#Subjek untuk Semester depan (4).
1) Fiqh Ibadat dan Munakahat :2jam kredit-B.arab
2) Akhlak dan Tasawwuf :2 jam kredit-b.rab
3) Pemikiran kreatif dan penyelesaian :2jam krdit-bi
4) Metodologi penyelidikan :2jam krdit-bi
5) Islam dan Isu-isu semasa :3jam krdt-bi/ba
6) Penjanaan dan Pngurusan kewangan :3jam krdt-bi
7) Komunikasi dan Jaringan :3jam krdt-bi/ba
8) Pengurusan sumber manusia :3 jam krdt-bi
p/s: Semoga ALLah permudahkan segalanya.
Rabbi yassir wala tu'assir.Robbuna yusahhil..
Followers
Sunday, 20 January 2013
Semester 4
"ITU"
Tidak bicara dan membicarakan ‘itu’,
Bukan kerana rahsia,bukan jua kerana sengketa,
Hari ini kau masih tersenyum,aku juga.
Dan harapnya esok kita masih begini.
Masih seorang teman.
Masih seorang sahabat.
Masih boleh …
kongsi rasa.
Kongsi duka.
Kongsi kecewa
Juga kongsi suka dan tawa.
Dan moga ALLAH sentiasa jaga kita.
Jaga kamu sahabatku!
Sayang kamu kerana ALLAH.
Hanya kerana DIA.
Moga didepan hari nanti
Tiada sengketa antara kita.
Kerana kita masih sahabat!
Bersahabat kerana DIA.
Moga engkau mengerti wahai sahabat.
Pergiku bukan suka-suka.
Bukan juga sia-sia.
Pergi dalam duka.
Walau tidak aku zahirkan
Sungguh pedih kepergian ku ini.
Tapi tak perlu aku zahirkan.
Kerna ini takdirNya.
Ini takdir kita!!
Moga engkau dan aku.
Kita sama-sama.
Sama-sama redha!
Ingatlah wahai sahabatku..
Sahabat sejati itu
umpama…
Untaian tasbih,ada awal
Tiada penghujungnya.
Kuharap kita jua begitu,
Persis untaian tasbih.
Perpisahan kita
Bukanlah jauh beribu batu
Bukan juga beribu tahun lama
Hanya perpisahan dunia
Anggaplah engkau diatas
Aku dibawah
Kita selalu bersua
Juga akan selalu ketawa
Ketawa bersama!
Harapnya engkau masih sudi
Walaupun singgahsana kita sudah terpisah
Terpisah dek jarak
Tapi hati kita masih satu.
Aku harap ‘itu’ bukan pemisah antara kita
Tapi penghubung kita!
Akan lebih mendekatkan kita.
Kerana engkau sahabat ku.
Sahabat kerana ALLAH.
Labels:
dari hati sanubari
Location:
Tumpat, Kelantan, Malaysia
Saturday, 19 January 2013
Segmen :Jom Tambah Follower Sebanyak Yang Mampu
ALHAMDULILLAH.
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.
Setelah tiga hari terlantar kesakitan,hari ini pulih sudah ummiku,syukur pada ALLAH.Sesungguhnya terlalu banyak ibrah yang telah aku kutip dari apa yang terjadi ini.ALLAH adalah sebaik-baik perancang,aku yakin dan percaya di balik ini akan munculnya hikmah yang cukup besar.Harapan ynag menggunung tinggi agar esoknya ummi akan lebih sihat dari hari ini dan sebelumnya.Hanya pada ALLAH tempat untuk meminta dan memohon.Sesakit mana pun ummi,tak pernah makan minum kami dia abaikan,dalam keadaan terlantar begitu,masih mahu bertanya perihal kami,ummi yang sakit itu bertanya akan makan minum kami ber enam yang masih sihat dan mampu ini.Betapa besarnya kasih sayang mu buat kami ummi,sesungguhnya kami hargai setiap kebaikanmu buat kami.Hanya doa yang mampu dititipkan selain dari berbakti buat mereka selagi masih bernyawa dibumi ALLAH ini.
sememangnya kasih ibu memang sentiasa kita terima, namun kasih kita pada ibu...... nilailah sendiri,kalau hebat pun takkan sehebat kasih ibu pada kita.............. |
Friday, 18 January 2013
Kasihilah..
