Followers

Sunday 12 August 2012

Wanita Pertama Masuk SYURGA

Salam Ramadhan Kareem...

Entri kali ni ingin saya kongsikan sedikit tentang kisah wanita pertama yang dipilih oleh ALLAH untuk menghuni syurganya..SubhanaLLAH,hebat kan,jika ditanya,siapa yang tidak mahu menjadi wanita pertama yang akan masuk syurga kan,sudah pasti semua di antara kita menginginkan dan menyimpan hasrat dan impian yang menggunung tinggi untuk menghuni syurga ALLAH yang kekal abadi lagi tiada tandingan itu..YA ALLAH sungguhpun aku bukan wanita pertama yang akan menghuni syurgamu,tetapi tempatkanlah aku,pilihlah aku dan saudara saudaraku  antara salah seorang daripada penghuni syurgaMU yang indah lagi kekal abadi itu YA ALLAH..haytilah kisah ini..

Suatu hari ,Rasulullah s.a.w memberitahu Fatimah bahawa dia bukanlah wanita pertama yang akan masuk ke syurga.Fatimah sangat sedih dengan perkhabaran itu dan cemburu kepada wanita tersebut.Fatimah tertanya tanya,apakah amalan wanita tersebut sehingga beliau layak menjadi wanita pertama yang akan masuk ke syurga? .Fatimah lantas bertanya kepada ayahndanya . Rasulullah tidak menjawab,sebaliknya berkata "Pergilah anakku kerumah wanita tersebut." Fatimah pun bersiap untuk pergi ke rumah wanita tersebut.Pada kali pertama kedatangannya ke rumah wanita yang bernama muti'ah,Fatimah tidak dibenarkan masuk kerana tidak mendapat keizinan suaminya.Maka Fatimah kembali pulang ke rumahnya dan datang semula pada keesokkan harinya.Pada hari kedua,Fatimah datang bersama Al Hassan dan Al Husain pula.Sekali lagi Muti'ah tidak membenarkan Fatimah masuk kedalam rumah kerana Muti'ah meminta izin hanya untuk Fatimah sahaja ,tidak untuk anak-anaknya.Maka,sekali lagi Fatimah pulang dengan perasaan hampa kerana belum lagi dapat menyelidik keistimewaan atau amalan wanita tersebut.Pada hari ketiga,barulah Fatimah dibenarkan masuk kedalam rumah oleh Muti'ah.Mereka pun berbual-bual disamping Fatimah memerhati kepada wanita yang istimewa itu.Namun pada firasat fatimah,tidak ada apa apa yang istimewa tentang wanita ini,sehingga dia layak menjadi wanita pertama yang masuk syurga.Ketika sedang berbual-bual itu,tiba-tiba Muti'ah bangkit dari tempat duduknya dan segera bersiap diri.Fatimah kehairanan.Rupa-ruanya Muti'ah bersiap-siap untuk menyambut kepulangan suaminya.Muti'ah menyambut kepulangan suaminya dengan menyediakan tiga perkara;segelas air untuk menghilangkan dahaga suaminya,sedikit amkanan untuk menghilangkan lapar dan sebatang tongkat untuk digunakan suaminya sebagai rotan untuk menghukumnya jika dia bersalah sepanjang pemergian suaminya,serta memakai pakaian yang cantik untuk tatapan suaminya.Fatimah pulang dengan perasaan penuh kagum dan terharu dengan layanan istimewa yang diberikan Muti'ah kepada suaminya.Fatimah terus mendapatkan Rasulullah s.a.w untuk menceritakan apa yang dialaminya di rumah wanita itu.Dengan penuh rasa rendah diri beliau mengakui bahawa Muti'ah sememangnya layak menjadi wanita pertama yang masuk kedalam syurga kerana ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada suaminya.Rasulullah memujuk Fatimah dengan mengkhabarkan Muti'ah ialah wanita yang akan menjadi penarik kudanya di syurga nanti. "Maka sebab itu dia akan masuk dahulu,namun pada hakikatnya engkaulah Fatimah wanita pertama yang masuk ke syurga," Rasulullah memujuk sambil memandang Fatimah dengan penuh kasih sayang.

Fatimah sememangnya layak menjadi wanita pertama yang akan masuk syurga ,memang hakikat yang tidak boleh disangkal dan dinafikan lagi bahawa sosok peribadi puteri kesayangan Rasulullah ini adalah wanita yang sangat hebat.Jadi marilah kita sama-sama pertingkatkan kualiti diri ke arah kehebatan yang dimiliki oleh Fatimah puteri Rasulullah ini. 

Yang baik datangnya dari ALLAH swt dan yang kurang juga datangnya dari ALLAH tetapi disandarkan kepada diri saya yang lemah ini.

Wallahu'alam...

No comments:

Post a Comment