Assalamualaikum wbt..
Seperti post title yang tertera diatas,entry kali ni ingin saya ceritakan sedikit sebanyak perihal misi gelandangan yang telah saya sertai semalam.Sebenarnya misi ini kami semua sertai demi untuk memenuhi tuntutan subjek yang kami ambil pada semester ini iaitu semester 4.Nak dijadikan cerita,misi ini telah kami rancang beberapa minggu yang lalu,setelah pelbagai rintangan lah sangat yang kami tempuhi termasuklah terpaksa dipostpone about 2 weeks maka semalam,tertunai sudah hasrat dan hajat kami untuk turun ke lapangan.
Disebabkan most of us takde pengalaman even once,so semua memang sangat-sangat teruja dan tak dinafikan at the begining memang cuak sikit bila En Muhammad bagi briefing dan diceritakan tentang kes-kes yang pernah berlaku sebelum ni,sebab sebelum tu ada daripada volunteers yang pernah kena kejar dengan parang,ada yang pernah kena pau dan sebagainya.En Muhammad adalah merangkap salah seorang volunteer daripada pertubuhan oranisasi Kindness,panjang ceritanya kalau nak diceritakan tentang organisasi Kindness ni,so bagi siapa-siapa yang nak tahu tentang lebih lanjut mengenai Kindness ni,bolehlah menjenguk ke fb page Kindness.my segala informasi tentang aktiviti mereka akan diupdate dari semasa ke semasa dan bagi siapa yang ingin menyumbang juga dialu-alukan.Semoga rezeki anda lebih murah dan diberkati. :)
Saya pun malas nak menaip pepanjang jadi,silalah menengok gambar-gambar yang telah saya tampal ini..hehe
dari kiri:Uncle monyet,En Amir,En Muhammad (lecturer kami) |
rombongan dari UM dan USIM |
makanan yang akan diagihkan |
rombongan dr UM sedang menunggu rombongan kami |
Group kami :) |
Lepas mission accomplished di Jalan Puduraya,around 3.00 am,sempat lagi kami singgah minum dan jadi kutu rayau kat KL,can u imagine,masing2 galak membuat gaya bajet comel depan KLCC at 4.00 am? dah la majoritinya perempuan..hoho..nantikan entry gambar bajet comel depan KLCC tu nanti.Tu pon kalu ada masa..hoho
P/s: Memandangkan masing2 dah fall in love in volunteering the homeless,rasa2nya boleh organize lagi next time..anyone? hehe.
Frust tak boleh nak copy print screen testimoni keterujaan kawan-kawan dalam ni! haha
No comments:
Post a Comment