepada golongan yang perlu diberi perhatian contohnya golongan ibu tunggal atau  yang memerlukan pembelaan.Seperti yang kita sedia maklum bajet 2013 yang lalu telah mencatatkan peruntukkan sebanyak RM 50 juta dibawah peruntukkan projek pembangunan wanita berbanding RM 1.2 billion peruntukkan kepada pra sekolah satu lagi bukti kepincangan dan peruntukkan yang tidak rasional.Kita tidak menafikan bahawa projek untuk membangunkan anak-anak di pra sekolah ini tidak penting,tetapi adakah rasional jika peruntukkan untuk anak-anak kecil ini lebih berganda dari peruntukkan kepada projek pembangunan wanita.Satu persoalan yang seharusnya kita kaji dan telusuri dengan lebih mendalam.

Antara intipati-intipati daripada bajet 2013 yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib juga ada menyebut tentang penarikkan subsidi gula sebanyak 20 sen yang menjadikan harga barang keperlaun harian itu naik sebanyak 20 sen menjadikannya RM 2.50 berbanding RM 2.30 sebelum ini.Hal ini sekali gus menjadi tamparan yang hebat kepada rakyat khususnya golongan peniaga kecil yang menggunakan gula sebagai salah satu daripada bahan penting bagi meneruskan perniagaan mereka.Hal ini sekaligus menyebabkan mereka terpaksa menaikkan harga produk mereka supaya tidak terbeban dengan kenaikkan harga barang keperlaun harian tersebut.

Dalam keghairahan menerima berita gembira tentang bajet 2013 ini yang keseluruhannya sebanyak RM 251.6 billion berserta perbelanjaan mengurus adalah sebanyak RM 201.9 billion dan peruntukkan pembangunan sebanyak RM 49.7 billion kita tidak sedar bahawa kerajaan juga sedang merancang sesuatu yang akan memberi keuntungan kepada mereka.Penjawat awam juga antara golongan yang mampu tersenyum tatkala diumumkan bonus sebanyak 1 bulan setengah gaji(Raya,Disember dan Januari).Tetapi adakah mereka masih mampu tersenyum apabila diperkenalkan dengan sistem AES yang akan diperkuatkuasa didalam negara kita?.Ini merupakan salah satu daripada strategi meraka untuk mendapatkan kembali duit setelah mengumumkan berbillion billion peruntukkan kepada rakyat.

Pandangan ini sama sekali tidak berkait atau condong kearah mana-mana parti politik atau individu tertentu sebaliknya merupakan sepicis pendapat atau pandangan individu yang menyedari akan kepincangan didalam pengumuman perbentangan bajet 2013 yang lalu.Diharapkan agar kita sama-sama dapat berfikir dan bertindak dengan sewajarnya diatas kepincangan yang berlaku ini.

Wassalam..

 P/s: Terhasil disebabkan di'paksa' rela buat task :) ..ada salah tlog tnjukkan ye,mklumlah i'm not an economist nor politician,ada salah silap biasa lah bila bukan yg selayaknya or pakar yg memberi pendapat..

No comments:

Post a Comment