Followers

Monday 1 April 2013

Erti Hidup Pada Memberi

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.


Cadbury Zip
Apa kaitan erti hidup pada memberi dengan Cadbury Zip kat atas tu?.Saja nak buat suspen lah sangat.Nak cerita sikit tentang kebaikan memberi atau dalam erti kata lain,bersedekah @ memberi hadiah.Masa kuliah Fiqh Ibadat tadi ALLAH izin saya bagi Cadbury Zip tu pada seseorang dan siapa sangka hanya dengan pemberian sekecil ini memberi makna yang besar pada orang lain.Tak sangka pulak walaupun penerimanya bukan anak kecil,tapi mampu membuatkan si pemberi terasa dihargai melalui reaksinya yang terkinja-kinja gembira diberi biskut coklat yang diikat reben comel tu.Nak ceritanya disini,betapa memberi itu satu amalan yang terpuji sehinggakan ALLAH swt  telah beberapa kali menyebut tentang kebaikan sedekah dalam al-quran salah satu daripadanya didalam surah al-baqarah.Mafhumnya:-

Dan belanjakanlah harta bendamu di jalan ALLAH dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan,dan berbuat baiklah,kerana sesungguhnya ALLAH menyukai orang-orang yang berbuat baik.(Al -baqarah : 195).

Dan diingatkan kepada sahabat-sahabat dan paling penting buat diri sendiri,iringilah setiap pemberian itu dengan tahap keikhlasan yang maksimum kerana sesengguhnya janji ALLAH itu benar.Jika kita memberi dengan hati yang ikhlas,ALLAH tidak pernah teragak-agak untuk membalas pemberian kita tersebut dengan pemberian yang berlipat kali ganda.Saya yakin dan percaya anda juga pasti pernah mengalami keadaan tersebut.Jika sudah tertulis sesuatu itu milik kita ALLAH tidak akan mempercepatkan atau memperlewatkannya barang sesaat.Yakinlah rezeki kita sentiasa ada dan ALLAH lah yang memberi rezeki kepada kita,dan manusia tidak akan pernah mampu menyekat kekuasaan ALLAH yang maha agung itu.

Ada satu lagi cadbury seumpama itu dalam simpanan,berkira-kira untuk menghadiahkan pada si comel Damia yang sentiasa menunggu kepulangan kakak sepupunya yang baik ni -.-" .Maaflah Damia,tak sempat nak beli something yang more special than that.lagipun awak dah banyak mainan and baju and kasut and so on.Hee *Ayat selamat.

Bukan main lagi datin ni.




Damia and her favorite :)



sekeping lagi,buat pengubat rindu.


p/s: sempat pesan pada si penerima tu,kiranya hadiah kahwin le tu :D
     :counting days for hug and kiss Damia :)

No comments:

Post a Comment