Followers

Sunday 23 September 2012

Hadiah Sebuah Doa..





~addua' silahul mu'min~




Assalamualaikum wbt...

Bismillahirrahmanirrahim...

Usai solat subuh berjemaah,dan mengaminkan doa yang diketuai oleh suamiku,seperti kebiasaanya si suami mengajakku memakmunkan solat sunat hajat yang akan diimamkannya,aku hanya mengangguk sambil tersenyum tanpa membantah dan ragu ragu kerana itu sudah menjadi rutin bagi ku sejak bergelar isteri,solat berjemaah dan akan diikuti oleh solat sunat di pengakhirannya.Sangat bahagia dan terasa barakahnya bergelar seorang isteri kepada si suami yang sangat soleh,yang sangat-sangat mementingkan hubungan dengan khaliq disamping makhluk iaitu sesama manusia.Setelah berakhirnya solat sunat hajat dua rakaat,aku sekali lagi menadah tangan mengaminkan doa yang juga sekali lagi diketuai oleh suami yang tercinta.Doanya berbunyi:-

"Ya ALLAH ya tuhanku,kau ampunkanlah dosa ku,dosa isteriku,dosa kedua ibubapa ku,dosa guru-guruku serta dosa seluruh saudaraku tak kira dimana sahaja mereka berada,ya RABBI,hanya padamu tempat aku meminta,hanya padamu tempat aku merayu,maka kau perkenankanlah permintaanku ini,Ya Rahman,sesungguhnya aku sangat mencintai isteriku dengan sepenuh kecintaan sebagaimana aku mencintaimu,dan kekasihmu,ya Rahim.Sempena ulangtahun kelahirannya ini 
kau berkatilah kehidupanya di dunia mahupun di akhirat sana,kau jadikanlah dia wanita solehah yang sentiasa mengingatimu,mengasihimu,sesungguhnya aku sungguh mencintainya maka kau jadikanlah dia sebagai permaisuriku di dunia dan bidadari ku di syurga kelak,kau kekalkanlah Qurratu'ain pada dirinya,supaya sentiasa menjadi isteri yang baik kepadaku,ibu yang baik kepada bakal zuriat kami dan anak yang baik kepada ibubapa kami.Robbana hablana min azwajina wazurriyyatina qurrotu 'aayun wajaalna lilmuttaqiina imama,robbana aatina fiddunya wal akhiroh..takabbalna ya kariim"

Tanpa disedari,air mataku mengalir bertali arus,mencurah-curah,sungguh,inilah hadiah ulangtahunku yang paling bermakna seumur hidupku,iaitu setelah ulangtahun yang ke 24,doa yang cukup tersurat dan tersirat makna dari seorang yang bergelar suami,tiada kata-kata yang mampu aku ucapkan betapa hati ini melonjak keriangan,diselangi doa kesejahteraan kembali buat suami tercinta.Usai berdoa dan mengaminkannya lantas ku kucup tangannya seraya meminta keampunan diatas segala kekurangan diri selama bergelar isteri kepada insan soleh itu.

Sungguh kemanisan dalam kebahagiaan sedikit demi sedikit terluah dan terasa.Hikmah diatas masjid yang dibina berlandaskan akidah dan syariat yang sebenar.Sesungguhnya janji-janji ALLAH itu sangat-sangat benar."Inna wa'daLLAHI haqq" Seandainya redha ALLAH yang kita cari,maka hikmah yang bakal kita terima juga akan sangat membuatkan kita menerimanya dengan redha.

Keindahan itu tidak terhenti setakat itu sahaja,selepas itu suamiku mengeluarkan dua buah buku dan satu bungkusan yang dibalut dengan kemas,sebuah buku dan bungkusan berpindah ketanganku setelah dihulurkan, kurenungi tajuk buku yang baru berpindah milik itu,panduan rumahtangga untuk isteri dan ditangan suamiku pula panduan rumahtangga untuk suami entah kali keberapa aku kira,menerima hadiah buku seumpama ini dari suami tercinta,aku hanya tersenyum,kerana sungguh tidak mampu ku mengeluarkan kata-kata,sungguh terharu.Suami bukan sahaja mengkehendakkan aku menjadi isteri yang solehah,tetapi juga ingin menambahbaikkan dirinya juga sebagai suami yang soleh walaupun bagiku,dialah suami yang paling soleh yang pernah aku jumpa seumur hidupku.

Seterusnya,aku membuka bungkusan yang dibalut kemas itu pula setelah meminta izin dari suami untuk membukanya.Seperti yang aku sangka,ianya bukanlah intan berlian atau emas permata,tetapi ianya sepersalinan jubah yang cukup indah dimataku,walaupun aku kira ianya bukanlah jubah yang mencecah ribuan ringgit tetapi ianya cukup signifikan bagiku.Ianya jelas menggambarkan bahawa suami sangat senang akan pakaian seharianku,jubah,kerana selama ini,kemanapun aku pergi,jubahlah menjadi saksi bahawa auratku telah tertutup sempurna,dibalik sehelai jubah yang dipadankan dengan tudung labuh yang selalu aku gayakan kemanapun destinasiku.

Sungguh aku kira tahun  ini merupakan ulangtahun yang sangat bermakna,bermakna bukan kerana sebuah buku,bukan juga sepersalinan jubah,tetapi apa yang lebih bermakna,sebuah doa yang dititipkan oleh si suami untuk isterinya kepada penciptanya.


 Bersambung....
__________________________________________________________________________________


p/s: yang bersambung tu tipu je ye,i'm not a novelist nor a writer,jadi ..terilham disebabkan hari ni my lovely friend birthday Haifa,so I would like to wishing her happy birthday and smoga dipermudahkan segala urusan dan semoga berjaya fi ddunya wal akhirah.. <3 u forever..satu lg pesanan penaja,cerita diatas tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah mati dan xde kaitan dengan sape sape pon ye,bukan juga cerita kisah benar dari saya sebab saya xkawen lagi..(Y)




the cute one yang duduk dua dari kiri tu lah haifa..sanah helwah haifa!!!!

No comments:

Post a Comment