Followers

Monday 17 September 2012

Husnuzhon (Bersangka Baik)

Assalamualaikum wbt...

Bismillahirrahmanirrahim..





Apa khabar iman kita? moga-moga ianya bertambah dan lebih baik dari hari-hari sebelumnya.Sementara masa masih lagi terluang,dan nikmat kesihatan yang sangat-sangat baik (segala puji bagi ALLAH) dan didatangkan pula idea,juga dari ALLAH,jadi tidak salah kiranya untuk saya kongsikan apa yang bakal terluah ini,dengan harapan dapat membuka minda kita semua agar sentiasa ber "husnuzhon" tidak kiralah,samada kepada khalik kita yang esa atau sesama makhluk.

Di pusingan pertama ini ingin saya lontarkan persoalan kepada pembaca-pembaca budiman lagi soleh-solehah.(ha,awak la,jangan tengok kiri kanan lak).Apa perasaan anda atau apakah yang akan bermain atau terlintas di minda jika anda melihat seorang (muslimin/muslimat) yang tidak menutup aurat dengan sempurna?? adakah anda akan mengumpat dalam hati,contohnya:-

"eei dia ni,ape la,tak reti hukum hakam dosa pahala ke?!!

"Ya ALLAH,tak malu ke pakai macam tu,mak ayah alim,tapi anak?!!hemm"

Dan banyak lagi lah contoh contoh monolog ataupun umpatan dalam hati kita tu kan.Tapi sebenarnya adakah kita tahu apa yang mereka ini alami,apa yang mereka rasa,mungkin senang untuk kita kutuk,maki,marah etc etc,tapi sedarlah anda-anda semua dan diri saya juga bahawa tiada manusia yang inginkan kejahatan,keburukkan,termasuklah diri kita sendiri,kan?,tujuan entri ini bukanlah semata-mata untuk mengingatkan diri anda sahaja,tapi yang lebih besar adalah untuk mengingatkan diri saya sendiri supaya lebih dekat dengan ALLAH dan supaya lebih bersyukur dengan nikmat-nikmat yang dikurniakan.

Berbalik kepada main topic of this entry,"husnuzhon",berdasarkan pengalaman saya sendiri,tambahan pula sejak akhir-akhir ini selalu meninjau blog-blog terutamanya,cukup memberikan saya pengalaman serta membuka minda dan mata hati untuk lebih berfikir,mengkaji,dan menghayati,kisah-kisah yang saya baca dari perkongsian,luahan rasa etc etc.Saya sangat sangat terkesan disaat membaca kisah-kisah sahabat kita atau lebih tepat saudara muslim kita yang bersungguh-sungguh meluahkan bahawa dia ingin berubah memandangkan cara hidup yang sedikit open,dengan pemakaian yang rugged,vogue,gojes etc etc,dan dalam masa yang sama lebih tepat untuk dikatakan tak patuh syariah .

So it's really membuatkan saya berfikir sejenak bahawa golongan sebegini juga inginkan perubahan,ingin mengubah diri supaya lebih baik,nak jadi solehah dan sebagainya.Tapi terfikirkah anda siapa yang akan menyokong mereka dari belakang kalau bukan kita yang sedikit bernasib baik kerana ditentukan ALLAH untuk berpakaian dan berakhalak dengan akhlak yang hasanah i.ALLAH.Kalau kita tidak meraikan mereka maka siapa lagi??.

Sangat menyedihkan bila terdapat diantara saudara-saudara kita yang lantang bersuara dan melontarkan hujah-hujah tentang dosa-dosa tidak menutup aurat dan sebagainya dengan bahasa yang tidak sopan dan menegur secara terbuka dan sungguh,itu bukanlah cara yang terbaik sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam agama yang kita cintai.Sebolehnya gunalah metod-metod dakwah yang lebih membuatkan mereka terkesan dan bermuhasabah kerana dengan cara yang salah mungkin akan membantutkan lagi niat mereka yang pada awalnya ingin berubah.

akhir kalam apa yang baik itu datanganya dari ALLAH dan apa yang kurang itu juga dari ALLAH dan disandarkan pada diri saya yang lemah ini..

Wassalam...

sampai tak apa yang ingin saya sampaikan sebenarnya nie..harap-harap sampai lah ye..

No comments:

Post a Comment