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..
Assalamualaikum wbt..
subhanALLAH..comel kan. |
Kali ini tertarik saya untuk menceritakan satu kisah tentang gambar diatas iaitu kucing.Kisah yang nak saya ceritakan ni actually was happened to me dalam 2 hari lepas.Nak dijadikan cerita,semenjak pulang ke kampung ni mostly masa saya dihabiskan ditempat yang paling seronok iaitu dapur.hehe seronok kan?.okay,back to the story,ketika saya sibuk dan ligat kehulu kehilir ketika memasak tu,datanglah tiga ekor kucing nak tolong saya masak dan sekaligus menyibukkan diri mereka,masa tu memang terganggu lah sikit kerja masak memasak saya tu,ye lah bila dah sama-sama mengikut rentak kesibukan saya kehulu kehilir sampai nak terpijak dan memang dah terpijak dah pon hehe.tak sengaja yea.Memandangkan ada lauk lebihan yang sebelum tu,so saya panggil lah kucing kucing tu untuk beri mereka makan.Ikutlah dua ekor kucing(sekor lagi tak tau pegi mana masa tu) tu sehingga samapai ke luar rumah.Lepas tu pelik pulak mereka berdua tu sebab tak terus makan,mengiau-ngiau seolah olah memanggil seseorang,lepas tu baru saya sedar,seekor lagi kucing tu tak ada.Ya ALLAH sayu nya rasa bila tengok kucing-kucing tu,binatang pun ada perasaan,ada kasih sayang,ada belas kasihan.Padahal boleh je kalau mereka nak makan dulu tanpa menunggu kucing yang seekor lagi tu,tapi dengan kasih sayang yang ALLAH campakkan pada mereka,tak sanggup mereka makan dalam keadaan ada diantara mereka yang kelaparan.Ibrah terbesar yang boleh dikutip dari peristiwa yang mungkin bagi orang lain tidak ada apa-apa pun adalah kita sebagai manusia haruslah ada rasa kasih diantara manusia lain dan seboleh bolehnya jauhkan diri kita dari sifat pentingkan diri dan sebagainya.
p/s:mereka juga makhluk ALLAH seperti kita,kasihanilah mereka.
p/s:mereka juga makhluk ALLAH seperti kita,kasihanilah mereka.
Khabar Baru
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah,beberapa hari yang lalu,terima satu lagi khabar baru,sepupuku bakal menamatkan zaman bujangnya,tinggal kurang lebih seminggu saja lagi.Sempat 'menemuramah' beberapa hari yang lalu,persiapan hampir siap,majlis yang sangat sederhana,simple InsyaALLAH diberkati,pilihan orang tua,sebelum ini tak pernah bersua.Agak terkejut juga,bertunang sebulan sahaja,terus kahwin,betapa ALLAH permudahkan.Katanya berdebar menanti saat itu,tak pernah couple apatah lagi ber'dating' masih malu-malu bila bersua.Lidahnya beberapa kali berzikir,masih tidak percaya,semudah itu,secepat itu,betulkah aku sudah mau kahwin?.Kupujuk hatinya,InsyaALLAH,cinta selepas kahwin sangat indah walau aku tak punya pengalaman :) ..Buat sepupuku,Tidak mengapa walau majlismu tidak se'gah' orang lain,keberkatannya sudah terserlah,manakan tidak,dalam sebulan sahaja semuanya bakal berubah,kau yang dulunya solo,kesana kemari sendirian,bakal punya teman.ALLAH sudah mudahkan segalanya.Biarlah walau maskahwinmu bukan berjuta-juta,terimalah seadanya.Mahar yang sedikit itu lebih ALLAH berkati.Barakallahulakuma wa jama3a bainakuma fil khoir,dari sepupumu ini .. :)
p/s : Doakan sepupumu jua,moga kita semua beroleh redhaNya..
Location:
Tumpat, Kelantan, Malaysia
Wednesday, 16 January 2013
Monday, 14 January 2013
Segmen : Jom Tingkatkan Followers Sampai Lebam
Listen Listen Listen
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..
p/s: listen virus are spreading anywhere..
