Followers

Friday 18 January 2013

Kasihilah..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..




subhanALLAH..comel kan.
Kali ini tertarik saya untuk menceritakan satu kisah tentang gambar diatas iaitu kucing.Kisah yang nak saya ceritakan ni actually was happened to me dalam 2 hari lepas.Nak dijadikan cerita,semenjak pulang ke kampung ni mostly masa saya dihabiskan ditempat yang paling seronok iaitu dapur.hehe seronok kan?.okay,back to the story,ketika saya sibuk dan ligat kehulu kehilir ketika memasak  tu,datanglah tiga ekor kucing nak tolong saya masak dan sekaligus menyibukkan diri mereka,masa tu memang terganggu lah sikit kerja masak memasak saya tu,ye lah bila dah sama-sama mengikut rentak kesibukan saya kehulu kehilir sampai nak terpijak dan memang dah terpijak dah pon hehe.tak sengaja yea.Memandangkan ada lauk lebihan yang sebelum tu,so saya panggil lah kucing kucing tu untuk beri mereka makan.Ikutlah dua ekor kucing(sekor lagi tak tau pegi mana masa tu) tu sehingga samapai ke luar rumah.Lepas tu pelik pulak mereka berdua tu sebab tak terus makan,mengiau-ngiau seolah olah memanggil seseorang,lepas tu baru saya sedar,seekor lagi kucing tu tak ada.Ya ALLAH sayu nya rasa bila tengok kucing-kucing tu,binatang pun ada perasaan,ada kasih sayang,ada belas kasihan.Padahal boleh je kalau mereka nak makan dulu tanpa menunggu kucing yang seekor lagi tu,tapi dengan kasih sayang yang ALLAH campakkan pada mereka,tak sanggup mereka makan dalam keadaan ada diantara mereka yang kelaparan.Ibrah terbesar yang boleh dikutip dari peristiwa yang mungkin bagi orang lain tidak ada apa-apa pun adalah kita sebagai manusia haruslah ada rasa kasih diantara manusia lain dan seboleh bolehnya jauhkan diri kita dari sifat pentingkan diri dan sebagainya.


p/s:mereka juga makhluk ALLAH seperti kita,kasihanilah mereka.

2 comments:

  1. menarik!! n trharu pom ade..

    *drp pncinta kucing*

    ReplyDelete
  2. yang tngok dpn mata lagi la..ya ALLAH sayu sngt mse kjadian tu mimie,wlaupun xsuka kucing..tiba2 sebak*drama btol!hehe

    ReplyDelete