Followers

Thursday 28 March 2013

Taklimat Lahad Datu

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamuaalaikum wbt..



Antara intipatinya..



Sebagai salah seorang dari beribu-ribu mahasiswa di Universiti Sains Islam Malaysia,saya berasa terpanggil untuk merespon berkenaan isu yang kini masih hangat diperkatakan samada di alam maya seperti di laman-laman sosial seperti facebook,twitter dan sebagainya,sehinggalah di alam realiti samada di kafe-kafe fakulti sehinggalah ke dalam dewan kuliah.Hal yang ingin di paparkan disini adalah isu yang berkaitan dengan taklimat keselamatan yang dianjurkan oleh pihak universiti.Saya dikhabarkan taklimat yang pada mulanya di "highlight" sebagai taklimat berkenaan isu Lahad Datu bertukar kepada taklimat keselamatan.

Taklimat keselamatan tersebut telah dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor sendiri termasuklah pegawai-pegawai tertinggi dan juga pihak Hal Ehwal Pelajar(HEP) Universiti Sains Islam Malaysia.Antara pelajar yang terlibat adalah dari persatuan beruniform universiti iaitu PALAPES,SUKSIS dan pelajar-pelajar lain.Saya juga telah difahamkan bahawa taklimat keselamatan tersebut dibahagikan kepada dua slot iaitu slot pertama adalah slot khas untuk memburuk-burukkan pembangkang dan termasuklah tentang perhimpunan bersih yang dianjurkan satu ketika dulu dan slot kedua barulah diterangkan tentang isu Lahad Datu yang durasinya kurang lebih 15 minit,walaupun tujuan asalnya adalah untuk menerangkan isu tersebut secara total.

Persoalanya disini,adakah wajar perkara-perkara sebegini dibawa masuk sehingga ke dalam universiti,tempat kami menimba ilmu.Usah menyuntik unsur-unsur politik kotor sebegitu kedalam fikiran kami,usah mendedahkan kami dengan politik fitnah menfitnah sebegitu kerna kami mampu menilai.Ya,kami  mampu menilai,kami boleh menilai diantara baik dan buruk,usahlah diperbodohkan kami seolah-olah kami tidak punya akal untuk berfikir,tidak ada mata hati untuk menilai.Kami mahasiswa,kami punya hak untuk  membuat pilihan,untuk bersuara,untuk menyatakan pendapat.

Akhirnya,buat pihak-pihak yang tidak menyenangi akan program ini.Usahlah melabel Universiti kami dengan nama-nama yang tidak enak didengar,kami juga manusia,punya hati perasaan.Jangan disebabkan sesetangah pihak yang bersetuju dan menganjurkan,kami yang tidak terlibat ini terpaksa menanggung tempiasnya.Bagi pihak yang terlalu taksub berpolitik,berpolitiklah secara matang,nilailah secara bijak,jauhi politik fitnah menfitnah.Bagi yang membangkang,bangkanglah secara berhujah dan berhujahlah secara matang,bukan membangkang secara membuta tuli tanpa hujah yang konkrit.

#MAHASISWACAKNA#

No comments:

Post a Comment