Assalamualaikum wbt..
Memandangkan virus listen telah tersebar dengan meluasnya di facebook,saya sebagai salah seorang mahasiswi terasa terpanggil untuk memberi pendapat serta pandangan mengenai isu yang masih lagi hangat diperkatakan ini.Sedih,kecewa,geram,marah dan terkilan silih berganti tatkala menonton video yang berdurasi 20 minit ++ itu.Paling terkilan melihat respon dari student-student yang berada dalam dewan ketika itu.Sungguh,bertepuk tangan dan bersorak itu sememangnya bukan cara yang bijak bagi seorang yang bergelar mahasiswa tatkala seorang sahabat mereka dipermalukan sebegitu rupa.
Berdasarkan pemerhatian saya mengenai respon terhadap isu ini,saya kira lebih ramai yang melemparkan respon yang negatif berbanding positif terutamanya kepada Presiden Suara Wanita 1 Malaysia merengkap ahli panel dalam forum tersebut.Sememangnya suara mahasiswa perlu didengar,perlu dinilai terlebih dahulu.Dengan memotong dan tidak memberikan ruang dan peluang untuk Bawani meneruskan kata katanya dengan cara yang sebegitu,jelas menunjukkan ketidakcerdikan beliau sebagai seorang yang mengaku sebagai seorang yang berpendidikan.
We are all Bawani.. |
Apa yang lebih memalukan lagi, Presiden SW1M ini seolah olah telah menonjolkan imej yang buruk bagi seorang yang mengaku beragama Islam.Sungguh Islam merupakan agama yang indah, mengajar kita supaya menghormati penganut agama lain selagi mana mereka tidak memudaratkan kita,bukan memalukan dan memperlakukan dengan cara sebegitu.Saya kira tidak perlu untuk saya ulas terlalu panjang mengenai isu ini memandangkan ramai telah maklum akan perkara ini.Masing masing punya pandangan tersendiri,punya persepsi tersendiri untuk menilai dan merespon akan isu ini.
p/s: listen virus are spreading anywhere..
Berbaktilah..
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah,setelah dua hari kembali ke kampung halaman,hari ni baru sempat nak update blog,biasa lah bila dah balik kampung ni,memang tak sempat nak bersosial dengan internet sangat,maklumlah bila automatically jadi full time housewife lah sangat kan ni buzy sikit lah.hehe.Dan bila balik kampung banyak lah benda-benda yang best termasuklah makan je memanjang,sebab memang dapat tugas kat dapur,memasak dan makan sekali ..huhu tunggu dan lihat lah nanti berapa kilo naik.Paling best setelah berbulan bulan teringin nak makan nasi kerabu,akhirnya pagi tadi tertunai jugak hajat yang dah sekian lama diluahkan pada sahabat-sahabat kat u.. :) ..nah sekeping gambar buat tatapan anda semua :)
The most famous food in kelantan. |
Segala puji hanya bagi ALLAH kerana masih lagi dikurniakan 'afiat dan kesempatan untuk menikmati hari-hari yang indah disamping keluarga tersayang di bumi tadahan wahyu ini.Segunung harapan untuk diri sendiri supaya terus istikomah berkhidmat pada umi abah sementara masih lagi diberi ruang dan peluang untuk berbakti pada mereka.Buat sahabat-sahabat dan yang paling penting buat diri saya sendiri selagi kita masih punya orang tua hargai dan hormatilah mereka kerana mereka sememangnya tiada galang gantinya.
Semalam adik yang kedua demam seperti biasa lah bila ada diantara kami yang demam,umi lah orang yang sangat memainkan peranan,suapkan makan,mandikan and so on.Alhamdulillah,pagi tadi adikku sudah sihat dan mampu ke sekolah.Petang tadi setelah pulang dari sekolah adik bongsuku pula merengek-rengek tak sedap badan.Demam juga, dan sekali lagi umi abah susah hati memikirkan anak bongsunya yang demam.Terdetik dihati,saat melihat umi abah sangat concern akan sakit demam kami.Adakah kami ber enam mampu menjaga dan menguruskan mereka dihari tua mereka nanti,andai waktu itu mereka sudah longlai,tak mampu berbuat apa-apa lagi,mampukah kami?.ALLAH.Besar sungguh jasa dan pengorbanan mereka.
