Followers

Saturday 23 March 2013

Mahasiswa Cakna

Bismillahirrahmanirrahim...  

Assalamualaikum wbt..                            
                                                          
                                             

**Sedikit respon dari saya berkenaan isu terbaru mengenai kes liwat yang membabitkan Saiful Bukhari Azlan.



Beberapa minggu lalu,pada tarikh 8 Mac 2013 negara sekali lagi dihangatkan dengan berita kenyataan media yang dikeluarkan oleh bapa Saiful Bukhari Azlan iaitu Azlan Mohd Lazim mengenai kisah pertuduhan liwat Saiful keatas Dato’ Seri Anwar Ibrahim.Dalam kenyataan media tersebut Azlan telah memohon maaf kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan mendakwa bahawa anaknya telah dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab  termasuk seorang pegawai khas perdana menteri untuk memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II.

Walau  bagaimanapun ,Saiful Bukhari didalam blog peribadi miliknya melahirkan rasa sedih dan dukacita dengan berita mengenai bapanya dan telah mendakwa  bahawa bapanya telah menjadi mangsa kerakusan politik makhluk bernama Anwar bin Ibrahim.Saiful Bukhari juga  telah menegaskan bahawa dia sama sekali tidak akan berganjak dengan dakwaannya itu dan akan berpegang teguh serta istikomah terhadap dakwaan tersebut.Seperti yang telah sedia maklum,Dato’ Seri Anwar Ibrahim telahpun dibebaskan dari tuduhan kes liwat tersebut tahun lalu.

Dalam sidang akhbar tersebut bapa Saiful Bukhari,Azlan Mohd Lazim mendedahkan bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan menjadi mangsa fitnah.Beliau juga memohon maaf kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan keluarga kerana telah banyak menderita dan sengsara disebabkan fitnah yang menimpanya itu.Kenyataan yang dikeluarkan Saiful Bukhari seolah-oleh telah mengaibkan diri sendiri kerana umum telah mengetahui bahawa kes tersebut telah berlalu sekali gus telah membebaskan Dato’ Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan dan dakwaan tersebut.

Selain itu,Saiful Bukhari melalui blognya telah memberi amaran kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim supaya tidak menggunakan bapanya walaupun terdesak dan supaya tidak memutarbelitkan keadaan dalam mencapai matlamat beliau.Tindakan kurang bijak Saiful Bukhari itu seolah-olah seperti memburukkan lagi keadaan dan menjatuhkan reputasi dan maruah dirinya sendiri memandangkan rakyat Malaysia sudah bijak menilai dan kebenaran sememangnya telah terbukti.


#MAHASISWACAKNA#





No comments:

Post a Comment