Maka tidak hairanlah mengapa ALLAH tetapkan supaya tahap ketaatan kepada mereka adalah ditahap yang tertinggi setelah ALLAH dan rasulNya serta suami (Jika ada).Nasihat kepada anda serta peringatan buat diri sendiri,selagi kita masih punya orang tua,ketika masih diberi kesempatan dan ruang,sama-samalah kita hargai mereka,sayangi mereka,kasihi mereka kerana mereka sememangnya mengasihi kita tanpa syarat.Sekali lagi diulangi,sememangnya mereka mengasihi kita tanpa syarat !.
Akhir kata dari saya marilah kita sama-sama memuhasabah diri,sejauhmana kita menghargai ibubapa kita,sejauhmana pengorbanan kita terhadap mereka dibandingkan pengorbanan mereka terhadap kita.Hanya ALLAH yang mampu membalas segala perit lelah mereka dalam membesarkan,mendidik serta mentarbiah kita supaya menjadi insan yang berguna untuk agama ALLAH.Supaya kita semua berjaya bukan sahaja didunia,tetapi apa ayng lebih penting,kejayaan di akhirat yang kekal abadi.
yukk sentisa amalkan doa ni.. :) |
Peace to love ALLAH love MUHAMMAD..
p/s:Teringat waktu cuti sem lepas,saya batuk teruk.tiga empat hari batuk,waktu malam pulak tu teruknya.umi juga lah terpaksa bangun tiga empat pagi semata-mata nak sapukan minyak angin.<sayangummi>
Wednesday, 9 January 2013
Sunday, 6 January 2013
Segmen : Saya blogger dari negeri Kelantan
Assalamualaikum semua..
Saya blogger dari negeri Kelantan.Tanah Serendah Sekebun Bunga..
Saturday, 5 January 2013
Exam Mood
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah,segala puji pujian hanya bagi ALLAH diatas segala nikmat yang dikurniakan setiap saat dan detik ini terutamanya nikmat Iman dan Islam.Alhamdulillah juga kerana dalam ruang-ruang yang ada ini masih lagi saya diberikan keizinan olehNya untuk mencoret disini.Sekarang merupakan fatrah imtihan atau dalam kata lain musim peperiksaan buat pelajar-pelajar degree IPTA termasuklah penulis (baca:saya) .Oleh sebab itu,ruang-ruang yang ada memang seharusnya digunakan sebaik mungkin untuk menelaah pelajaran-pelajaran yang lepas serta untuk menambah ilmu baru dalam dada.
Baru-baru ini dan sampai ke hari ini 6 Januari 2013 USIM atau dalam kata lain tempat yang saya tumpang berteduh untuk belajar sekarang masih lagi hangat dengan isu gambar yang di'snap' dan siap diedit lalu dimuat naik ke laman facebook oleh satu skuad iaitu skuad fu yoh (skuad amar makruf la lebih kurang).Jadi saya sebagai salah seorang pelajar dari universiti yang dikenali sebagai institusi pengajian islam ini terpanggil untuk menyuarakan pendapat saya.
Jadi nak dijadikan cerita,gambar tu telah menceritakan bahawa pelajar-pelajar itu sedang berstudy group-lah mungkin,tetapi dalam keaadaan yang boleh dikatakan mencurigakan kerana pergaulan yang agak tidak dijaga disitu (kalau betul-betul jaga takkan skuad ni terjah kot).Seperti yang kita tahu Islam ni agama yang mudah serta indah,nak study group atau ber'group' discussion bercampur,boleh,tapi ada caranya.Contohnya,cuba tengok video nie:
Dan untuk menjaga,bukan susah kalau kita betul-betul rasa kita orang islam,kita kena ikut perintah ALLAH,tatacara islam,sebab Islam is the way of life,Islam bukan semata-mata solat,puasa,zakat sahaja,tetapi ia merangkumi cara hidup keseluruhan kita,kalau kita gagal ikut panduan tu maka gagal lah kita sebagai seorang Islam.
Berbalik kepada isu hangat yang telah dihangatkan oleh skuad fu yoh tadi,dan menjadi polemik khususnya dalam kalangan pelajar USIM sendiri,sebagai pelajar Islam dan berlatarbelakang dari sekolah agama,saya kira tak wajar ada yang membantah dan telah sekali lagi menghangatkan isu ini dengan mengatakan bahawa gambar ini telah memberi aib kepada pelajar berkenaan.Saya kira isu aib ini tidak boleh dijadikan isu,ada yang mengatakan bahawa "Nak berdakwah boleh,tapi guna cara yang betul dan jangan mengaibkan orang lain bla..bla..bla".
Sekali lagi sya tegaskan disini,isu aib tidak boleh dijadikan isu disini memandangkan yang terbabit ini juga merupakan pelajar islam dan semestinya mereka tahu hukum,tapi ingatlah matlamat tidak akan dapat menghalalkan cara.Berbalik kepada ada yang mengatakan bahawa method yang digunakan oleh skuad tu tidak wajar,jadi apakah cara yang lebih wajar?.Ramai yang menghentam,mengatakan itu dan ini,tapi tiada seorang pun yang datang mencadangkan apakah jalan yang sesuai untuk menyelesaikan sekaligus untuk 'merawat' barah yang kian parah ini.
Ya betul,dakwah ada caranya,dalam kes ini adakah wajar untuk kita semata-mata pergi dalam keadaan senyum dan menyatakan serta menerangkan hukum dan dalil kepada mereka,sedangkan mereka juga dari latarbelakang yang sama dengan kita,pelajar lepasan sekolah agama yang sememangnya tahu akan hukum hakam.Disini ingin saya sentuh tentang cara atau method dakwah,untuk berdakwah ini ada step atau peringkat-peringkat yang tertentu.
Sebagai contoh,suka untuk saya gunakan contoh ini kerana pensyarah saya beberapa kali menggunakan contoh ini sebagai salah satu contoh cara untuk berdakwah.Baiklah,jika datang seorang yang bukan beragama Islam pada anda atau mungkin sahabat atau kawan-kawan anda,dalam keadaan yang tidak menutup aurat,sebagai contoh,berskirt pendek dan sudah tentulah tidak bertudung.Jadi bagaimana cara yang sesuai untuk kita gunakan untuk diaplikasikan bagi situasi sebegini ?.
Sememangnya cara yang sesuai adalah dengan menasihati secara berhikmah,menerangkan dengan sebaik-baiknya kepada mereka memandangkan mereka langsung tidak faham akan perkara sebegini.Tapi jika seorang perempuan Islam datang kepada anda dalam keadaan sebegitu,adakah wajar anda menggunakan pendekatan yang sama,ya benar dalam islam ada konsep berdakwah secara berhikmah,iaitu "al hikmah wa mau'izotul hasanah" tetapi juga ada tempatnya.Pensyarah saya menyatakan bahawa,tak salah jika kita 'menegur' perempuan Islam itu dengan cara sedikit keras,mungkin menegur dengan menengking (tetapi tidak keterlaluan) kerana dia Islam dan sememangnya tahu,tak tutup aurat adalah satu dosa.
Begitu juga dalam kes ini,saya kira itu sudah cukup berhikmah,apa yang mengaibkan ?,even tak nampak muka pun kan,lepas tu tak mention pun student fakulti mana,nama apa.Jadi yang bersalah tu pandai-pandai lah terasa kan.Mungkin dengan sekali berlaku perkara seperti ini,pelajar-pelajar tadi tak akan buat dah apa yang mereka buat tu,dan student-student lain pun mungkin tak akan ulangi lagi kesilapan yang sama,learning from the others mistake.Cuba pandang dari sudut positif.Kita mahasiswa,sepatutnya masing-masing sudah matang dalam melontarkan hujah mahupun komen.Bukan menghentam secara membuta tuli.
jom jadi soleh solehah :) |
Dalam ramai-ramai yang mengutuk dan mengecam secara kencang tu,saya kira,lebih ramai yang bersetuju dan berterima kasih kepada yang terlibat dalam menjalankan misi ini.Kalau tak setuju,sekurang kurangnya datangkan satu jalan penyelesaian yang dirasakan sesuai dan releven,jangan semata-mata kencang dalam mengkritik.Tapi kosong untuk dipraktik.
Akhir kalam dari saya,post ini semata-mata pendapat dan pandangan dari insan yang lemah lagi banyak kekurangannya.Segala salah dan silap dalam melontarkan pandangan harap diampunkan.In Shaa ALLAH sama sama berkongsi ilmu.
Peace to love ALLAH love MUHAMMAD :)
Wassalam..
Labels:
Campus life
Location:
Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Tarbiah | Dakwah | Baitul Muslim
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..
Berkahwin.
Ia bukan masa untuk berehat dari tugas kekhalifahan. Kecuali bagi
orang-orang yang memandangnya sebagai buah yang menanti dipetik selepas
lama menjadi bujang, selepas lama berjuang. Kerana sesungguhnya
berkahwin dan berjihad menyebarkan risalahNya adalah seiring sejalan.
Usamah bin Zaid menjadi penglima Islam ketika usianya 18 tahun. Namun
sesungguhnya pada usia beliau 16 tahun beliau telah pun menikahi Fatimah
binti Qais. Begitu juga dengan seorang pemuda tampan, Mus'ab bin Umair.
Beliau menjadi duta pertama Islam ke Madinah setelah beliau menjadi
suami kepada Hamnah bint Jahsy ketika masih di Mekah. Kedua-dua sahabat
ini menjadi manusia hebat dalam
sejarah
selepas perkahwinan mereka. Kehidupan rumahtangga tidak melalaikan
mereka dengan tugas mencari rezeki untuk isteri dan anak-anak,
bahkan menjadikan mereka manusia yang sangat kental memperjuangkan
Islam. Mereka lebih mencintai Islam selepas pernikahan. Mereka lebih
laju memacu langkah merebut peluang mencari redha Allah. Contohilah
mereka, hayatilah rahsia rumahtangga yang menjadikan mereka luarbiasa.
Titiskanlah air mata andainya perkahwinan menghalang kita daripada
menjadi seperti Usamah bin Zaid dan Mus'ab bin Umair. Mari kita menangis
di hadapan Allah sekiranya perkahwinan melenakan manusia daripada tugas
menjadi khalifah dan berjihad di jalanNya...
Jika kemalasan
dan cintakan kerehatan telah merantai sebuah rumahtangga, jadi di
manakah keberkatan sebuah pernikahan yang sepatutnya kita raih?"
Moga Allah menemukan kami jodoh yang sentiasa kuat n istiqamah dalam
Dakwah n Tarbiyah..sungguh perkahwinan itu bukannya mudah..malah
memerlukan persediaan yg rapi dalam menjadi muslim terbaik
p/s:sumber,copy paste via fb..
Labels:
Tarbiah.Dakwah
Location:
Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Segmen - Tambah Trafik Tambah follower 2013
klik banner dan join! |
Blog A Muslimah Daie adalah blog seorang pelajar sepenuh masa di Universiti Sains Islam Malaysia.Juga merupakan seorang anak dan hamba ALLAH sepenuh masa.Blog ini diwujudkan untuk menyebarkan dakwah melalui penulisan dan sebagai medium belajar untuk lebih mantap dari segi penulisan dan tidak syak lagi blog www.hasrulhasan.com merupakan satu blog pendidikan buat blogger.
Tuesday, 1 January 2013
Doa.
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt..
sentiasalah berdoa. |
Esok exam.
Moga semuanya dipermudahkan.
Hanya mampu mintak pada ALLAH.
Tak lupa jugak restu ummi abah.
Usaha
Doa
Tawakkal
Redha
InsyaALLAH
ALLAH bantu.
Yakinlah pada ALLAH.
DIA sentiasa dengar rintihan kita.
Bantulah aku ya ALLAH.
Hanya padaMU tempat aku meminta.
Hanya padamu tempat aku merayu.
1:04 am
2/1/2013.
Labels:
dari hati sanubari
Location:
Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)